Rawatan ortodontik untuk gigitan silang posterior

Soalan ulasan

Kami membuat ulasan ini untuk menilai pelbagai rawatan ortodontik bagi membetulkan gigitan silang posterior.

Latarbelakang

Gigitan silang posterior terjadi apabila gigi belakang sebelah atas gigit dalam posisi ke dalam gigi belakang sebelah bawah. Ia berlaku apabila gigi atau rahang atas adalah lebih sempit daripada gigi bawah dan boleh terjadi pada mana-mana belah atau kedua-dua belah mulut.Keadaan ini menjejaskan antara 1% dan 16% kanak-kanak yang hanya ada gigi susu.Kebanyakan gigitan silang posterior (50% hingga 90%) kekal wujud walaupun gigi kekal erupt.Dalam segelintir kanak-kanak, masalah ini terbetul sendiri.

Untuk mendapatkan gigitan yang lebih selesa, rahang bawah menganjak ke posisi sebelah yang membolehkan lebih gigi bersentuhan. Namun anjakan rahang bawah boleh menyebabkan pengasahan gigi, dan ini boleh menyebabkan masalah lain termasuk kehausan permukaan gigi, pertumbuhan dan pembentukan gigi dan rahang, dan masalah sendi rahang.

Oleh itu, kita perlukan rawatan yang selamat dan berkesan untuk membetulkan gigitan silang posterior atau mengembangkan gigi atas belakang atau kedua-duanya. Satu cara ialah dengan menggunakan rawatan ortodontik. Ia mungkin lebih berkesan dalam kalangan kanak-kanak kerana dua belah lelangit mulut belum bersambung dengan sempurna, maka gigi belakang boleh dikembangkan dengan lebih mudah. Rawatan ortodontik boleh juga diguna untuk membetul gigitan silang dalam kalangan dewasa, tetapi mungkin perlu rawatan surgikal, yang bukan merupakan fokus ulasan ini.

Ciri kajian

Penulis Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane mengemaskini ulasan kajian sedia ada dan bukti adalah terkini sehingga 21 Januari 2014.15 kajian yang diterbitkan dari 1984 hingga 2013 dimasukkan. Sembilan dari kajian ini membandingkan aplians tetap (sentiasa di dalam mulut) dengan aplians tetap lain atau aplians tetap yang sama tetapi membandingkan pelbagai kadar pengembangan. Dua kajian membandingkan aplians tetap dengan aplians boleh tanggal.Empat kajian selebihnya menilai perbandingan lain yang lebih sukar dikelaskan.

Keputusan utama

Terdapat bukti yang mencadangkan aplians tetap 'quad-helix' mungkin lebih berkesan berbanding plat pengembangan boleh tanggal untuk membetulkan gigitan silang posterior dan mengembangkan gigi belakang sebelah atas bagi kanak-kanak yang mempunyai campuran gigi susu dan gigi kekal (umur lapan hingga 10 tahun). Bukti yang selebihnya tidak boleh merumuskan rawatan yang mana lebih baik dari yang lain.

Kualiti bukti

Bukti yang dikemukakan adalah berkualiti rendah hingga sangat rendah kerana bilangan kajian yang kecil dan isu-isu tentang kaedah kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).Disunting oleh Ernie Yap (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan