Pencegahan jangkitan kulat pada pesakit kanser dengan amphotericin B

Pesakit-pesakit kanser yang dirawat dengan kemoterapi atau menerima pemindahan sumsum tulang mengalami peningkatan risiko untuk mendapat jangkitan kulat. Jangkitan ini boleh mengancam nyawa. Ubat antikulat sering diberi secara profilaksis kepada pesakit tersebut, atau ketika mereka demam. Ulasan ini mendapati bahawa formulasi lipid amphotericin B mempunyai kurang kesan buruk (lebih kurang ketoksikan buah pinggang dan rawatan tercicir) daripada amphotericin B konvensional. Walau bagaimanapun, ia adalah tidak jelas sama ada terdapat apa-apa kelebihan formulasi ini jika amphotericin B konvensional dibagi di bawah keadaan optimum.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information