Ulasan psikologi untuk mencegah kecelaruan stres pascatrauma (PTSD)

Sorotan ini adalah mengenai keberkesanan sesi tunggal "ulasan" psikologi dalam mengurangkan distres psikologi dan mencegah perkembangan kecelaruan stres pascatrauma (PTSD) selepas peristiwa traumatik. Ulasan psikologi adalah sama dengan, atau lebih teruk daripada, kawalan atau intervensi pendidikan dalam mencegah atau mengurangkan keterukan PTSD, kemurungan, kebimbangan dan morbiditi umum psikologi. Terdapat beberapa cadangan bahawa ia boleh meningkatkan risiko PTSD dan kemurungan. Penggunaan rutin sesi tunggal ulasan diberikan kepada mangsa trauma yang tidak terpilih adalah tidak disokong. Tiada bukti yang mendapati bahawa prosedur ini adalah berkesan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Wai Kay (Penang Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wk_wong@ms.pmc.edu.my.

Tools
Information