St. John's wort untuk merawat kemurungan.

Kemurungan adalah bercirikan kemurungan dan/atau kehilangan minat atau keseronokan dalam hampir semua aktiviti dan pelbagai gejala lain bagi tempoh yang melebihi dua minggu. Ekstrak St. John's wort (nama botani Hypericum perforatum L.) yang ditetapkan secara meluas untuk rawatan kemurungan.

Kami telah mengulas 29 kajian dalam 5489 pesakit yang mengalami kemurungan membandingkan rawatan dengan ekstrak St. John's wort selama 4 hingga 12 minggu dengan rawatan plasebo atau antidepresan yang standad. Kajian-kajian berasal dari pelbagai negara, diuji dengan beberapa St. John's wort ekstrak berbeza, dan kebanyakannya melibatkan pesakit yang menderita dengan tahap gejala dari sederhana hingga teruk. Secara keseluruhannya, St. John's wort ekstrak diuji dalam ujikaji adalah lebih baik daripada plasebo, sama berkesan sebagai standard antidepresan, dan mempunyai kurang kesan sampingan daripada standard antidepresan. Walau bagaimanapun, penemuan tersebut telah memberi kelebihan kepada St. John's wort ekstrak dalam bentuk kajian di negara berbahasa Jerman di mana produk ini mempunyai tradisi yang panjang dan sering ditetapkan oleh doktor, manakala kajian St. John's wort dari negara lain seolah-olah kurang berkesan. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh penglibatan pesakit dengan jenis kemurungan yang sedikit berbeza, tetapi ia tidak boleh dikecualikan bahawa beberapa kajian yang lebih kecil dari negara berbahasa Jerman adalah cacat dan melaporkan hasil yang lebih daripada optimum.

Pesakit yang mengalami gejala kemurungan yang ingin menggunakan produk St. John's wort harus berunding dengan profesional kesihatan. Menggunakan satu St. John's wort ekstrak mungkin wajar, tetapi isu penting perlu diambil kira: St. John's wort tersedia di pasaran adalah berbeza-beza kepada tahap yang lebih besar. Hasil ulasan ini digunakan hanya untuk persediaan yang diuji dalam kajian ini termasuk, dan mungkin untuk ekstrak dengan ciri-ciri yang serupa. Kesan sampingan St. John's wort ekstrak biasanya kecil dan tidak selalu berlaku. Namun, kesan ubat-ubatan lain mungkin terjejas dengan ketara.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information