Suplemen asid lemak rantai panjang politaktepu untuk bayi pramatang

Soalan kajian: Sama ada memberi bayi pramatang susu formula yang ditambah dengan asid lemak rantai panjang politaktepu (LCPUFA) menghasilkan penglihatan yang lebih baik dan perkembangan neuro keseluruhan.
Latar belakang:
LCPUFA adalah sejenis asid lemak yang diperlukan untuk kematangan otak dan retina. Tidak seperti susu ibu yang mengandungi parasa LCPUFA yang tinggi, kebanyakan formula bayi hanya mengandungi amaun LCPUFA yang minimum. Bayi yang diberi susu ibu diketahui mempunyai kemahiran visual yang lebih matang dan IQ (darjah kecerdasan) yang lebih tinggi daripada bayi yang diberi susu formula. Adalah dicadangkan bahawa tahap LCPUFA yang agak tinggi dalam susu ibu mungkin menyumbang kepada tahap IQ dan kemahiran visual yang lebih tinggi. Sesetengah susu formula ditambah dengan LCPUFA, biasanya sebagai minyak ikan.
Ciri-ciri kajian:
Kajian yang membandingkan hasil bayi pramatang (lahir pada <37 minggu kehamilan) yang diberi susu formula yang diperkaya dengan LCPUFA berbanding susu formula tanpa tambahan LCPUFA dianalisis dalam ulasan ini.
Keputusan utama:
Para penyelidik mendapati bahawa bayi pramatang yang diberi susu formula dengan tambahan LCPUFA tidak mempunyai hasil yang lebih baik berbanding bayi yang diberi susu formula tanpa LCPUFA.
Kualiti bukti:
Kualiti bukti keseluruhan dianggap rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).

Tools
Information