Vitamin antioksidan dan supplemen mineral untuk mencegah degenerasi makular berkaitan dengan umur

Apakah matlamat ulasan ini?
Matlamat ulasan Cochrane ini bertujuan untuk mengetahui sama ada pengambilan vitamin antioksidan dan mineral tambahan dapat menghalang seseorang mendapat AMD. Penyelidik Cochrane telah mengumpul dan menganalisa semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan mendapati terdapat lima kajian.

Kekunci mesej
Mengambil vitamin E atau Beta-karotena suplemen tidak akan menghalang seseorang mendapat AMD dalam orang yang tidak mempunyai gejala AMD. Perkara yang sama mungkin berlaku dalam vitamin C dan multivitamin tablet. Tiada bukti didapati untuk supplemen lain, seperti lutein dan Zeaxanthin.

Apa yang telah dikaji dalam kajian ini?
AMD adalah satu penyakit di kawasan tengah (makula) belakang mata (retina). Makula semakin merosak dengan usia. Dalam sesetengah orang, kadar kerosakan ini berlaku dengan lebih cepat, dan ini berkaitan dengan keadaan yang tertentu belakang mata. Pada peringkat terawal (awal AMD), tompok-tompok kuning (drusen) boleh dilihat di bawah retina oleh profesional kesihatan mata yang memeriksa mata. Orang yang terlibat mungkin tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah. Apabila AMD semakin teruk, ia boleh membawa kepada kehilangan sel-sel bahagian belakang mata, yang diperlukan untuk penglihatan. Ini dikenali sebagai atrofi geografi. Kadang-kala, salur darah (berbahaya) baru tumbuh di makula. Saluran darah baru ini boleh berdarah dan menyebabkan parut. Ini dikenali sebagai neovaskular atau AMD basah. Sebarang kerosakan pada makula boleh menjejaskan penglihatan, terutamanya penghilatan tengah. Neovaskular AMD dan geografi atrofi dikenali sebagai AMD lewat.

Adalah berkemungkinan bahawa vitamin antioksidan boleh membantu melindungi makula daripada menjadi semakin teruk dan kehilangan penglihatan. Vitamin C, E, Beta-karotena, lutein, Zeaxanthin, dan zink adalah contoh vitamin antioksidan yang lazim dijumpai dalam vitaman supplemen.

Penyelidik Cochrane hanya melihat kepada kesan suplemen ini terhadap orang sihat dalam masyarakat umum yang masih belum mendapat AMD. Terdapat satu lagi ulasan Cochrane terhadap kesan suplemen ini dalam orang yang sudah mempunyai AMD.

Apakah keputusan utama ulasan?
Penyelidik Cochrane mendapati terdapat lima kajian yang berkaitan. Kajian ini adalah besar dan melibatkan 76,756 orang. Kajian-kajian ini dijalankan di Amerika Syarikat, Finland dan Amerika Syarikat. Kajian ini membandingkan vitamin C, vitamin E, Beta-karotena, dan multivitamin supplemen dengan plasebo.

Ulasan menunjukkan bahawa, berbanding dengan mengambil plasebo:

∙ Terdapat hanya sedikit atau tiada perbezaan dalam peluang mendapat AMD apabila mengambil vitamin E (bukti dengan kepastian tinggi).
∙ Terdapat hanya sedikit perubahan, atau sedikit peningkatan dalam peluang mendapat AMD lewat apabila mengambil vitamin E (bukti kepastian sederhana).
∙ Terdapat hanya sedikit atau tiada perbezaan dalam peluang mendapat AMD (bukti kepastian tinggi) atau AMD lewat (bukti kepastian sederhana) dengan mengambil beta-karoten.
∙ Terdapat hanya sedikit atau tiada perbezaan dalam peluang mendapat AMD (bukti kepastian tinggi) atau AMD lewat (bukti kepastian sederhana) dengan mengambil vitamin C.
∙ Terdapat peningkatan yang sedikit dalam peluang mendapat AMD atau AMD lewat (bukti kepastian sederhana) dengan mengambil pil multivitamin.
∙ Kesan buruk tidak dilaporkan secara konsisten dalam kajian mata ini, tetapi terdapat bukti daripada kajian lain yang besar bahawa Beta-karotena meningkatkan risiko kanser paru-paru bagi orang yang merokok, atau yang telah terdedah kepada asbestos.

Tiada satu pun kajian yang melaporkan kualiti hidup atau penggunaan sumber dan kos.

Bagaimanakah untuk mengemaskini ulasan ini?
Penyelidik Cochrane telah mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga 29 Mac 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information