Ejen antifibrinolitik mengurangkan pendarahan haid yang teruk dalam kalangan wanita

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Perdarahan haid yang teruk (kehilangan melebihi 80ml darah setiap kitaran haid) adalah masalah yang lazim bagi wanita dan mempunyai kesan negatif ke atas kualiti hidup mereka. Berbanding dengan wanita yang kehilangan darah haid yang normal, mereka mempunyai lebih banyak enzim di dalam lapisan rahim yang melarutkan klot darah. Opsyen untuk mengelakkan pembedahan termasuklah terapi antifibrinolitik (mengambil ubat untuk menyekat enzim tersebut). Ulasan kajian-kajian mendapati asid tranexamic, ejen antifibrinolitik yang lazim diguna membantu mengurangkan perdarahan haid yang teruk. Masalah dengan kebanjiran, kebocoran dan kehidupan seksual juga berkurangan. Tiada kesan buruk ditemui. Lebih banyak kajian diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nik Hazlina Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi hazlinakck@usm.my

Share/Save