Adakah clonidine membantu perokok untuk berhenti merokok

Clonidine adalah sejenis ubat yang digunakan untuk menurunkan tekanan darah, tetapi ia juga boleh mengurangkan gejala pemberhentian daripada ubat dan alkohol. Ulasan ujikaji ini mendapati bahawa clonidine boleh membawa kepada peningkatan yang kecil dalam bilangan orang yang mungkin mahu berhenti merokok. Bagaimanapun, kualiti ujikaji adalah rendah, yang membuatkan bukti tersebut kurang dapat dipercayai. Kesan negatif clonidine termasuk mulut kering dan lali. Clonidine mungkin bukan pilihan terbaik bagi orang yang cuba untuk berhenti merokok, tetapi ia mungkin berguna untuk orang yang tidak dibantu oleh terapi gantian nikotin atau antidepresan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save