Cara-cara untuk meningkatkan pematuhan dalam pegambilan ubat-ubatan

Latarbelakang

Pesakit-pesakit yang diberi preskripsi oleh doktor hanya mengambil separuh dos ubat yang diberikan dan ramai menghentikan rawatan sama sekali. Usaha untuk membantu pesakit-pesakit mematuhi ubat-ubatan boleh meningkatkan kesihatan pesakit, dan banyak kajian telah menguji cara-cara untuk mencapainya.

Soalan

Kami telah mengemas kini ulasan dari tahun 2007 untuk menjawab soalan yang berikut: Apakah keputusan kajian-kajian yang berkualiti tinggi dalam menguji cara-cara yang boleh membantu pesakit-pesakit mematuhi kepada ubat-ubatan mereka?

Strategi pencarian

Kami mendapatkan kajian-kajian yang diterbitkan sehingga 11 Januari 2013. Untuk mencari kajian-kajian yang berkaitan, kami telah meneliti enam pangkalan data atas talian dan rujukan ulasan lain serta menghubungi pangarang-pengarang kajian-kajian dan ulasan yang berkaitan.

Kriteria pemilihan

Kami telah memilih kajian-kajian kawalan rawak (RCT) yang membandingkan satu kumpulan yang menerima intervensi untuk meningkatkan pematuhan dalam pengambilan ubat dengan satu lagi kumpulan yang tidak menerima intervensi. Kami memasukkan kajian yang menilai pematuhan ubatan dan keputusan klinikal (seperti tekanan darah), dengan sekurang-kurangnya 80% pesakit yang dikaji sehingga akhir kajian.

Keputusan utama

Kami tidak dapat menggabungkan keputusan analisis statistikal untuk mencapai rumusan umum kerana semua kajian berbeza dari segi pesakit, rawatan, cara-cara intervensi pematuhan, ukuran pematuhan ubatan dan hasil klinikal. Jika kami menggabungkan keputusan kajian, ia akan menggelirukan kerana kami telah mencadangkan bahawa kajian-kajian tersebut boleh dibandingkan. Sebaliknya, kami menyediakan suatu jadual ciri-ciri dan keputusan utama setiap kajian dan menghuraikan kesan-kesan intervensi dari kajian yang berkualiti tinggi. Ulasan dikemas kini ini melibatkan 109 kajian baru, dan membawakan jumlah kajian kepada 182. Dalam 17 kajian yang berkualiti paling tinggi intervensi yang digunakan amat kompleks dan melibatkan pelbagai intervensi untuk meningkatkan pematuhan pegambilan ubat. Kebanyakan intervensi melibatkan sokongan ahli keluarga, kawan dan anggota kesihatan bersekutu seperti ahli farmasi yang menyampaikan pendidikan, kaunseling serta sokongan rawatan harian. Hanya lima kajian kawalan rawak meningkatkan pematuhan pengambilan ubat dan hasil klinikal tetapi ciri-ciri yang sama dalam kejayaannya tidak dapat dikenalpasti. Secara umumnya, intervensi yang paling berkesan tidak dapat memberikan kesan peningkatan yang besar.

Rumusan pengarang

Ciri-ciri dan kesan-kesan intervensi untuk meningkatkan pematuhan ubat berbeza di antara kajian. Tiada kepastian bagaimana pematuhan ubat boleh diperbaiki dengan konsisten supaya manfaat kesihatan daripada ubat-ubatan dapat direalisasikan. Kami memerlukan kaedah yang lebih maju untuk menyelidik cara-cara untuk meningkatkan pematuhan ubatan, termasuk intervensi yang lebih baik, cara-cara mengukur pematuhan yang lebih baik, dan kajian-kajian yang melibatkan pesakit dengan mencukupi untuk membuat kesimpulan tentang kesan-kesan klinikal yang penting.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wai Sheng Cheong (Melaka-Manipal Medical College) Disunting oleh Foo Sook Lee / Tan May Loong (Penang Medical College) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wilson_cws8888@hotmail.com

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan