Koleksi Khas: Koronavirus (COVID-19): Rawatan jarak jauh melalui teleperubatan

Pertama kali diterbitkan pada 6 Meil 2020 dan dikemaskini secara berterusan; terakhir dikemaskini pada 20 Mei 2020 (perubahan terperinci di bawah).

Koleksi Khas ini merupakan salah satusiri koleksi di COVID-19. Ia juga boleh didapati dalam Perancis, Jepun, Bahasa Melayu, Portugis, Rusial , dan Sepanyol.

Tujuan koleksi ini adalah untuk memastikan akses segera kepada ulasan sistematik yang paling relevan berkaitan penjagaan kesihatan jarak jauh melalui teleperubatan. Langkah-langkah yang dijalankan di peringkat antarabangsa untuk menangani penyebaran COVID-19 telah membawa perubahan signifikan bagaimana penjagaan kesihatan diakses dan disampaikan. Oleh kerana konsultasi bersemuka antara pekerja penjagaan kesihatan dan pesakit semasa mungkin berisiko kepada kedua-dua pihak, penjagaan jarak jauh dan teleperubatan menawarkan alternatif.

Teleperubatan merujuk kepada penyediaan penjagaan kesihatan peribadi secara jarak jauh. [1] Ia merangkumi interaksi secara sinkroni atau asinkroni termasuk konsultasi melalui telefon, pesanan segera, video, pesanan teks, atau perkhidmatan berasas web.[2] Teleperubatan terdiri daripada tiga elemen utama: pesakit-pesakit memberi maklumat kesihatan mereka; data dipindah kepada profesional kesihatan secara elektronik; dan profesional kesihatan mengguna kemahiran klinikal dan pertimbangan untuk memberi maklum balas peribadi kepada pesakit. [1,3] Walaupun teleperubatan dapat menawarkan banyak faedah kepada penyediaan penjagaan jarak jauh untuk pesakit, akses kepada teleperubatan boleh menjadi cabaran signifikan kepada orang yang memerlukan bantuan, termasuk orang tua, mereka daripada latar belakang sosio-ekonomi yang kurang bernasib baik, dan mereka dengan ketidakupayaan fizikal atau pembelajaran.

Koleksi Khas ini merangkumi Ulasan Cochrane yang mengkaji penggunaan teleperubatan untuk menyokong pengurusan klinikal pelbagai keadaan kesihatan, termasuk asma, diabetes, penyakit kardiovaskular, demensia, kesihatan reproduktif, dan barah kulit. Ia merangkumi ulasan tentang penggunaan teleperubatan untuk memberi sokongan kepada pengasuh dan ibu-bapa serta memperkasa pesakit mengurus sendiri masalah jangka panjang mereka. Untuk ulasan-ulasan berkaitan dengan berhenti merokok semasa pandemik, anda boleh merujuk kepada Koronavirus (COVID-19): pilihan efektik untuk berhenti merokok semasa pandemik.

Dikemas kini pada 20 Mei 2020: tambah terjemahan Bahasa Melayu.

 

Sistem komunikasi untuk memudahkan penjagaan kesihatan secara jarak jauh

Sistem komunikasi telefon automatik untuk penjagaan kesihatan pencegahan dan pengurusan masalah-masalah jangka panjang

Sistem komunikasi telefon automatik (ATCS) boleh menyampaikan mesej suara dan mengumpul maklumat kesihatan yang berkaitan daripada pesakit-pesakit menggunakan pad kekunci sentuhan atau perisian pengenalan suara telefon mereka. ATCS boleh menambah atau mengganti hubungan telefon antara profesional kesihatan dan pesakit. Ulasan ini menilai kesan ATCS dalam mencegah penyakit dan mengurus masalah jangka panjang terhadap perubahan tingkah laku, klinikal, proses, kognitif, hasil terhadap pesakit, dan hasil buruk.

Intervensi telefon, yang disampaikan oleh profesional kesihatan, untuk memberi pendidikan dan sokongan psikososial kepada penjaga tidak formal orang dewasa yang didiagnos berpenyakit

Mengekalkan penjagaan orang sakit dalam komuniti banyak bergantung kepada sokongan penjaga yang tidak bergaji. Para penjaga mungkin memain peranan penjagaan di mana mereka mungkin kurang bersedia dan perlukan sokongan profesional. Telefon adalah kaedah yang mudah diakses untuk memberi sokongkan tidak kira lokasi geografi. Ulasan ini menilai keberkesanan intervensi sokongan telefon, yang disampaikan oleh profesional kesihatan, berbanding penjagaan biasa atau intervensi sokongan bukan berasaskan telefon untuk memberi pendidikan dan sokongan psikososial kepada penjaga tidak formal.

Persepsi dan pengalaman pelanggan tentang komunikasi digital sasaran yang boleh diakses melalui peranti mudah alih untuk kesihatan reproduktif, ibu, bayi, kanak-kanak, dan remaja: sintesis bukti kualitatif

Jenis komunikasi pelanggan sasaran yang lazim adalah mesej teks yang mengingatkan orang untuk temujanji atau mengambil ubat. Jenis lain termasuklah panggilan telefon, respon interaktif bersuara, atau mesej multimedia yang menawarkan maklumat penjagaan kesihatan, nasihat, pemantauan, dan sokongan. Ulasan ini meneroka persepsi dan pengalaman pelanggan-pelanggan tentang komunikasi digital sasaran melalui peranti mudah alih topik-topik berkaitan dengan kesihatan reproduktif, ibu, bayi, kanak-kanak, atau remaja. Ringkasan ulasan: Telefon bimbit untuk komunikasi sasaran dengan pelanggan, pesakit dan orang awam: pertimbangan perlaksanaan; Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Apakah persepsi dan pengalaman komunikasi digital sasaran melalui peranti mudah alih untuk kesihatan reproduktif, ibu, kanak-kanak dan remaja?

Persepsi dan pengalaman pekerja kesihatan menggunakan teknologi mHealth untuk memberi perkhidmatan kesihatan primer: sintesis bukti kualitatif

Di dalam penjagaan primer, pekerja kesihatan sering menggunakan peranti mudah alih untuk mendaftarkan pelanggan-pelanggan, menjejak keadaan kesihatan mereka, dan membuat keputusan tentang penjagaan, dan berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan dan pekerja kesihatan lain. Memahami bagaimana pekerja kesihatan dikaitkan, dan pengalaman kesihatan bergerak (mHealth), boleh membantu perlaksanaannya. Ulasan ini mensintesis bukti penyelidikan kualitatif tentang persepsi dan pengalaman pekerja kesihatan yang menggunakan teknologi mHealth untuk memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan primer, dan membuat hipotesis mengapa sesetengah teknologi lebih berkesan berbanding yang lain. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Persepsi dan pengalaman pekerja kesihatan menggunakan teknologi mHealth untuk memberi perkhidmatan kesihatan primer: sintesis bukti kualitatif? Ringkasan ulasan: Penggunaan telefon bimbit oleh pekerja kesihatan di dalam penjagaan primer: pertimbangan perlaksanaan

Teleperubatan interaktif: kesan-kesan terhadap amalan profesional dan hasil penjagaan kesihatan

Teleperubatan ialah pengunaan sistem telekomunikasi untuk menyampaikan penjagaan kesihatan dari jarak jauh. Ia berpotensi untuk memperbaiki hasil kesihatan pesakit, akses kepada penjagaan kesihatan dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan. Ulasan ini menilai keberkesanan, penerimaan dan kos interaktif TM sebagai altenatif, atau tambahan kepada penjagaan biasa (seperti penjagaan bersemuka, atau konsultasi telefon). Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Dalam kalangan pesakit diabetes, apakah kesan-kesan teleperubatan interaktif? dan Dalam kalangan pesakit kegagalan jantung, apakah kesan-kesan teleperubatan interaktif?

Intervensi bersemuka berbanding intervensi web 2.0 untuk mempromosi aktiviti fizikal

Intervensi bersemuka untuk mempromosi aktiviti fizikal masih popular sambil pendekatan jarak jauh dan web 2.0 pesat berkembang, tetapi kami tidak pasti pendekatan mana lebih berkesan dalam mencapai perubahan jangka panjang yang berterusan. Ulasan ini membandingkan keberkesanan intervensi bersemuka dengan intervensi jarak jauh dan web 2.0 untuk promosi aktiviti fizikal orang dewasa dalam komuniti berumur 16 tahun dan ke atas.

 

Asma dan COPD

Telemonitori rumah dan maklum balas jarak jauh antara lawatan-lawatan klinik untuk penyakit asma

Pengurusan diri asma yang difasilitasi oleh pengawai perubatan adalah penting untuk mengawalkan gejala dan mencegah episod pemburukan. Teknologi telefon dan internet kini boleh digunakan oleh pesakit-pesakit untuk mengukur fungsi paru-paru dan gejala asma di rumah. Para pesakit boleh berkongsi maklumat ini secara elektronik dengan pengawai perubatan mereka, yang dapat memberikan maklum balas antara lawatan-lawatan klinik. Ulasan ini menilai keberkesanan dan keselamatan telemonitor rumah dengan maklum balas pegawai perubatan antara lawatan-lawatan klinik, berbanding dengan rawatan biasa. Jawapan Klinikal Cochrane Relevan Apakah faedah dan kemudaratan telemonitor rumah dan maklum balas jarak jauh antara lawatan-lawatan klinik dalam kalangan pesakit asma?

Pemeriksaan jarak jauh berbanding dengan pemeriksaan bersemukaan untuk penyakit asma

Pemeriksaan asma secara berkala dengan pegawai kesihatan adalah penting untuk memantau gejala dan menyesuaikan ubat. Pemeriksaan jarak jauh mungkin mewakilkan kaedah tiada gangguan dan efektif dalam mengekalkan hubungan dengan pesakit-pesakit, tetapi tidak pasti jika cara pemeriksaan ini dijalankan berkesan atau jika cara ini mungkin membawakan kesan negatif yang tidak dijangka. Ulasan ini menilai keselamatan dan keberkesanan pemeriksaan asma secara jarak jauh berbanding dengan konsultasi bersemukaan biasa. Jawapan Klinikal Cochrane Relevan Bagaimanakah pemeriksaan jarak jauh berbanding dengan pemeriksaan bersemukaan dalam kalangan pesakit asma?

Intervensi teknologi komputer dan mudah alih untuk pengurusan diri dalam penyakit paru-paru obstruktif kronik

Ciri-ciri penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) ialah penyumbatan aliran udara disebabkan oleh tindak balas keradangan paru-paru luar biasa terhadap zarah atau gas berbahaya, seperti asap rokok. Penyelidikan yang dijalankan dalam tempoh satu dekad lalu telah menumpukan kaedah inovatif dalam mengembangkan teknologi pendukung dan bantuan yang dapat memudahkan pengurusan diri pesakit. Ulasan ini menilai keberkesanan intervensi yang diserahkan oleh komputer dan teknologi mudah alih berbanding dengan intervensi bersemuka atau salinan keras/ intervensi serahan documentari digital, atau kedua-duanya, dalam memfasilitasi, menyokong, dan mengekalkan pengurusan diri dalam kalangan pesakit COPD.

Pengambilan keputusan bersama untuk pesakit asma

Pesakit asma mungkin boleh menikmati manfaat daripada pengambilan keputusan bersama (SDM) untuk menangani keadaan mereka. SDM merangkumi sekurang-kurangnya dua peserta (pengamal perubatan dan pesakit) dan amalan perkongsian maklumat, termasuk nilai dan keutamaan pesakit, untuk mendirikan konsensus tentang rawatan pilihan yang dapat memuncakkan tindakan bersepakati. Pengurusan diri yang berkesan adalah sangat penting untuk pesakit asma, dan SDM mungkin dapat meningkatkan hasil klinikal dan kualiti hidup dengan mendidik pesakit dan memberikan kemampuan kepada mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam kesihatan sendiri. Ulasan ini menilai faedah dan potensi kemudaratan pengambilan keputusan bersama dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak yang mengalami penyakit asma. Jawapan Klinikal Cochrane Relevan Untuk pesakit asma, bagaimanakah pengambilan keputusan bersama mempengaruhi hasil

 

Keadaan kardiovaskular

Pemesejan teks telefon bimbit untuk meningkatkan kepatuhan ubat-ubatan dalam pencegahan sekunder penyakit kardiovaskular

Sekurang-kurangnya 100 juta orang disangka menghidap penyakit kardiovaskular (CVD) di seluruh dunia. Orang yang mengalami penyakit kardiovaskular mempunyai kemungkinan lima kali lebih tinggi mengalami pengulangan kejadian kardiovaskular berbanding dengan orang tanpa CVD. Pencegahan sekunder CVD adalah didefinisikan sebagai tindak bertujuan untuk mengurangkan kebarangkalian pengulangan kejadian tersebut. Kepatuhan ubat-ubatan yang disyorkan masih tidak mencapai optimum. Untuk mempengaruhi ketidakpatuhan, intervensi pengubahan tingkah laku secara berskala dan kos-efektif perlu dilaksanakan. Ulasan ini menilai kesan-kesan pemesejan teks telefon bimbit dalam kalangan pesakit yang mempunyai mapan kejadian okular arteri terhadap kepatuhan rawatan, kejadian kardiovaskular yang fatal dan bukan fatal, dan kesan-kesan sampingan. Jawapan Klinikal Cochrane Relevan Adakah pemesejan teks telefon bimbit dapat meningkatkan kepatuhan ubat-ubatan untuk pencegahan sekunder penyakit kardiovaskular (CVD)?

Intervensi berasaskan telefon bimbit untuk meningkatkan kepatuhan ubat-ubatan yang dipreskripsikan bagi pencegahan primer penyakit kardiovaskular dalam kalangan orang dewasa

Kepatuhan ubat-ubatan yang dipreskripsikan untuk pencegahan penyakit kardiovaskular (CVD) mungkin rendah. Lebih kurang 9% kes CVD di EU disebabkan oleh kepatuhan ubat-ubatan vaskular yang rendah. Intervensi berskala dan berkos rendah untuk meningkatkan kepatuhan ubat-ubatan dalam pencegahan primer CVD mempunyai potensi untuk mengurangkan morbiditi, mortaliti dan kos bidang kesihatan berkaitan dengan CVD. Ulasan ini bertujuan membuktikan keberkesanan penjalanan intervensi melalui telefon bimbit untuk meningkatkan kepatuhan ubat-ubatan yang dipreskripsikan untuk pencegahan primer CVD dalam kalangan orang dewasa. Jawapan Klinikal Cochrane Relevan Apakah kesan-kesan intervensi berasaskan telefon bimbit terhadap pencegahan primer penyakit kardiovaskular (CVD)?

Sokongan telefon berstruktur atau telemonitor bukan invasif untuk pesakit kegagalan jantung

Dalam konteks pendanaan kesihatan terhad dan populasi orang tua yang berkembang cepat, keadaan ini semakin sukar bagi sistem kesihatan untuk memberikan rawatan berkualiti tinggi kepada mereka yang mengalami kegagalan jantung. Para pesakit mungkin tidak rela atau tidak dapat kerap menghadiri klinik disebabkan oleh kos, kesukaran pengangkutan atau ketidakupayaan dan kelemahan. Sokongan telefon berstruktur dan telemonitor boleh memberikan rawatan khusus kegagalan jantung kepada orang yang mempunyai akses terhad kepada perkhidmatan kesihatan. Ulasan ini menilai kajian rawak terkawal sokongan telefon berstruktur atau telemonitor rumah bukan invasif berbanding dengan rawatan biasa dalam kalangan pesakit kegagalan jantung, untuk mengukur kesan intervensi tersebut berbanding dengan rawatan biasa. Jawapan Klinikal Cochrane Relevan Apakah faedah dan kemudaratan sokongan telefon berstruktur atau telemonitor rumah bukan invasif dalam kalangan pesakit kegagalan jantung

 

Keadaan-keadaan kesihatan mental dan neurologi

Perkhidmatan kejururawatan khusus di rumah untuk kanak-kanak mengalami penyakit akut dan kronik

Perkhidmatan kejururawatan khusus di rumah telah diusulkan sebagain kaedah berkos efektif dalam mengurangkan kesusahan akibat kemasukan hospital, sementara meningkatkan standard rawatan primer dan mengurangkan tempoh mendiami hospital. Ulasan ini menilai perkhidmatan kejururawatan khusus di rumah dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami penyakit-penyakit akut dan kronik.

Terapi psikologi (dijalankan dari jarak jauh) untuk rawatan kesakitan kronik dan berulangan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja

Terapi psikologi, biasanya disampaikan secara bersemuka oleh seorang ahli terapi, adalah berkesan dalam mengurangkan intensiti kesakitan dan ketidakupayaan. Terapi yang disampaikan dari jarak jauh, seperti melalui internet, progran berasaskan komputer, dan aplikasi telefon pintar, boleh digunakan untuk memberikan rawatan kepada kanak-kanak dan remaja yang mengalami kesakitan kronik. Ulasan ini menentukan keberkesanan terapi psikologi yang disampaikan dari jarak jauh berbanding dengan senarai tunggu, rawatan biasa, atau rawatan kawalan aktif, untuk rawatan kesakitan kronik dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Jawapan Klinikal Cochrane Relevan Adakah terapi kognitif tingkah laku (CBT) yang disampaikan dari jarak jauh dapat membantu kanak-kanak dan remaja mengawal kesakitan kronik?

Telerehabilitasi untuk pesakit sklerosis berbilang

Telerehabilitasi ialah kaedah novel yang dapat memperluas rawatan rehabilitasi di luar hospital dan memfasilitasi pendekatan psikoterapi pelbagai aspek dalam pengurusan moden pesakit-pesakit dengan menggunakan teknologi telekomunikasi di rumah atau dalam komuniti. Ulasan ini menyelidiki keberkesanan dan keselamatan intervensi telerehabilitasi dalam pesakit sklerosis berbilang untuk meningkatan hasil rawatan.

Perkhidmatan telerehabilitasi untuk strok

Penggunaan telerehabilitasi semakin berdaya maju kerana kelajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi meningkat. Ulasan ini menentu jika telerehabilitasi dapat meningkatkan kemampuan menjalankan aktiviti harian dalam kalangan mangsa strok apabila dibandingkan dengan rehabilitasi bersemukaan, atau tanpa rehabilitasi, atau rawatan biasa.

Intervensi digital khusus untuk mengurangkan penggunaan alkohol berbahaya dalam masyarakat

Strategi terbukti yang boleh mengurangkan tahap penggunaan alkohol berlebihan dapat menawarkan intervensi berasaskan perbincangan ringkas dalam situasi rawatan primer, tetapi teknologi inovasi terkini membolehkan orang ramai berinteraksi secara langsung melalui komputer, peranti mudah alih atau telefon pintar yang mempunyai intervensi digital dirancang untuk mengatasi masalah penggunaan alkohol. Ulasan ini menilai keberkesanan dan kos efektif intervensi digital untuk mengurangkan penggunaan alkohol berbahaya, masalah berkaitan alkohol, atau kedua-duanya, dalam masyarakat. Jawapan Klinikal Cochrane Relevan Bagaimanakah intervensi khusus digital dapat mengurangkan penggunaan alkohol berbahaya berbanding dengan tanpa intervensi/ intervensi minimum dalam masyarakat?

Teknologi bantuan untuk sokongan ingatan dalam demensia

Keminatan berlanjutan dalam teknologi bantuan elektronik untuk rawatan demensia telah didorong oleh keperluan mendesak untuk mencipta pendekatan yang berguna bagi membantu pesakit demensia di rumah. Kos rendah dan ketersediaan meluas alat elektronik juga menjadikan alat ini lebih layak digunakan demi kepentingan orang kurang upaya. Ulasan ini menilai keberkesanan teknologi bantuan untuk sokongan ingatan dalam kalangan pesakit demensia dari segi prestasi harian aktiviti peribadi dan aktiviti instrumental harian, tahap kebergantungan, dan kemasukan penjagaan berjangka panjang.

Keberkesanan dan pengalaman kaunseling telefon untuk penjaga tidak formal pesakit demensia

Penjaga tidak formal pesakit demensia boleh mengalami gejala kemurungan, tekanan emosi dan kesan-kesan fisiologi, sosial dan kewangan yang lain. Ulasan ini bertujuan menghasilkan sebuah ulasan kuantitatif tentang keberkesanan kaunseling telefon untuk penjaga tidak formal pesakit demensia, mensintesis kajian kualitatif yang mengkaji pengalaman penjaga yang menerima kaunseling dan pengalaman kaunselor yang menjalankan kaunseling telefon, dan mengintegrasikan pengalaman tersebut untuk mengenalpastikan aspek intervensi yang bernilai dan berfungsi baik, dan komponen intervensi yang perlu diperbaiki dan dikaji semula.

 

Keadaan-keadaan berkaitan gangguan genetik

Intervensi komputer dan telefon bimbit untuk menggalakkan kepatuhan ubat-ubatan dan pengurusan penyakit dalam kalangan pesakit talasemia

Dalam kalangan pesakit talasenia, transfusi sel darah berjangka panjang masih merupakan terapi utama, yang boleh menyebabkan kejadian zat besi berlebihan dan mengakibatkan komplikasi dan kerosakan teruk pada pelbagai organ badan. Terapi khelasi besi berjangka panjang adalah penting untuk mengurangkan proses pemuatan besi yang berterusan dalam kalangan pesakit talasemia. Selain ity, kepatuhan suboptimal boleh meningkatkan kejadian buruk berkaitan dengan kejadian zat besi berlebihan dan meningkatkan morbiditi, mortaliti, penggunaan bidang kesihatan dan pembiayaan rawatan. Ulasan ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menilai kesan-kesan intervensi teknologi komputer dan telefon bimbit yang dirancang untuk memudahkan kepatuhan ubat-ubatan dan pengurusan penyakit dalam kalangan pesakit talasemia.

 

Keadaan-keadaan perut dan endokrin

Intervensi pengurusan diri penyakit kencing manis berasaskan komputer dalam kalangan pesakit diabetes mellitus jenis 2

Program pendidikan pesakit berstruktur dapat mengurangkan risiko komplikasi berkaitan penyakit kencing manis secara empat kali ganda. Program pengurusan diri berasaskan internet telah menunjukkan keberkesanan sesetengah keadaan berjangka panjang, tetapi masih tidak jelas jika komponen program tersebut penting atau berkesan. Ulasan ini menilai peranan intervensi pengurusan diri penyakit kencing manis berasaskan komputer terhadap status kesihatan dan kualiti hidup berkaitan kesihatan dalam kalangan orang dewasa yang mengalami penyakit diabetes mellitus jenis 2.

Intervensi eHealth untuk pesakit buah pinggang kronik

Penyakit buah pinggang kronik mempunyai morbiditi dan kematian tinggi yang semakin meningkat apabila penyakit ini menjadi penyakit buah pinggang peringkat akhir. Terdapat peningkatan penggunaan teknologi di seluruh dunia kerana perminatan intervensi eHealth yang semakin meningkat untuk meningkatkan akses pesakit kepada maklumat kesihatan yang relevan, meningkatkan kualiti bidang kesihatan dan mendorong amalan perilaku yang sihat. Ulasan ini bertujuan untuk menilai faedah dan kemudaratan penggunaan intervensi eHealth untuk mengubah tingkah laku kesihatan dalam kalangan pesakit buah pinggang kronik.

 

Keadaan-keadaan kesuburan, kehamilan dan neonatal

Sokongan telefon untuk wanita semasa kehamilan dan enam minggu pertama selepas bersalin

Terdapat bukti menunjukkan bahawa kemungkinan sokongan telefon berkesan dalam bidang khusus penjagaan wanita bersalin, seperti sokongan penyusuan dan wanita yang berisiko kemurungan. Ulasan ini menilai kesan-kesan sokongan telefon terhadap wanita semasa kehamilan dan enam minggu pertama selepas bersalin, berbanding dengan rawatan biasa, pada hasil keputusan ibu dan bayi.

Teleperubatan untuk sokongan ibu bapa yang akan melahiri bayi berisiko tinggi

Oleh sebab ibu bapa dan keluarga yang mempunyai kemasukan bayi ke unit rawatan rapi neonatal memerlukan banyak sokongan daripada pegawai kesihatan dar segi maklumat dan masa, teleperubatan berpotensi meningkatkan sokongan tersebut. Ulasan ini menilai jika penggunaan teknologi teleperubatan untuk menyokong keluarga yang mempunyai bayi menerima rawatan intensif mempengaruhi tempoh mendiami hospital dan kepuasan ibu bapa/ keluarga.

Intervensi berasaskan telefon bimbit untuk meningkatkan prestasi penggunaan kontrasepsi

Kontraseptif memberikan faedah yang signifikan kepada kesihatan wanita dan kanak-kanak. Intervensi yang disampaikan melalui telefon bimbit terbukti berkesan dalam bidang kesihatan lain, tetapi kesannya terhadap penggunaan kontraseptif masih tidak dipastikan. Ulasan ini menilai kesan-kesan intervensi berasaskan telefon untuk meningkatkan prestasi penggunaan kontrasepsi.

Penyeliaan diri berbanding dengan penyeliaan doktor untuk pengguguran perubatan

Prosedur pengguguran perubatan merangkumi pemberian mifepristone diikuti dengan misoprostol atau rejimen misoprostol sahaja. Dalam penyeliaan diri pengguguran perubatan, ubat-ubatan diberikan oleh wanita sendiri tanpa pengawasan oleh pengawai kesihatan dalam sekurang-kurangnya satu peringkat protokol ubat. Dalam situasi kekurangan pegawai kesihatan, penyeliaan diri mungkin dapat mengurangkan beban sistem kesihatan. Walaubagaimanapun, keadaan ini masih tidak jelas jika penyeliaan diri pengguguran perubatan berkesan dan selamat. Ulasan ini membandingkan keberkesanan, keselamatan dan penerimaan penyeliaan diri berbanding dengan penyeliaan pegawai kesihatan pengguguran perubatan dalam mana-mana situasi. Jawapan Klinikal Cochrane Relevan Untuk golongan wanita yang mencari pengguguran bantuan, bagaimanakah penyeliaan pengguguran berbanding dengan penyeliaan pegawai kesihatan pengguguran?

 

Keadaan-keadaan mata dan penglihatan

Telerehabilitasi untuk orang yang mempunyai penglihatan rendah

Latihan rehabilitasi dan peralatan bantuan penglihatan mungkin dapat membantu orang yang mempunyai penglihatan rendah, tetapi sesetengah orang yang mempunyai masalah penglihatan mempunyai sumber terhad untuk menghadiri lawatan bersemukaan di klinik rehabilitasi untuk menerima latihan belajar cara peralatan bantuan penglihatan digunakan. Halangan-halangan rawatan dapat diatasi melalui konsultasi jarak jauh dan berasaskan laman web (seperti telerehabilitasi). Ulasan ini membandingkan kesan-kesan telerehabilitasi dengan perkhidmatan rehabilitasi penglihatan bersemukaan (seperti di pejabat atau dalam hospital) untuk meningkatkan kualiti hidup berkaitan penglihatan dan kemampuan membaca dalam kalangan orang kehilangan fungsi penglihatan disebabkan oleh keadaan okular.

 

Keadaan-keadaan kulit

Teledermatologi untuk mendiagnosis kanser kulit antara orang dewasa

Melanoma dan karsinoma sel skuamosa ialah barah kulit berisiko tinggi yang berpotensi bermetastasis dan akhirnya menyebabkan kematian, manakala karsinoma sel basal biasanya dapat dilokalisasikan dengan potensi menyusup dan merosakkan tisu sekitarnya. Teledermatologi menyediakan kaedah untuk doktor umum mengakses pendapat pakar dermatologi tentang luka kulit yang dianggap mencurigakan tanpa merujuk pesakit-pesakit melalui cara rujukan biasa. Ulasan ini menentukan ketepatan diagnostik teledermatologi untuk mengesan barah kulit dalam kalangan orang dewasa, dan membandingkan ketepatan dengan kaedah diagnosis bersemukaan. Jawapan Klinikal Cochrane Relevan Apakah ketepatan teledermatologi menggunakan gambar fotografi untuk mengesan melanoma invasif atau varian melanoma intraepidermal atipikal?

Aplikasi telefon pintar untuk triase orang dewasa yang mempunyai lesi kulit yang mencurigakan melanoma

Melanoma terdiri daripada sebahagian kecil semua kes barah kulit tetapi bertanggungjawab kepada kebanyakan kematian akibat barah kulit. Pengesanan dan rawatan awal dapat meningkatkan kadar kehidupan. Aplikasi telefon pintar adalah mudah diakses and berpotensi memberikan penilaian risiko segera tentang kemungkinan barah supaya orang yang berisiko mendapat perhatian daripada doktor untuk menjalankan penilaian luka kulit dengan lebih terperinci. Ulasan ini menilai ketepatan diagnosis aplikasi telefon pintar untuk mengesampingkan melanoma invasif kulit dan varian melanositik intraepidermal atipikal dalam kalangan orang dewasa yang bimbang tentang luka kulit yang mencurigakan.

 

Rujukan

1. McLean S, Protti D, Sheikh A. Telehealthcare for long term conditions. BMJ 2011;342:d120. https://doi.org/10.1136/bmj.d120

2. McLean S, Sheikh A. Does telehealthcare offer a patient-centred way forward for the community-based management of long-term respiratory disease? Primary Care Respiratory Journal 2009;18(3):125-6. https://doi.org/10.3132/pcrj.2009.00006

3. Sood S, Mbarika V, Jugoo S, Dookhy R, Doarn CR, Prakash N, et al. Apakah teleperubatan? Koleksi 104 perspektif dan asas teori yang telah dikaji oleh rakan sebaya. Telemedicine and e-Health 2007;13(5):573-90. https://doi.org/10.1089/tmj.2006.0073

Penghargaan

Koleksi Khas ini dijalankan oleh Ciara Gleeson (Evidence Synthesis Ireland Fellow/Clinical Specialist Physiotherapist (respiratory), Ireland), Dr Maureen Kelly (Discipline of General Practice, NUI Galway, Ireland) bekerjasama dengan Toby Lasserson (Penolong Ketua Penyunting), Robin Featherstone (Information Specialist), dan Monaz Mehta (Penyunting) daripada Cochrane Editorial & Methods Department, dan Declan Devane (Cochrane Ireland). Rakan sekerja dari Cochrane Acute and Emergency Care, Cochrane Circulation and Breathing, Cochrane Mental Health and Neuroscience, and Cochrane Public Health and Health Systems juga memberikan input kepada pemilihan ulasan untuk Koleksi Khas ini.

Terjemahan

Koleksi Khas ini telah diterjemahkan oleh Roshan Arjun Ananda (Monash University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). pada 13 Mei 2020. Koleksi Khas Bahasa Inggeris boleh didapati di Perpustakaan Cochrane: Coronavirus (COVID-19): Rawatan jarak jauh melalui teleperubatan

Kredit imej

AJ_Watt/Getty Images

Hubungi

Jabatan editorial dan kaedah Cochrane (emd@cochrane.org)

Share/Save