Koleksi Khas: Koronavirus (COVID-19): Anestesia serantau untuk mengurangkan penggunaan dadah dalam pembiusan dan mengelakkan pembentukan aerosol

Pertama kali diterbitkan pada 23 Meil 2020 dan dikemaskini secara berterusan; terakhir dikemaskini pada 14 Mei 2020 (perubahan terperinci di bawah).

Koleksi Khas ini merupakan salah satusiri koleksi di COVID-19. Koleksi Khas ini juga boleh didapati dalam Bahasa Cina Sederhan,Bahasa Farsi,Bahasa Perancis,Bahasa Jerman,Bahasa Jepun,Bahasa Malaysia, Bahasa MalaysiaBahasa Rusia, danBahasa Sepanyol.

Pembiusan serantau adalah suatu terma yang diberi kepada pelbagai jenis teknik di mana seorang pakar anestetik menyuntik anestetik lokal disekeliling saraf periferal atau saraf tunjang untuk menyebabkan paraesthesia temporal (atau sementara) atau paralisis pada bahagian badan tersebut Teknik-teknik ini boleh menjadi sangat efektif sehinggakan pembedahan boleh dilakukan di dalam keadaan pesakit masih sedar, dan ia boleh menjadi analgesia yang terbaik untuk mengelakkan penggunaan opiod yang kuat dan menjadi anestetik pilihan untuk pesakit yang di mana penggunaan anestetik umum boleh menjadi sangat merbahaya.

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan cabaran yang unik dalam penggunaan anestetik Anestetik umum dan manipulasi saluran udara adalah prosedur yang boleh menjana aerosol, di mana pembentukan aerosol yang berterusan boleh menjangkiti pekerja penjagaan kesihatan. Satu lagi aspek daripada pandemik COVID-19 adalah permintaan yang tidak pernah berlaku untuk ubat-ubatan Anestetik untuk digunakan dalam penjagaan kritikal, yang telah mengurangkan bekalan ubat-ubatan untuk anestetik umum. Kolej Diraja Anestetik di UK telah mencadangkan anestetik serantau sebagai penyelesaian kepada masalah ini dalam panduan segera mengenai pembedahan kecemasan untuk prosedur seperti keretakan tulang pinggul dan dalam panduan untuk menghadkan penggunaan dadah dalam dewan bedah[1]. Oleh itu, keselamatan dan praktis yang berasaskan bukti perubatan mengenai anestesia serantau semakin penting untuk mengekalkan perkhidmatan anestetik yang diharapkan mengehadkan pendedahan pekerja penjagaan kesihatan kepada COVID-19.

Selain kegunaan untuk wabak pandemik COVID-19, terdapat faedah lain bagi anestesia serantau dalam praktis standard anestetik. Ia menjadi analgesia yang terbaik selepas pembedahan, yang boleh mengelakkan penggunaan opiod yang kuat dan sebagai alternatif anestetik pilihan kepada pesakit di mana anestetik general boleh menyebabkan bahaya. Anestesia serantau mampu meningkatkan pemulihan dan mengehadkan sebarang komplikasi umum selepas pembedahan, seperti loya, muntah dan ileus tetapi bukti bagi pendapatan ini adalah kurang pasti.

Terdapat banyak perdebatan di kalangan pakar anestetik seperti bila sepatutnya anestesia serantau harus digunakan, teknik yang paling berkesan untuk anestesia serantau, keselamatan dan keberkesanan anestetik lokal, opiod-opiod dan adjunk yang boleh disuntik, nilai untuk blok saraf periferal berbanding sekatan neuraxial, dan komplikasi yang boleh berlaku.

Koleksi Khas ini menyediakan bukti yang sedia ada dari Ulasan Cochrane yang telah diterbitkan oleh Anestesia Cochrane dan menumpukan kepada perdebatan yang lebih baik dan menyokong untuk membuat keputusan terutamanya perancangan untuk anestesia serantau.

Dikemas kini 14 Mei 2020: pautan tambahan ke terjemahan dalam bahasa Jerman.

 

Anestesia serantau berbanding dengan teknik analgesik konvensional

Ulasan kajian ini mengkaji faedah keseluruhan dan risiko anestesia serantau.

Sekatan neuraxial untuk pencegahan mortaliti post-operatif dan morbiditi utama: gambaran menyeluruh ulasan sistematik oleh Cochrane

Pelbagai kesan yang bermanfaat daripada sekatan neuraxial telah dilaporkan, tetapi ia tidak jelas sama ada kesan-kesan berikut mempunyai pengaruh ke atas mortaliti peri-operatif dan pulmonari major dan komplikasi kardiovaskular. Gambaran keseluruhan ini meringkaskan Ulasan Cochrane bagi penilaian kesan sekatan neuraxial ke atas kadar kematian peri-operatif, jangkitan dada, dan serangan jantung (miokardial infarksi). Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Bagaimana perbandingan sekatan neuraksial dengan anestesia umum dan analgesia sistemik apabila digunakan selepas operasi?

Anestetik tempatan dan analgesia serantau berbanding dengan analgesia konvensional untuk mencegah kesakitan selepas pembedahan yang berterusan dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak

Analgesia serantau boleh mengurangkan kadar kesakitan selepas pembedahan yang berterusan, keadaan yang kerap dan melemahkan. Ulasan ini bertujuan untuk membandingkan anestetik setempat dan anestetik serantau versus pembiusan konvensional untuk pencegahan sakit selepas pembedahan yang berterusan melebihi tiga bulan untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang menjalani pembedahan elektif. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Bagaimanakah perbandingan anestesia tempatan dan serantau dengan analgesia konvensional untuk wanita dengan kesakitan berterusan setelah pembedahan barah payudara?

Simptom neurologi sementara (TNS) berikutan anestesia tulang belakang dengan lidokain berbanding ubat anestesia setempat yang lain dalam kalangan pesakit pembedahan dewasa: sebuah analisis meta rangkaian

Bius tunjang telah dikaitkan sebagai salah satu punca kemungkinan komplikasi neurologi berikutan prosedur pembedahan. Gejala neurologi sementara yang berlaku dalam tempoh singkat selepas pembedahan biasanya diperhatikan selepas penggunaan lidokain tunjang. Lidokain tulang belakang walau bagaimanapun mempunyai profil farmaokinetik berfaedah, terutamanya untuk pembedahan kes harian. Kajian ini menentukan prevalens gejala neurologi sementara selepas bius tulang belakang dengan lidokain. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Bagaimana perbandingan antara lidocaine dan bupivacaine antara satu sama lain dan dengan anestetik tempatan alternatif untuk orang dewasa yang menjalani anestesia tulang belakang?

 

Apakah cara terbaik untuk melakukan bius serantau dan apakah anestetik tempatan dan adjunk untuk digunakan

Ulasan yang membandingkan pendekatan yang berbeza untuk melaksanakan bius serantau atau ubat-ubatan yang digunakan.

Udara berbanding saline dalam teknik kehilangan rintangan untuk pengenalpastian ruang epidural

Blok epidural kekal sebagai salah satu teknik bius serantau utama, dan kejayaannya bergantung pada pengenalanl ruang epidural secara tepat. Selama beberapa dekad, keputusan sama ada untuk menggunakan udara atau fisiologi saline semasa teknik kehilangan rintangan untuk pengenalpastian ruang epidural telah dipengaruhi oleh pengalaman peribadi anaestetis. Kajian ini menilai keberkesanan dan keselamatan kedua-dua udara dan saline dalam kehilangan teknik rintangan bagi pengenalpastian ruang epidural, serta menilai komplikasi yang berkaitan dengan udara atau saline yang disuntik. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Bagaimana udara dibandingkan dengang saline dalam teknik kehilangan rintangan untuk pengenalpastian ruang epidural?

Panduan ultrasound bagi pembatasan blok anggota atas dan bawah

Blok saraf persisian boleh dilakukan dengan menggunakan panduan ultrasound. Ia tidak lagi jelas sama ada kaedah penentuan lokasi saraf ini mempunyai manfaat ke atas kaedah lain yang sedia ada. Kajian ini menilai sama ada penggunaan ultrasound untuk membimbing sekatan saraf persisian mempunyai sebarang kelebihan ke atas kaedah lain bagi lokasi saraf persisian.

Hyperbarik berbanding isobaric bupivacaine untuk bius tulang belakang untuk pembedahan kelahiran melalui teknik casearean.

Bupivacaine adalah anestetik tempatan jenis amide yang digunakan dalam bentuk hyperbarik dan isobarik. Ini diberikan secara intrathecal ke dalam tulang belakang untuk menyediakan bius serantau bagi bahagian pembedahan. Beberapa percubaan untuk membandingkan antara dengan hyperbarik dan isobarik bupivacaine telah dilakukan, dan menunjukkan tiada manfaat di antara kedua-duanya. Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan dan keselamatan hyperbarik bupivacaine berbanding dengan isobarik bupivacaine untuk bius tulang belakang wanita yang menjalani pembedahan teknik caesarean.

Teknik tunggal, berganda atau berbilang suntikan untuk teknik blok pleksus brakial aksilari tanpa ultrasound bagi orang dewasa yang menjalani pembedahan lengan yang lebih rendah

Bius serantau yang terdiri daripada blok pleksus aksilari brakial ialah satu teknik anestetik yang biasa bagi pembedahan anggota tangan distal. Kajian ini membandingkan kesan relatif (faedah dan kemudaratan) tiga teknik suntikan (satu, dua kali, dan pelbagai) blok aksilari kepada pleksus brakial untuk pembedahan anggota tangan atas yang distal tanpa menggunakan panduan ultrasound. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Apakah kesan teknik suntikan yang berbeza semasa blok plexus brakial axillary dipandu bukan ultrasound untuk orang dewasa yang menjalani pembedahan lengan distal?

Deksametason sebagai adjuvan kepada blok saraf periferi

Blok saraf persisian boleh digunakan untuk bius atau analgesia selepas pembedahan. Satu batasan untuk penggunaannya untuk selpeas pembedahan adalah kesan yang bertahan untuk beberapa jam, selepas sakit yang sederhana hingga teruk di tapak pembedahan boleh menyebabkan keperluan untuk ubat analgeia alternatif. Beberapa adjuvants telah digunakan untuk memanjangkan tempoh blok saraf persisian, termasuk perineural atau larutan deksametason. Kajian ini menilai keberkesanan perbandingan dan keselamatan perineural deksametason versus plasebo, larutan deksametason versus plasebo, dan perineural deksametason versus larutan deksametason apabila ditambah kepada blok saraf persisian untuk melegakan kesakitan selepas pembedahan. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bolehkah menambahkan dexamethasone perineural atau intravena ke sekatan saraf periferal dapat meningkatkan hasil bagi orang dewasa yang menjalani pembedahan? dan Bagaimana perbandingan dexamethasone perineural dengan dexamethasone intravena apabila digunakan sebagai tambahan kepada sekatan saraf periferal pada remaja dan orang dewasa yang menjalani pembedahan?

Pengunaan adrenalin dengan lidokain untuk sekatan saraf digital

Adrenalin digabungkan dengan lidokain boleh memanjangkan blok saraf digital dan secara teori membantu untuk menyediakan medan pembedahan tanpa darah. Lanjutan kelegaan sakit selepas pembedahan boleh mengurangkan keperluan untuk ubat analgesia dan boleh membantu rehabilitasi pemulihan tangan. Secara konvensional, adrenalin dielakkan di tapak anatomi dengan arteri akhir kerana kebimbangan tentang arteri spasm, iskemia dan perkembangan gangrene distal kepada tapak infiltrasi ubat. Kajian ini menilai keselamatan dan keberkesanan penggunaan adrenalin digabungkan dengan lidokain untuk blok saraf digital.

Liposomal bupivacaine sekatan saraf persisian untuk pengurusan sakit selepas pembedahan.

Pengurusan kesakitan selepas pembedahan yang teruk dianggap dikaitkan dengan peningkatan risiko morbiditi dan mortaliti. Liposomal bupivacaine adalah sejenis analgesik yang menawarkan kaedah baru keluaran yang berterusan. Ulasan ini menilai efikasi ubat pencegah sakit dan kesan-kesan sampingan liposom bupivacaine semasa digunakan sebagai sekatan saraf periferi untuk menangani kesakitan selepas pembedahan.

 

Pembedahan ortopedik

Ulasan-ulasan berkaitan dengan pembedahan yang melibatkan tulang-tulang dan sistem muskuloskeletakal.

Analgesia serantau untuk peningkatan hasil fungsi berjangka panjang selepas pembedahan elektif penggantian sendi besar.

Anestesia serantau dianggap lebih berkesan berbanding dengan analgesia konvensional untuk mengawal kesakitan dan membolehkan mobilisasi yang lebih cepat selepas pembedahan penggantian sendi besar. Ia masih tidak jelas jika anestesia serantau dapat meningkatkan hasil fungsi dalam tempoh yang lebih panjang selepas pembedahan penggantian sendi besar. Ulasan ini menilai kesan-kesan anestesia serantau pada hasil fungsi jangka panjang selepas pembedahan elektif major penggantian sendi.

Blok saraf femoral untuk kawalan kesakitan akut selepas pembedahan penggantian lutut.

Pembedahan penggantian keseluruhan sendi lutut merupakan pembedahan biasa yang memerlukan analgesia selepas pembedahan yang signifikan. Blok saraf femoral sering digunakan sebagai kaedah pilihan untuk mengurangkan kesakitan dan membolehkan mobilisasi selepas pembedahan. Ulasan ini menilai faedah dan risiko penggunaan blok saraf femoral sebagai teknik analgesia selepas pembedahan berbanding dengan teknik analgesia lain dalam kalangan orang dewasa yang menjalani pembedahan penggantian keseluruhan sendi lutut.

Blok saraf atau tiada blok saraf untuk kawalan kesakitan selepas pembedahan elektif penggantian pinggul (arthroplasty) pada orang dewasa

Untuk memudahkan pemulihan selepas pembedahan penggantian sendi pinggul, kesakitan mesti dirawat secara mencukupi. Blok saraf periferi dan blok neuraxial telah dicadangkan untuk mengganti atau menambah analgesia sistemik. Ulasan ini membandingkan kesan-kesan relatif (faedah dan kesan sampingan) blok saraf berbeza yang boleh digunakan untuk meringankan kesakitan selepas pembedahan elektif penggantian sendi pinggul dalam kalangan orang dewasa.

Anestesia bagi pembedahan fraktur tulang pinggul dalam kalangan orang dewasa

Fraktur pinggul dalam kalangan orang dewasa membawakan morbiditi dan mortaliti yang signifikan jika rawatan pembedahan ditangguhkan. Terdapat perdebatan yang signifikan tentang jika anestesia serantau atau umum membawakan hasil terbaik untuk pembaikan fraktur pinggul. Ulasan ini menumpukan pembandingan hasil anestesia serantau dengan anestesia umum untuk pembaikan fraktur proximal femoralis dalam kalangan orang dewasa. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Bagaimanakah blok neuraxial dibandingkan dengan anestesia umum pada orang dewasa yang menjalani pembedahan patah tulang pinggul?

Blok saraf periferi untuk fraktur pinggul

Pelbagai sekatan saraf menggunakan ubat anestetik tempatan telah digunakan untuk pencegahan kesakitan selapas fraktur pinggul and pembedahan berikutnya. Ulasan ini menumpukan penggunaan sekatan saraf periferi sebagai preoperatif analgesia, postoperasi analgesia, atau sebagai tambahan pada anestesia umum untuk pembedahan fraktur pinggul. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Apakah kesan sekatan saraf periferi pada orang yang mengalami patah tulang pinggul?

Blok saluran aduktor untuk rawatan kesakitan postoperatif dalam kalangan dewasa yang menjalani pembedahan lutut

Teknik-teknik anestesia serantau periferi adalah merupakan rawatan kesakitan selepas pembedahan sendi lutut yang mapan. Blok saluran aduktor merupakan teknik yang boleh digunakan sebagai satu percubaan atau melalui kateter untuk analgesia serantau yang berterusan. Ulasan ini membandingkan efikasi analgesia dan kesan sampingan blok saluran aduktor dengan teknik analgesia serantau yang lain atau analgesia sistemik untuk orang dewasa yang menjalani pembedahan sendi lutut. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Bagaimana perbandingan saluran adductor dengan rawatan palsu atau sekatan saraf femoral bagi orang dewasa yang menjalani pembedahan lutut?

Blok saraf gabungan brakial interskalene secara berterusan berbanding dengan analgesia parenteral untuk meringankan kesakitan selepas pembedahan bahu major

Pembedahan bahu major dikaitkan dengan kesakitan selepas pembedahan teruk dengan pelbagai teknik analgesia berbeza yang telah digunakan untuk membawakan pesakit keselesaan dan mobilisasi sendi yang efektif selepas pembedahan. Teknik-teknik ini merangkumi ubat analgesia opioid dan bukan opioid, anestetik tempatan yang menyusup ke dalam dan sekitar sendi bahu, dan anestetik serantau. Ulasan ini menilai efikasi analgesia blok saraf gabungan brakial interskalene secara berterusan dengan penggunaan ubat analgesia opioid parenteral untuk meringankan kesakitan selepas pembedahan bahu major.

 

Pembedahan umum dan pembedahan vaskular

Ulasan-ulasan berkaitan dengan pembedahan yang melibatkan organ abdomen dan saluran darah utama.

Kelegaan sakit epidural berbanding dengan kelegaan sakit berasaskan opioid sistemik untuk pembedahan aorta abdomen

Analgesia epidural dianggap dapat membawakan analgesia yang lebih baik berbanding dengan ubat-ubatan berasakan opioid sistemik, tetapi kesannya pada morbiditi dan mortaliti adalah tidak jelas. Ulasan ini menilai faedah dan kesan sampingan analgesia postoperasi epidural berbanding dengan analgesia postoperasi berasaskan opioid sistemik dalam kalangan orang dewasa yang menjalani pembedahan elektif aorta abdomen. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Bagaimanakah kelegaan kesakitan epidural dibandingkan dengan kelegaan kesakitan berdasarkan opioid sistemik pada orang yang menjalani pembedahan aorta abdomen?

Anestesia tempatan epidural berbanding dengan rejimen ubat analgesia berasaskan opioid untuk postoperasi kelumpuhan gastro, kemuntahan dan kesakitan selepas pembedahan abdomen

Kelumpuhan gastro sementara, perasaan loya, kemuntahan dan kesakitan merupakan masalah klinikal yang ketara selepas pembedahan abdomen. Anestetik dan teknik analgesia yang dapat mengurangkan kesakitan dan postoperasi perassan loya dan muntah, sementara mencegah atau mengurangkan ileus selpas pembedahan, mungkin dapat mengurangkan morbiditi selepas pembedahan, tempoh dalam hospital, dan kos hospital. Ulasan ini membandingkan kesan-kesan analgesia epidural selepas pembedahan yang menggunakan anestetik tempatan dengan opioid sistemik selepas pembedahan atau epidural. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Bagaimana perbandingan anestetik tempatan epidural dengan analgesia berasaskan opioid untuk meningkatkan hasil pada orang dewasa yang menjalani pembedahan abdomen?

Analgesia epidural berbanding dengan analgesia intravena kawalan pesakit untuk kesakitan selepas pembedahan dalaman abdomen dalam kalangan orang dewasa

Analgesia intravena kawalan pesakit (IVPCA) dan analgesia epidural yang menggunakan teknik secara berterusan atau kawalan pesakit adalah pendekatan popular untuk analgesia selepas pembedahan dalaman abdomen. Walaupun banyak percubaan untuk membandingkan risiko dan faedah, bentuk optimum analgesia untuk prosedur-prosedur ini masih dipertikaikan. Ulasan ini membandingkan dan menilaikan kedua-dua bentuk analgesia epidural dengan IVPCA. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Bagi orang dewasa dengan kesakitan berikutan pembedahan intra-abdomen, bagaimana perbandingan analgesia epidural dengan analgesia kawalan pesakit intravena (IV PCA)?

 

Pembedahan kardiotorasik

Ulasan-ulasan berkaitan dengan pembedahan yang melibatkan jantung dan dada.

Analgesia epidural untuk orang dewasa yang menjalani pembedahan jantung dengan atau tanpa pintasan kardiopulmonari

Gabungan anestesia umum dengan analgesia epidural mungkin dapat membawa kesan baik pada hasil klinikal. Walaubagaimanapun, penggunaan analgesia epidural untuk pembedahan jantung adalah kontroversi disebabkan oleh peningkatan risiko teori hematoma epidural berkaitan dengan keperluan heparinisasi sistemik semasa pembedahan. Ulasan ini bertujuan untuk menentukan impak analgesia epidural selepas pembedahan dalam kalangan orang dewasa yang menjalani pembedahan jantung, dengan atau tanpa bypass kardiopulmonari, pada mortaliti dan morbiditi jantung, pulmonari atau neurologi selepas pembedahan. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Bagaimana perbandingan analgesia epidural perioperatif dengan analgesia sistemik untuk orang dewasa yang menjalani pembedahan jantung

Blok paraverterbral berbanding dengan epidural torasik untuk pesakit yang menjalani pembedahan torakotomi.

Pembedahan torasik sering mengakibatkan kesakitan selepas pembedahan teruk yang disebabkan oleh pembedahan melalui tulang rusuk dan otot intercostal. Analgesia yang tidak mencukupi selepas pembedahan boleh menghalang pemulihan dan meningkatkan risiko komplikasi seperti atelektasis (keruntuhan paru-paru), pneumonia (penyakit paru-paru) dan trombosis (penyakit bekuan darah), disebabkan oleh pernafasan yang tidak efektif, pembersihan rembesan, dan mobilisasi yang lemah. Pengurusan kesihatan akut yang berkesan selepas torakotomi mungkin dapat mencegah komplikasi dan mengurangkan kebarangkalian mendapati kesakitan kronik. Ulasan ini membandingkan kedua-dua teknik serantau epidural torasik dan blok paravertebral dalam kalangan orang dewasa yang menjalani torakotomi elektif. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Bagaimana sekatan paravertebral dibandingkan dengan epidural torasik pada orang yang menjalani torakotomi?

 

Rujukan

1. Kolej Diraja Anestetika dan Persatuan Anestetika. Panduan tentang perubahan potensi pada penggunaan ubat anestetik semasa tekanan kecemasan pandemik.https://icmanaesthesiacovid-19.org/drug-demand-supply-guidance (diakses pada 16/4/2020)

Penghargaan

Koleksi Khas ini telah dibangunkan oleh Michael McEvoy dan Muataz Amare (Felo Diseminasi, Cochrane Anestesia), Andrew Smith (Editor Penyelaras, Cochrane Anestesia), Janne Vendt (Pakar Maklumat, Cochrane Anestesia) dan Teo Quay (Pengurus Editor, Cochrane Kecemasan dan Penjagaan Kritikal, dan Cochrane Anestesia), bekerja dengan Monaz Mehta (Jabatan Editrial dan Metod Cochrane).

Penterjemahan

Koleksi Khas ini telah diterjemahkan oleh Muhammad Faizul Fitri Mat Nazri, RCSI & UCD Malaysia Campus dan Roshan Arjun Ananda, Monash University dan Disunting oleh Intan Juliana Abd Hamid (Institut Perubatan & Pergigian Termaju,USM). pada 4 April 2020. Koleksi Khas Bahasa Inggeris boleh didapati di Perpustakaan Cochrane: Koleksi Khas: Koronavirus (COVID-19): Anestesia regional untuk mengurangkan penggunaan dadah dalam anestesia dan mengelakkan pembentukan aerosol

Kredit imej

Karrastock/Gettyimej

Hubungi

Jabatan editorial dan kaedah Cochrane (emd@cochrane.org)

Share/Save