Coronavirus (COVID-19): langkah kawalan dan pencegahan jangkitan

Khas ini adalah satu daripada dua koleksi COVID-19, dan ia memberi tumpuan kepada langkah-langkah kawalan dan pencegahan jangkitan. Lihat juga Koleksi Khas:Coronavirus (COVID-19): bukti yang berkaitan dengan penjagaan kritikal.

Koleksi Khas ini telah dibuat sebagai tindak balas kepada pandemik COVID-19 dan sentiasa dikemas kini. Ia bertujuan untuk memastikan akses segera kepada ulasan sistematik yang paling berkait terus dengan pencegahan jangkitan. Ia termasuk ulasan yang relevan dengan panduan interim WHO, serta ulasan berpotensi yang lain dari tiga Rangkaian Cochrane (Cochrane Network): Kesihatan Awam dan Sistem Kesihatan CochraneCochrane Musculoskeletal, Oral, Skin and Sensory; dan Penjagaan Akut dan Kecemasan Cochrane dan juga akan mendapat pengetahuan daripada kumpulan Cochrane di kawasan yang terjejas. Kebanyakkan ulasan dalam koleksi ini juga diliputi dalam Jawapan Klinikal Cochrane (CCAs), dengan pautan yang disediakan.

Kepelbagaian sifat-sifat patogen dan cara penyebaran berbanding dengan apa yang sekarang diketahui tentang COVID-19 mungkin mengehadkan kebolehgunaan bukti yang diringkaskan dalam ulasan-ulasan ini.

Sila ambil perhatian bahawa ulasan yang dimasukkan dalam Koleksi Khas ini merumuskan bukti, dan kemasukan mereka tidak bermakna bahawa intervensi yang dikaji semula telah ditunjukkan sebagai langkah pencegahan yang berkesan.

Intervensi fizikal untuk mengganggu atau mengurangkan penyebaran virus sistem pernafasan

10.1002/14651858.CD006207.pub4

Wabak virus atau pandemik jangkitan pernafasan akut seperti influenza atau sindrom pernafasan akut yang teruk menimbulkan ancaman global. Ubat-ubatan dan vaksin antivirus mungkin tidak mencukupi untuk mencegah penyebaran mereka. Ulasan ini menilai keberkesanan intervensi fizikal untuk menyekat atau mengurangkan penyebaran virus pernafasan. CCA berkaitan: Bolehkah intervensi fizikal membantu mengurangkan penyebaran virus pernafasan?

Kaedah‐kaedah untuk meningkatkan kebersihan tangan pekerja penjagaan kesihatan untuk mengurangkan jangkitan dalam penjagaan pesakit

10.1002/14651858.CD005186.pub4

Jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan merupakan punca utama morbiditi dan mortaliti.  Kebersihan tangan dianggap sebagai langkah pencegahan yang berkesan. Ulasan ini menilai keberkesanan jangka masa pendek dan panjang, kaedah-kaedah untuk meningkatkan pematuhan panduan kebersihan tangan dan juga untuk menentukan sama ada peningkatan dalam pematuhan kebersihan tangan boleh mengurangkan kadar jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan. CCA berkaitan: Apakah kesan kempen multimodal untuk meningkatkan kebersihan tangan pekerja penjagaan kesihatan? dan Apakah kesan memberi maklumbalas prestasi, pendidikan, dan penggunaan tanda deria hidu/penglihatan terhadap kebersihan tangan pekerja penjagaan kesihatan?

Meningkatkan pematuhan kepada Langkah-langkah Piawaian Standard untuk mengawal jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan

10.1002 / 14651858.CD010768.pub2

'Langkah Penjaga Standard' merujuk kepada sistem tindakan, seperti penggunaan peralatan perlindungan peribadi atau pematuhani pengendalian jarum yang selamat, oleh seseorangpekerja penjagaan kesihatan  untuk mengurangkan penyebaran kuman dalam situasi penjagaan kesihatan seperti hospital dan rumah penjagaan. Ulasan ini menilai keberkesanan intervensi yang disasarkan kepada pekerja penjagaan kesihatan untuk meningkatkan kepatuhan kepada Piawai Piawai dalam penjagaan pesakit.

Peralatan pelindung diri untuk pekerja penjagaan kesihatan bagi mencegah penyakit berjangkit yang tinggi akibat pendedahan kepada cecair badan yang tercemaran

10.1002 / 14651858.CD011621.pub3

Dalam wabak penyakit yang sangat berjangkit, seperti Penyakit Virus Ebola atau Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), pekerja penjagaan kesihatan lebih berisiko jangkitan daripada populasi umum, kerana kontak mereka dengan cecair badan yang tercemar oleh pesakit. Langkah berjaga-jaga dengan alat perlindungan diri (PPE) dapat mengurangkan risiko. Ulasan ini menilai jenis PPE badan penuh dan kaedah pemberian atau pelepasan PPE yang paling rendah mempunyai risiko pencemaran diri atau jangkitan kepada pekerja penjagaan kesihatan serta kaedah latihan untuk meningkatkan pematuhan terhadap protokol PPE. CCA berkaitan: Adakah penggunaan alat perlindungan peribadi (PPE), atau intervensi untuk meningkatkan penggunaan PPE oleh pekerja penjagaan kesihatan, mengurangkan penyebaran penyakit yang sangat berjangkit?

Sarung tangan, gaun dan topeng untuk mengurangkan penularan meticillin-resistant  Staphylococcus aureus (MRSA) dalam persekitaran hospital

10.1002 / 14651858.CD007087.pub2

Meticillin-resistant  Staphylococcus aureus (MRSA) adalah patogen diperoleh hospital yang biasa. Ia meningkatkan morbiditi, mortalti, dan kos penjagaan kesihatan. Kawalannya terus menjadi isu yang tidak dapat diselesaikan di banyak hospital di seluruh dunia. Ulasan ini menilai keberkesanan memakai sarung tangan, gaun atau topeng apabila kontak dijangkakan dengan pesakit hospital yang membawa atau dijangkiti dengan MRSA, atau dengan persekitaran langsung pesakit. CCA berkaitan: Adakah sarung tangan, gaun, dan topeng mengurangkan penyebaran MRSA di persekitaran hospital?

Pemakaian gaun dalam kalangan pengiring dan pelawattempat penjagaan bayi yang baru lahir dalam mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti bayi.

10.1002 / 14651858.CD003670

Gaun luaran (overgowns) digunakan secara meluas dalam tempat penjagaan bayi yang  baru lahir dan unit rawatan intensif neonatal. Penggunaan gaun dipercayai dapat membantu untuk mencegah penyebaran jangkitan nosokomial dan berfungsi sebagai peringatan kepada pengiring dan pelawat untuk mencuci tangan sebelum menyentuh bayi. Ulasan ini menilai kesan memakai gaun oleh pengiring dan pelawat keatas insiden jangkitan dan kematian di tempat penjagaan bayi yang baru lahir.

Intervensi tingkah laku dalam menggalakkan penggunaan peralatan pelindung pernafasan (RPE) dalam kalangan pekerja

10.1002 / 14651858.CD010157.pub2

Bahan bahaya kepada salur pernafasan adalah perkara biasa di tempat kerja. Bergantung pada bahan bahaya dan pendedahan, akibat kesihatan mungkin merangkumi penyakit yangringan hingga yang mengancam nyawa daripada agen berjangkit, kesan akut dari kerengsaan pernafasan sehinggalah kepada keadaan paru-paru kronik, termasuk kanser akibat pendedahan kepada bahan kimia atau toksin. Penggunaan alat perlindungan pernafasan (RPE) adalah langkah pencegahan penting dalam banyak persekitaran pekerjaan. RPE hanya menawarkan perlindungan apabila dipakai dengan betul, apabila dikeluarkan dengan selamat dan apabila ia diganti atau dikekalkan secara berkala. Keberkesanan intervensi tingkah laku sama ada diarahkan kepada majikan atau organisasi atau diarahkan kepada pekerja individu untuk mempromosikan penggunaan RPE dalam pekerja tetap menjadi soalan penting yang tidak terjawab. Ulasan ini menilai kesan intervensi tingkah laku sama ada yang diarahkan kepada organisasi atau pekerja individu mengenai penggunaan RPE yang diperhatikan atau dilaporkan sendiri dalam pekerja dibandingkan dengan tiada intervensi atau intervensi alternatif.

Memandikan pesakit kritikal menggunakan klorheksidin bagi mencegah jangkitan diperolehi daripada hospital                                                                                

10.1002 / 14651858.CD012248.pub2

Jangkitan yang diperolehi daripada hospital adalah kejadian buruk yang kerap berlaku dalam penjagaan pesakit; ia boleh membawa kepada tempoh tinggal yang lebih lama di unit penjagaan rapi, komplikasi kesihatan tambahan, kehilangan upaya yang kekal ataupun kematian.Kekerapan jangkitan adalah sangat tinggi dalam unit rawatan rapi, di mana pesakit kritikal mempunyai imuniti yang rendah  dan tertakluk kepada pemantauan  invasive yang semakin meningkat. Chlorhexidine adalah produk kos rendah, yang digunakan secara meluas sebagai pembasmi kuman dan antiseptik, yang boleh digunakan untuk memandikan pesakit kritikal dengan tujuan membunuh bakteria dan mengurangkan penyebaran jangkitan yang diperoleh hospital. Ulasan ini menilai kesan mandian dengan  chlorhexidine terhadap jumlah jangkitan yang diperoleh di hospital pada pesakit kritikal. CCA berkaitan: Apakah kesan mandi dengan menggunakan  chlorhexidine untuk mencegah jangkitan yang diperoleh di hospital pada orang yang dimasukkan ke unit rawatan intensif (ICUs)?

Strategi pengawalan jangkitan meticillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) di rumah penjagaan untuk orang tua

10.1002 / 14651858.CD006354.pub4

Rumah penjagaan bagi orang tua menyediakan persekitaran yang mungkin menggalakkan perolehan dan penyebaran meticillin-resistant  Staphylococcus aureus  (MRSA), jesterumenempatkan penghuni pada risiko menjadi pembawa dan memperolehi jangkitan yang lebih tinggi. Strategi pencegahan dan kawalan jangkitan adalah penting dalam pencegahan dan mengawal penyebaran MRSA.

Penghargaan

Koleksi Khas ini telah dikembangkan oleh Lisa Bero (Editor Kanan, Kesihatan Awam dan Sistem Kesihatan), bersama Toby Lasserson (Timbalan Pengarang di Ketua), Newton Opiyo (Editor Bersekutu), Robin Featherstone (Pakar Penerangan), dan Monaz Mehta (Editor) di Cochrane Editorial & Methods Department. Rakan-rakan dari Rangkaian Sistem Kesihatan dan Kesihatan Awam, Rangkaian Cochrane China, Luka Cochrane, dan Kumpulan Jangkitan Pernafasan Akut Cochrane turut memberi input mengenai pemilihan ulasan untuk Koleksi Khas ini.

Kredit imej

Mike Kemp / Getty Images 

Hubungi

Jabatan Editorial dan Kaedah Cochrane (emd@cochrane.org)

Share/Save