Koleksi Khas: Coronavirus (COVID-19): bukti yang berkaitan dengan penjagaan kritikal

(Pertama kali diterbitkan pada 11 Februari 2020 dan dikemaskini secara berterusan; terakhir dikemaskini pada 18 Mei 2020) (perubahan terperinci di bawah).

Koleksi Khas ini merupakan salah satusiri koleksi di COVID-19. Ia juga boleh didapati dalam China Sederhana, Czech,Jerman ,Farsi, Perancis, Jepun, Bahasa Malaysia, Poland, Portugis, Rusia, dan Sepanyol

Tujuan Koleksi Khas ini untuk memastikan akses segera kepada ulasan sistematik yang relevan yangi paling berkait terus dengan pengurusan orang yang dimasukkan ke hospital dengan jangkitan respiratori akut yang teruk Ia termasuk ulasan yang relevan dengan panduan interim WHO, ulasan yang dikenalpasti sebagai relevan oleh Penjagaan Akut dan Kecemasan Cochrane, dan dimaklumkan oleh kumpulan Cochrane di kawasan yang terlibat.

Koleksi Khas inmelibatkan Ulasan Cochrane pada topik berikut:

  • Terapi cecair dan vasopressor
  • Sokongan respiratori dan ventilasi mekanikall
  • Penyapihan ventilasi mekanikal
  • Mengurus hipoksemia
  • Rawatan farmakologi
  • Mengurus delirium
  • Nutrisi dalam penjagaan intensif

Walaupun ulasan dalam Koleksi Khas ini menilai intervensi yang dirujuk dalam panduan interim WHO, penggunaan terus bukti boleh dibatasi oleh peratusan rendah orang dengan jangkitan virus yang berdaftar dalam kajian-kajian utama. Banyak ulasan dalam koleksi yang berkaitan dengan Jawapan Klinikal Cochrane.

Adalah penting untuk mengambil maklum bahawa ulasan yang dimasukkan dalam Koleksi ini meringkaskan bukti; kemasukannya tidak bermakna ia adalah rawatan yang berkesan. Beberapa ulasan yang dikemukakan di sini menonjolkan kekurangan bukti berkualiti tinggi untuk memaklumkan pembuatan keputusan perubatan dalam konteks krisis jangkitan respiratori akut yang teruk.

Dikemas kini pada 18 Mei 2020: menambahkan Jawapan Klinikal Cochrane baru pada ‘Penyesuaian plasma atau imunoglobulin hiperimun untuk orang dengan COVID ‐ 19: ulasan pantas’

 

Terapi cecair dan vasopressor

Resusitasi awal hipotensi biasanya termasuk pemberian cecair intravena, diikuti dengan permulaan vasopresor apabila hipotensi berterusan.

Terapi cecair liberal berbanding terapi cecair konservatif dalam kalangan dewasa dan kanak‐kanak dengan sepsis atau kejutan septik.

Sepsis dan kejutan septik adalah komplikasi jangkitan yang mengancam nyawa yang berkait dengan morbiditi dan mortaliti yang tinggi dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak. Terapi cecair dianggap penting semasa rawatan awal sepsis, tetapi tidak jelas sama ada terapi cecair konservatif atau liberal dapat memperbaiki hasil klinikal dalam kalangan pesakit dengan sepsis. Ulasan ini menentukan sama ada terapi cecair liberal berbanding konservatif memperbaiki hasil klinikal dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak dengan sepsis awal dan kejutan septik. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagi kanak-kanak dengan sepsis atau kejutan septik, bagaimanakah terapi cecair liberal berbanding terapi cecair konservatif?

Koloid berbanding kristaloid untuk resusitasi cecair dalam kalangan orang yang sakit kritikal

Orang yang sakit kritikal mungkin kehilangan cecair kerana keadaan yang serius, jangkitan (contohnya sepsis), trauma, atau terbakar, dan memerlukan cecair tambahan segera untuk mencegah dehidrasi atau kegagalan buah pinggang. Koloid atau larutan kristaloid boleh digunakan untuk tujuan ini. Kristaloid mempunyai molekul kecil, tidak mahal, mudah diguna tetapi boleh meningkatkan edema. Koloid mempunyai molekul yang lebih besar, lebih mahal, dan boleh memberi penambahan isipadu lebih cepat di dalam ruang intravaskular, tetapi boleh menyebabkan reaksi alahan, gangguan pembekuan darah, dan kegagalan buah pinggang. Ulasan ini menilai kesan penggunaan koloid berbanding kristaloid dalam kalangan orang kritikal yang memerlukan penggantian isipadu cecair terhadap mortaliti, keperluan untuk transfusi darah atau terapi penggantian renal, dan peristiwa-peristiwa buruk. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagaimanakah koloid berbanding kristaloid untuk resusitasi cecair dalam kalangan orang sakit kritikal?

Larutan penimbal berbanding 0.9% salina untuk resusitasi dewasa dan kanak-kanak yang sakit kritikal

Di antara larutan-larutan kristaloid, 0.9% salina paling lazim diberi. Larutan penimbal menawarkan beberapa kelebihan teori (kurang asidosis metabolik, kurang gangguan elektrolit), tetapi relevan klinikalnya tidak diketahui. Ulasan ini menilai kesan larutan penimbal berbanding 0.9% salina untuk resusitasi orang dewasa dan kanak-kanak yang sakit kritikal. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagaimanakah larutan penimbal berbanding 0.9% salina untuk orang sakit kritikal yang memerlukan terapi cecair intravena?

Vasopresor untuk kejutan hipotensif

Walaupun terdapat kesan langsung vasopresor terhadap hemodinamik, kesannya terhadap hasil relevan pesakit masih kontroversial. Ulasan ini bertujuan untuk membandingkan kesan satu rejimen vasopresor (vasopresor sahaja, atau gabungan) berbanding rejimen vasopresor lain terhadap mortaliti dalam kalangan peserta kritikal dengan kejutan. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagaimana norepinefrin berbanding vasopresor lain dalam kalangan orang dengan kejutan hipotensif?

 

Sokongan respiratori dan ventilasi mekanikall

Pesakit dengan jangkitan respiratori akut yang teruk mungkin memerlukan oksigen tambahan dan sokongan ventilasi mekanikal.

Kanula nasal aliran tinggi untuk sokongan respiratori dalam kalangan dewasa di penjagaan intensif

Kanula nasal aliran tinngi (HFNC) menyalurkan campuran udara dan oksigen lembap aliran tinggi melalui kanula nasal luas dan mungkin berguna dalam menyediakan sokongan respiratori untuk pesakit dewasa yang mengalami kegagalan respiratori akut di unit penjagaan intensif (ICU). Ulasan ini menilai keselamatan dan efikasi HFNC berbanding intervensi-intervensi komparator dari segi kegagalan rawatan, mortaliti, peristiwa buruk, tempoh sokongan respiratori, tempoh inap di hospital dan ICU, kesan respiratori, hasil yang dilapor oleh pesakit, dan kos rawatan. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagaimana kanula nasal aliran tinggi berbanding oksigen aliran rendah bagi orang dewasa di penjagaan rapi yang memerlukan sokongan respiratori?

Ujian pemeriksaan fizikal saluran udara untuk mengesan pengurusan saluran udara yang sukar dalam kalangan pesakit dewasa yang kelihatan normal

Pengurusan saluran udara yang gagal dikaitkan dengan morbiditi dan mortaliti yang serius. E t deskriptor saluran udara yang sukar adalah: ventilasi topeng muka yang sukar, laringoskopi yang sukar, intubasi trakea yang sukar, dan intubasi yang gagal. Beberapa ujian saringan di sisi katil diguna dalam amalan klinikal untuk mengenal pasti mereka yang berisiko tinggi dengan saluran udara yang sukar, walaupun ketepatan dan manfaatnya tidak jelas. Ulasan ini mencirikan dan membanding ketepatan diagnostik klasifikasi Mallampati dan beberapa ujian saluran udara lazim lain yang diguna untuk menilai status fizikal saluran udara dalam kalangan pesakit dewasa tanpa keabnormalan anatomi saluran udara yang jelas.

Pengendalian perekrutan untuk orang dewasa dengan sindrom distres respiratori akut yang menerima ventilasi mekanikal

Pengendalian perekrutan melibatkan kenaikan sementara tekanan saluran udara semasa ventilasi mekanikal untuk membuka ('merekrut') unit paru-paru yang rosak dan meningkatkan bilangan alveoli yang terlibat dalam ventilasi tidal. Ia sering diguna untuk merawat pesakit dengan sindrom distress respiratori akut (ARDS) di penjagaan intensif, tetapi kesan rawatan ini terhadap hasil klinikal belum mantap. Ulasan ini bertujuan untuk menentukan kesan pengendalian perekrutan terhadap mortaliti dalam kalangan dewasa dengan sindrom distress respiratori akut serta kesan pengendalian perekrutan terhadap pengoksigenan dan peristiwa buruk (misalnya kadar barotrauma). Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Apakah kesan pengendalian perekrutan bagi orang dewasa dengan sindrom distres respiratori akut yang menerima ventilasi mekanikal?

Posisi separa berbaring berbanding posisi berbaring untuk pencegahan pneumonia berkaitan ventilator dalam kalangan dewasa yang memerlukan ventilasi mekanikal

Pneumonia berkaitan ventilator (VAP) dikaitkan dengan peningkatan mortaliti, tempoh inap hospital yang berpanjangan, dan peningkatan kos penjagaan kesihatan dalam kalangan pesakit yang kritikal. Garis panduan mengesyorkan posisi separa berbaring (30° hingga 45°) untuk mencegah VAP dalam kalangan pesakit yang memerlukan ventilasi mekanikal. Walau bagaimanapun, oleh kerana batasan metodologi di dalam ulasan sistematik sedia ada, ketidakpastian masih kekal tentang manfaat dan mudarat posisi separa baring untuk mencegah VAP. Ulasan ini menilai keberkesanan dan keselamatan posisi separa berbaring berbanding posisi berbaring untuk mencegah VAP dalam kalangan dewasa yang memerlukan ventilasi mekanikal. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagaimanakah posisi separa berbaring berbanding posisi berbaring dalam kalangan dewasa yang memerlukan ventilasi mekanikal?

Ventilasi terkawal tekanan berbanding ventilasi terkawal isipadu untuk kegagalan respiratori akut akibat kecederaan paru-paru akut (ALI) atau sindrom distress respiratori akut (ARDS)

Kecederaan paru-paru akut (ALI) dan sindrom distres respiratori akut (ARDS) menyumbang satu perempat kes kegagalan pernafasan akut di unit penjagaan intensif (ICU) Ventilasi mekanikal untuk orang dengan ALI/ARDS memberi masa untuk paru-paru sembuh, tetapi ventilasi adalah invasif dan boleh mengakibatkan kecederaan paru-paru. Ia tidak pasti sama ada kecederaan berkaitan pneumonia-akan dikurangkan jika tekanan yang dihantar oleh pneumonia dengan setiap nafas dikawal, atau sama ada isipadu udara yang dihantar oleh setiap nafas adalah terhad. Ulasan ini membandingkan ventilasi terkawal tekanan berbanding ventilasi terkawal isipadu dalam kalangan dewasa dengan ALI/ARDS untuk menentukan sama ada ventilasi terkawal tekanan mengurangkan mortaliti dan morbiditi di hospital dalam kalangan dewasa yang diintubasi dan diventilasi. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagaimana ventilasi terkawal tekanan berbanding terkawal isipadu dalam kalangan orang dengan kegagalan respiratori akut atau sindrom distres?

Tekanan akhir ekspiratori positif (PEEP) tinggi berbanding rendah bagi pesakit dewasa dengan kecederaan paru‐paru akut dan sindrom distres respiratori akut yang diberi ventilasi mekanikal

Mortaliti dalam kalangan pesakit dengan kecederaan paru-paru akut (ALI) dan sindrom distress respiratori akut (ARDS) kekal tinggi. Para pesakit ini memerlukan ventilasi mekanikal, tetapi ini dikaitkan dengan kecederaan paru-paru akibat ventilator. Tekanan akhir expiratori positif (PEEP) yang tinggi dapat mengurangkan kecederaan ini dan memperbaiki survival pesakit. Ulasan ini menilai manfaat dan mudarat PEEP tinggi berbanding PEEP rendah dalam kalangan pesakit dengan ALI dan ARDS.

Strategi ventilasi perlindungan paru‐paru untuk sindrom distres respiratori akut

Sindrom distress paru-paru akut dan kecederaan paru-paru akut boleh menjadi lebih rumit dengan kecederaan paru-paru akibat ventilator. Strategi ventilasi perlindungan paru-paru boleh memperbaiki survival. Ulasan ini menilai kesan ventilasi dengan isipadu tidal yang lebih rendah terhadap morbiditi dan mortaliti pesakit berumur 16 tahun ke atas yang terjejas oleh sindrom distress respiratori akut dan kecederaan paru-paru akut. IIa juga menentukan sama ada perbandingan di antara isipadu tidal rendah dan konvensional adalah berbeza jika penara tekanan saluran udara lebih daripada 30 hingga 35 sm H20 digunakan.

Gangguan sedasi harian berbanding tiada gangguan sedasi harian untuk pesakit dewasa kritikal yang memerlukan ventilasi mekanikal invasif

Gangguan sedasi harian (DSI) dijangka menghadkan bioakumulasi ubat, mempromosi keadaan yang lebih terjaga, dan dengan itu mengurangkan tempoh ventilasi mekanikal. Bukti sedia ada menunjukkan sama ada DSI mengurangkan, tidak mengubah, atau memanjangkan tempoh ventilasi mekanikal. Ulasan ini bertujuan untuk membandingkan jumlah tempoh ventilasi mekanikal invasif untuk pesakit dewasa kritikal yang memerlukan sedasi intravena yang diurus dengan DSI berbanding mereka tanpa DSI. Dan juga, untuk menentukan sama ada DSI mempengaruhi mortaliti, unit penjagaan intensif (ICU) dan tempoh inap hospital, peristiwa buruk, jumlah dos ubat sedasi yang diberi, dan kualiti hidup. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagaimanakah gangguan sedasi harian berbanding tanpa gangguan untuk orang dewasa kritikal yang memerlukan ventilasi mekanikal invasif?

 

Penyapihan ventilasi mekanikal

Mengurangkan tempoh sapihan adalah wajar untuk meminimumkan komplikasi potensial ventilasi mekanikal.

Faktor-faktor yang mengimpak protokol penyapihan penggunaan ventilasi mekanikal dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak yang kritikal: satu sintesis bukti kualitatif

Kaedah untuk memperbaiki proses penyapihan ventilator diperlukan kerana ventilasi mekanikal yang berpanjangan dikaitkan dengan tempoh penjagaan intensif yang lebih panjang dan mortaliti yang lebih tinggi. Kesedaran tentang manfaat memahami faktor-faktor kontekstual yang mengimpak keberkesanan telah mendorong integrasi sintesis bukti kualitatif dengan ulasan keberkesanan. Ulasan ini bertujuan untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi bagaimana profesional penjagaan kesihatan mengguna protokol untuk penyapihan ventilasi mekanikal dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak.

Penyapihan berprotokol berbanding tanpa protokol untuk mengurangkan tempoh penggunaan ventilasi mekanikal dalam kalangan pesakit dewasa yang kritikal

Protokol penyapihan standard sepatutnya mengurangkan masa untuk ventilasi mekanikal. Walau bagaimanapun, bukti yang menyokong penggunaannya dalam amalan klinikal adalah tidak konsisten. Ulasan ini membandingkan tempoh ventilasi mekanikal untuk orang dewasa kritikal yang disapih menggunakan protokol berbanding amalan biasa (tiada protokol) Ia juga menentukan perbezaan di antara hasil sapihan berprotokol dan tanpa protokol yang mengukur tempoh sapihan, mudarat (peristiwa buruk) dan penggunaan sumber (unit penjagaan intensif dan tempoh inap hospital. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagaimana penyapihan ventilasi mekanikal berprotokol berbanding tanpa protokol untuk orang dewasa yang kritikal?

Ventilasi tekanan positif tidak invasif sebagai strategi penyapihan bagi pesakit dewasa yang diintubasi kerana kegagalan respiratori

Ventilasi tekanan positif tidak invasif (NPPV) memberi sokongan ventilatori tanpa memerlukan saluran udara yang invasif. Penggunaan NPPV semakin diminati untuk memudahkan pembuangan lebih awal tiub endotrakeal dan mengurangkan komplikasi yang berkait dengan intubasi berpanjangan. Ulasan ini menentukan sama ada strategi NPPV mengurangkan mortaliti semua punca berbanding penyapihan ventilasi tekanan positif invasif. Ia juga menentukan perbezaan di antara strategi dalam kadar kegagalan penyapihan dan pneumonia berkaitan ventilator, unit penjagaan intensif dan tempoh inap hospital, tempoh keseluruhan ventilasi mekanikal, jangka masa sokongan mekanikal yang berkait dengan penyapihan, tempoh ventilasi mekanikal endotrakeal, kekerapan peristiwa buruk (berkaitan dengan penyapihan) dan kualiti hidup keseluruhan.

 

Mengurus hipoksemia

Hipoksemia akut atau kronik adalah sebab lazim untuk kemasukan ke penjagaan intensif dan pemberian ventilasi mekanikal. Pelbagai perbaikan ventilasi mekanikal atau tambahan diguna untuk memperbaiki hasil pesakit.

Amaun sedutan oksigen lebih tinggi berbanding amaun lebih rendah atau sasaran pengoksigenan arteri bagi dewasa yang dimasukkan ke unit penjagaaan rapi

Teras rawatan untuk hipoksemia adalah terapi oksigen, yang diberi kepada kebanyakan orang dewasa yang dimasukkan ke unit rawatan intensif. Pemberian oksigen adalah liberal, yang boleh mengakibatkan ‘hiperoxaemia’. Sesetengah kajian telah menunjukkan hubungan antara ‘hyperoxaemia’ dan kematian, sementara kajian-kajian lain tidak menunjukkan demikian. Pemberian oksigen meluas disarankan dalam garis panduan amalan klinikal antarabangsa, walaupun kurang bukti kukuh. Manfaat potensial oksigen tambahan harus dipertimbang dengan kesan ‘hiperoxaemia’ yang berpotensi berbahaya, dan ulasan ini menilai manfaat dan bahaya sedutan oksigen yang lebih tinggi berbanding yang lebih rendah atau sasaran oksigenasi arteri untuk orang dewasa yang dimasukkan ke unit rawatan intensif. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagi orang dewasa yang dimasukkan ke unit rawatan intensif (ICU), bagaimanakah perbandingan pelbagai tahap oksigenasi?

Posisi tertiarap untuk kegagalan respiratori akut dalam kalangan dewasa

Mortaliti dari sindrom distress respiratori akut, salah satu penyumbang utama kepada keperluan ventilasi mekanikal untuk hipoksemia, kekal kira-kira 40%. Ventilasi dalam posisi tertiarap boleh memperbaiki mekanisme dan pertukaran gas paru-paru dan memperbaiki hasil. Ulasan ini menentukan sama ada ventilasi tertiarap menawarkan kelebihan mortaliti jika dibanding dengan ventilasi berbaring atau separa-berbaring dalam kalangan pesakit dengan kegagalan respiratori akut teruk yang memerlukan ventilasi tiruan konvensional yang invasif. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagaimanakah posisi tertiarap berbanding posisi berbaring untuk ventilasi dalam kalangan dewasa dengan kegagalan respiratori akut yang teruk?

Pengoksigenan membran ekstrakorporeum untuk pesakit dewasa kritikal

Pengoksigenan membran ekstrakorporeum (ECMO) adalah satu bentuk sokongan hidup yang mensasarkan jantung dan paru-paru, tetapi penggunaannya dikaitkan dengan beberapa risiko ECMO untuk kegagalan respiratori yang teruk mengakses dan mengembalikan darah dari sistem vena dan menyediakan pertukaran gas bukan paru-paru. Peristiwa buruk yang berkait dengan pesakit termasuklah perdarahan atau iskemia ekstremiti; peristiwa buruk berkait dengan peredaran mungkin termasuk kegagalan pam, kegagalan oksigenator dan pembentukan trombus. Ulasan ini bertujuan untuk menentukan sama ada penggunaan ECMO veno-vena atau vena-arteri dalam kalangan dewasa adalah lebih berkesan dalam memperbaiki survival berbanding respiratori konvensional dan sokongan jantung.

 

Farmakoterapi

Walaupun resusitasi cecair dan sokongan ventilatori adalah teras rawatan untuk pesakit dengan SARI yang memerlukan penjagaan kritikal, pelbagai intervensi farmakologi telah dicadangkan, namun manfaat dan mudarat masih tidak pasti.

Agen farmakologi untuk dewasa dengan sindrom distres respiratori akut

Sindrom distres respiratori akut (ARDS) adalah keadaan yang mengancam nyawa akibat kecederaan langsung atau tidak langsung kepada paru-paru. Ulasan ini menilai keberkesanan agen farmakologi dalam kalangan dewasa dengan ARDS terhadap mortaliti, ventilasi mekanikal, dan kecergasan untuk kembali bekerja pada 12 bulan. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Apakah kesan agen farmakologi untuk orang dewasa dengan sindrom distres respiratori akut (ARDS)?

Penyesuaian plasma atau imunoglobulin hiperimun untuk orang dengan COVID ‐ 19: ulasan pantas

Imunoglobulin plasma dan hiperimun yang pulih dapat mengurangkan kematian pada pesakit dengan penyakit virus pernafasan, dan kini sedang disiasat dalam kajian sebagai terapi berpotensi untuk penyakit koronavirus 2019 (COVID ‐ 19). Diperlukan pemahaman yang mendalam mengenai bukti semasa mengenai faedah dan risiko. Ulasanini menilai sama ada pemindahan plasma pemulihan atau imunoglobulin hiperimun berkesan dan selamat dalam rawatan orang dengan COVID ‐ 19.

Kortikosteroid sebagai terapi penunjang dalam rawatan influenza

Kortikosteroid menunjukkan bukti manfaat dalam sepsis dan keadaan-keadaan yang berkaitan, kemungkinan besar disebabkan oleh sifat anti-radang dan immunomodulatorinya. Walaupun lazim dipreskripsi untuk influenza yang teruk, terdapat ketidakpastian tentang potensi manfaat atau mudaratnya. Ulasan ini bertujuan menilai keberkesanan dan potensi kesan buruk kortikosteroid sebagai terapi penunjang dalam rawatan influenza, memandangkan perbezaan masa dan dos kortikosteroid. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagi orang dewasa dengan influenza yang dimasukkan ke hospital, apakah kesan kortikosteroid yang diberi untuk melegakan simptom yang berkaitan dengan influenza yang teruk?

‘Immunonutrition’ untuk sindrom distres respiratori akut (ARDS) dalam kalangan dewasa

Sindrom distres respiratori akut (ARDS) adalah proses keradangan sistemik besar yang dikaitkan dengan morbiditi dan mortaliti yang ketara. Farmakoterapi yang menyederhanakan keradangan dalam ARDS adalah kurang. Beberapa kajian telah menilai kesan-kesan dari farmakonutrien, yang diberi sebagai sebahagian daripada formula pemakanan atau sebagai tambahan nutrisi, terhadap hasil klinikal dalam penyakit kritikal dan ARDS. Ulasan ini secara kritikal menilai bukti sedia ada tentang kesan ‘immunonutrition’ berbanding formula pemakanan standard bukan ‘immunonutrition’ bagi orang dewasa ARDS dengan ventilasi mekanikal. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagi orang dewasa dengan sindrom distres respiratori akut (ARDS) yang diventilasi mekanikal, bagaimanakah ‘immunonutrition’ berbanding dengan formula pemakanan standard?

Terapi antibiotik jangka pendek berbanding terapi jangka panjang untuk pneumonia perolehan hospital bagi orang dewasa yang kritikal

Pneumonia adalah jangkitan perolehan hospital yang paling lazim mempengaruhi pesakit dalam unit penjagaan intensif. Walau bagaimanapun, garis panduan kebangsaan semasa untuk rawatan pneumonia perolehan hospital (HAP) berusia beberapa tahun dan diagnosis pneumonia dalam kalangan pesakit ventilasi mekanikal (VAP) telah mendapat perhatian semasa. Tempoh optimum terapi antibiotik bagi HAP di dalam penyakit kritikal adalah tidak pasti. Ulasan ini menilai keberkesanan terapi antibiotik janagka pendek dan jangka panjang untuk HAP dalam kalangan orang dewasa yang kritikal, termasuk pesakit dengan VAP. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Rejimen manakah yang paling berkesan untuk memperbaiki hasil dalam kalangan dewasa yang kritikal dengan pneumonia perolehan hospital: terapi antibiotik jangka pendek atau jangka panjang?

Antibiotik untuk pneumonia perolehan komuniti dalam kalangan kanak-kanak

Pneumonia akibat patogen bakteria adalah punca utama mortality dalam kalangan kanak-kanak di negara berpendapatan rendah. Pemberian awal antibiotik memperbaiki hasil. Ulasan ini bertujuan untuk mengenal pasti terapi ubat antibiotik yang berkesan untuk pneumonia perolehan komuniti pelbagai keterukan dalam kalangan kanak-kanak dengan membandingkan pelbagai antibiotik. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Dalam kalangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dengan pneumonia perolehan komuniti, bagaimanakah pelbagai antibiotik berbanding satu sama lain? Dan dalam kalangan kanak-kanak dengan pneumonia perolehan komuniti di persekitaran ambulatori, apakah kesan antibiotik oral?

Perlindungan antibiotik empirik patogen atipikal bagi pneumonia perolehan komuniti dalam kalangan dewasa di hospital

Pneumonia perolehan komuniti (CAP) disebabkan oleh pelbagai patogen, secara tradisional dibahagikan kepada 'tipikal' dan 'atipikal'. Rawatan antibiotik awal CAP biasanya empirikal, lazimnya merangkumi kedua-dua patogen tipikal dan atipikal Ulasan ini bertujuan untuk menganggar mortaliti kadar kegagalan rawatan menggunakan rejimen yang mengandungi liputan antibiotik atipikal, berbanding yang mempunyai liputan tipikal sahaja. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Dalam kalangan orang dewasa di hospital dengan pneumonia perolehan komuniti, adakah bukti kajian rawak terkawal untuk menyokong penggunaan antibiotik perlindungan atipikal empirik berbanding antibiotik perlindungan tipikal?

Gabungan herba Cina dengan perubatan Barat untuk sindrom respiratori akut teruk (SARS)

Sindrom respiratori akut teruk (SARS) adalah penyakit respiratori akut yang disebabkan oleh koronavirus baru, yang pertama muncul di Bandar Foshan, China pada 22 Disember 2002. Herba Cina digunakan dalam rawatannya. Ulasan ini menilai kemungkinan keberkesanan dan keselamatan herba Cina yang digabung dengan perubatan Barat berbanding perubatan Barat sahaja untuk pesakit SARS.

 

Mengurus delirium

Delirium ditakrif sebagai gangguan perhatian, kesedaran, dan kognisi, dengan kurang keupayaan untuk mengarahkan, memfokus, mengekalkan, dan mengalih perhatian, dan kekurangan orientasi kepada persekitaran.

Intervensi farmakologi untuk rawatan delirium dalam kalangan dewasa yang sakit kritikal

Delirium biasanya adalah masalah kognitif akut berbalik, dan kehadirannya dikaitkan dengan impak yang mengakibatkan kemusnahan terhadap kedua-dua hasil jangka pendek dan jangka panjang bagi pesakit kritikal. Terdapat banyak ketidakpastian tentang manfaat relatif dan keselamatan intervensi farmakologi sedia ada untuk populasi ini. Ulasan ini menilai kesan intervensi farmakologi untuk rawatan delirium terhadap tempoh delirium dalam kalangan dewasa kritikal yang disahkan atau didokumen berisiko tinggi delirium. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Apakah manfaat dan kemudaratan kepada intervensi farmakologi untuk merawat orang dewasa yang amat kritikal dengan delirium?

Intervensi untuk mencegah delirium dalam kalangan pesakit dewasa di unit penjagaan intensif

Pesakit kritikal di unit rawatan penjagaan intensif (ICU) kerapkali mengalami delirium ICU. Ia boleh mempengaruhi mereka dan keluarga kerana ia dikaitkan dengan peningkatan mortaliti, lebih lama tempoh ventilasi mekanikal, inap di hospital dan ICU lebih lama, dan ketakmampuan kognitif jangka panjang. Ulasan ini menilai bukti yang sedia ada untuk kesan intervensi pencegahan terhadap delirium ICU, mortaliti di hospital, bilangan hari bebas delirium dan hari bebas koma, hari bebas ventilator, tempoh inap di ICU dan ketakmampuan kognitif. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagaimanakah haloperidol berbanding plasebo untuk mencegah delirium dalam kalangan dewasa kritikal di penjagaan intens

 

Nutrisi dalam penjagaan intensif

Orang sakit kritikal berisiko tinggi untuk malnutrisi. Penyakit akut dan kronik, trauma dan keradangan mencetus katabolisme yang berkait dengan stres, dan kesan buruk cetusan ubat akan mengurangkan selera makan atau meningkatkan rasa mual dan muntah. Di samping itu, pengurusan pesakit di unit penjagaan intensif (ICU) juga boleh mengganggu rutin makan.

Nutrisi enteral berbanding parenteral dan nutrisi enteral berbanding gabungan nutrisi enteral dan parenteral untuk orang dewasa di penjagaan intensif

Kaedah untuk menyampaikan keperluan nutrisi termasuklah pemberian nutrisi enteral (EN), atau nutrisi parenteral (PN), atau gabungan kedua-duanya Walau bagaimanapun, setiap kaedah bermasalah. Ulasan ini bertujuan menentukan laluan penyampaian yang mengoptimumkan pengambilan nutrisi. Ia membandingkan kesan EN berbanding PN, dan kesan EN berbanding gabungan EN dan PN dalam kalangan dewasa yang kritikal, dari segi mortaliti, bilangan hari bebas ICU, dan peristiwa buruk. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagaimanakah nutrisi enteral berbanding nutrisi parenteral (dengan atau tanpa nutrisi enteral) bagi orang dewasa yang dimasukkan ke unit penjagaan intensif (ICU)?

 

Penghargaan

Koleksi Khas ini telah dihasilkan oleh Michael Brown (Editor Kanan, Penjagaan Akut dan Kecemasan Cochrane; Editor Kanan, Peredaran dan Pernafasan Cochrane) dan Harald Herkner (Editor Koordinasi, Kecemasan dan Penjagaan Kritikal Cochrane), bekerja dengan Toby Lasserson (Timbalan Ketua Editor), Liz Bickerdike (Editor Bersekutu), Robin Featherstone (Pakar Informasi), dan Monaz Mehta (Editor) di Jabatan Editorial dan Kaedah Cochrane.

Penterjemahan

Koleksi Khas ini telah diterjemahkan oleh Nila Pillai (RCSI & UCD Kampus Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal) pada20 March 2020. Koleksi Khas Inggeris boleh didapati di Perpustakaan Cochrane: Coronavirus (COVID-19): bukti yang berkaitan dengan penjagaan kritikal

Kredit imej

Imej Stocktrek/Getty

Hubungi

Jabatan editorial dan kaedah Cochrane (emd@cochrane.org)

Share/Save