Podcast : Intervensi-intervensi untuk meningkatkan kehadiran ke saringan retinopati diabetes

Selain masalah kawalan gula darah akibat diabetes, keadaan tersebut boleh membawa kepada pelbagai masalah. Salah satunya ialah masalah mata yang dipanggil retinopati diabetes dan adalah penting orang dengan diabetes diperiksa untuk keadaan ini. Satu ulasan Cochrane Januari 2018 melihat bagaimana meningkatkan kehadiran lawatan saringan. Penulis utama John Lawrenson dari Universiti City, London di UK, memberitahu lebih lanjut dalam fail media digital ini.

- Baca transkrip

Selain masalah kawalan gula darah akibat diabetes, keadaan tersebut boleh membawa kepada pelbagai masalah. Salah satunya ialah masalah mata yang dipanggil retinopati diabetes dan adalah penting orang dengan diabetes diperiksa untuk keadaan ini. Satu ulasan Cochrane Januari 2018 melihat bagaimana meningkatkan kehadiran lawatan saringan. Penulis utama John Lawrenson dari Universiti City, London di UK, memberitahu lebih lanjut dalam fail media digital ini.

Retinopati diabetes adalah komplikasi mikrovaskular diabetes yang paling lazim dan merupakan punca utama rabun dan kerosakan visual di seluruh dunia. Terdapat bukti baik untuk menyokong saringan tahunan atau bienial bagi mengurangkan risiko hilang penglihatan dalam kalangan orang dengan diabetes, namun kehadiran saringan adalah kurang dari sepatutnya dalam kebanyakan program saringan; dan beberapa faktor yang dikait dengan kehadiran saringan rendah adalah tinggal di kawasan deprivasi sosial yang tinggi, berumur kurang 40 tahun, tempoh menghidap diabetes yang lama dan berbangsa Black Asian dan kumpulan minoriti etnik.
Ulasan Cochrane baru para penyedik berdasarkan 66 kajian-kajian rawak, dengan lebih 350,000 peserta, menyiasat intervensi-intervensi yang bertujuan meningkatkan kehadiran saringan retinopati diabetes dalam kalangan pesakit diabetes jenis 1 dan jenis 2. Intervensi-intervensi ini secara tipikalnya kompleks dan pelbagai dimensi, dengan satu atau lebih sasaran termasuk pesakit sendiri, profesional penjagaan kesihatan atau sistem penjagaan kesihatan.
Dua pertiga kajian-kajian dijalankan di Amerika Utara dan tiada kajian daripada negara-negara berpendapatan sederhana dan rendah. Kebanyakan kajian-kajian membandingkan intervensi dengan penjagaan biasa, manakala minoriti membandingkan strategi lebih intensif kepada yang kurang intensif.
Keseluruhannya, para penyedik mendapati intervensi-intervensi tersebut menyebabkan 12% peningkatan mutlak kehadiran berbanding penjagaan biasa. Terdapat penambahbaikan kecil (lebih kurang 5%) apabila intervensi yang lebih intensif dibandingkan dengan yang kurang intensif. Walau bagaimanapun, keyakinan para penyedik dalam ketepatan angka-angka ini adalah rendah kerana terdapat variasi yang tinggi dalam keputusan-keputusan kajian. Terdapat beberapa bukti untuk kesan yang lebih besar dalam populasi dengan kehadiran saringan garis dasar yang rendah dan hasil penting lain adalah intervensi yang bertujuan menambahbaik kualiti umum penjagaan diabetes berkesan sebaik intervensi yang disasarkan untuk menambahbaik saringan retinopati.
Kesimpulannya, ulasan para penyedik menyediakan bukti bahawa intervensi untuk menambaik saringan retinopati diabetes adalah efektif, samada ia direka untuk menambahbaik saringan retinopati atau sebahagian daripada strategi umum menambahbaik penjagaan diabetes. Ini adalah penting kerana manfaat tambahan penambahbaikan kualiti intervensi untuk pesakit diabetes, seperti penambahbaikan kawalan glisemik, pengurusan risiko vaskular dan saringan untuk komplikasi-komplikasi mikrovaskular lain.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai saringan dan strategi-strategi umum, anda boleh mendapatkan maklumat lengkap di Ulasan Cochrane. Anda perlu cuma pergi ke Cochrane Library dot com dan cari 'saringan retinopati diabetes' untuk mendapatkannya.

Saya Nadiah Abdul Rahim  dari ( RCSI UCD Malaysia Campus ) merakamkan fail digital media yang diterjemahkan  oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).

Tutup transkrip