Kumpulan Kerja Cochrane menyediakan ulasan mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan cara-cara di mana kesihatan dan keselamatan, serta kesejahteraan pekerja dapat diperbaiki. Ini telah ditambahkan pada bulan Januari 2017 dengan ulasan intervensi yang bertujuan untuk mencegah pembulian di tempat kerja. Penulis utama, Patricia Gillen dari Universiti Ulster di Ireland Utara memberitahu kami apa yang mereka temui dalam fail media digital ini.
Selamat sejahtera, saya Wong Chun Hoong dari International Medical University menterjemahkan dan merakamkan fail media digital ini. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail dari Kolej Perubatan Melaka-Manipal.
Kumpulan Kerja Cochrane menyediakan ulasan mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan cara-cara di mana kesihatan dan keselamatan, serta kesejahteraan pekerja dapat diperbaiki. Ini telah ditambahkan pada bulan Januari 2017 dengan ulasan intervensi yang bertujuan untuk mencegah pembulian di tempat kerja. Penulis utama, Patricia Gillen dari Universiti Ulster di Ireland Utara memberitahu kami apa yang mereka temui dalam fail media digital ini.
Pembulian di tempat kerja adalah punca utama tekanan tempat kerja, dan mempunyai kesan buruk bukan sahaja untuk individu yang dibuli tetapi juga untuk rakan-rakan dan organisasi mereka bekerja. Pembulian boleh mengurangkan tahap kepuasan kerja, keresahan dan kemurungan yang mengakibatkan kehilangan kemahiran dan ketidakhadiran. Dalam ulasan Cochrane mereka, mereka meneroka kesan-kesan intervensi yang bertujuan untuk mencegah pembulian di tempat kerja, dan mendapati bukti berkualiti sangat rendah bahawa intervensi organisasi dan individu mungkin berkesan. Di samping hasil utama pengurangan insiden pembulian, mereka melihat hasil lain seperti tekanan, kemurungan, ketidakhadiran atau cuti sakit.
Para penyelidik memasukkan satu kajian rawak kelompok dan empat kajian terkawal sebelum dan selepas. Kajian-kajian tersebut dijalankan di Australia, Kanada dan AS, Ireland dan United Kingdom. Kesemua lima kajian yang dimasukkan telah merekrut lebih daripada 4100 pekerja. Penyelidik mengklasifikasikan dua intervensi sebagai percubaan peringkat organisasi untuk mengubah budaya tempat kerja. Terdapat juga dua intervensi peringkat individu yang menguji intervensi penulisan ekspresif dan intervensi tingkahlaku kognitif dan satu intervensi pendidikan pelbagai peringkat.
Sebagai rumusan, pembulian di tempat kerja adalah masalah utama dan usaha-usaha yang bertujuan untuk mencegahnya perlu disokong oleh bukti yang berkualiti lebih tinggi. Walaupun penyelidikan sedia ada berkualiti sangat rendah, terdapat bukti yang menunjukan pembulian di tempat kerja boleh dicegah. Walau bagaimanapun, apa yang diperlukan sekarang adalah kajian terkawal lebih besar intervensi pencegahan pembulian yang direka bentuk dengan baik yang menggunakan hasil ukuran pembulian yang sah dan boleh dipercayai dengan tempoh susulan minimum 6 bulan.
Jika anda ingin membaca lebih lanjut mengenai kajian-kajian semasa, dan mengikuti kemas kini ulasan ini sekiranya perlu mengisi ruang penyelidikan, anda boleh mendapatkan ulasan penuh di Perpustakaan Cochrane dot com, dengan carian mudah untuk 'pembulian di tempat kerja'.