Podcast : Faktor pertumbuhan endothelial anti-vaskular (ubat anti-VEGF) untuk edema makular diabetes

Edema makular diabetes adalah satu komplikasi kencing manis yang lazim, di mana kerosakan kepada pembuluh darah di bahagian belakang mata menyebabkan kebengkakan. Lucentis, Eylea dan Avastin adalah tiga ubat antiangiogenik yang boleh disuntik ke dalam mata untuk merawat pembuluh darah dan mengurangkan kebengkakan. Pada bulan Jun 2017, Gianni Virgili dari University of Florence di Itali, dan rakan sekerja, mengemas kini ulasan Cochrane tentang ubat-ubatan ini dan menggunakan rangkaian meta-analisis untuk membandingkan kesan-kesannya.

Versi terbaru ulasan ini telah diterbitkan pada Oktober 2018 tetapi kesimpulannya seperti yang digariskan dalam fail digital media ini tidak berubah.

- Baca transkrip

Selamat sejahtera, saya Wong Chun Hoong dari International Medical University, menterjemahkan dan merakamkan fail media digital ini. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail dari Kolej Perubatan Melaka-Manipal.

Edema makular diabetes adalah satu komplikasi kencing manis yang lazim, di mana kerosakan kepada pembuluh darah di bahagian belakang mata menyebabkan kebengkakan. Lucentis, Eylea dan Avastin adalah tiga ubat antiangiogenik yang boleh disuntik ke dalam mata untuk merawat pembuluh darah dan mengurangkan kebengkakan. Pada bulan Jun 2017, Gianni Virgili dari University of Florence di Itali, dan rakan sekerja, mengemas kini ulasan Cochrane tentang ubat-ubatan ini dan menggunakan rangkaian meta-analisis untuk membandingkan kesan-kesannya.

Terapi antiangiogenik menggunakan faktor pertumbuhan endothelial antivaskular, atau terapi anti-VEGF, telah menjadi rawatan standard untuk cuba memperbaiki penglihatan pesakit dengan edema makular diabetes. Ubat-ubatan ini telah banyak menggantikan rawatan laser, yang telah digunakan selama beberapa dekad. Ia disuntik terus ke dalam mata dan terdapat beberapa ubat sedia ada, termasuk Lucentis, Eylea dan Avastin seperti yang dinyatakan oleh John. Namun, Avastin belum dilesenkan untuk diguna untuk edema makular diabetes.
Untuk versi terbaru ulasan penyelidik, mereka menemui 24 kajian anti-VEGF dan laser. Satu kajian besar yang dibiaya umum telah membandingkan ketiga-tiga ubat secara langsung dan satu lagi kajian kecil membandingkan ranibizumab dengan bevacizumab; memberikan penyelidik sedikit bukti rawak langsung. Penyelidik menambah ini dengan bukti tidak langsung dari semua kajian lain dalam rangkaian meta-analisis, yang membolehkan mereka menganggar perbezaan dalam kesan di antara ubat-ubatan dengan lebih tepat.
Ini menunjukkan bahawa orang yang dirawat dengan anti-VEGF adalah kira-kira tiga kali lebih mungkin untuk memperbaiki penglihatan berbanding yang dirawat dengan laser. Kira-kira tiga dalam 10 orang mengalami penglihatan lebih baik jika dirawat dengan anti-VEGF, berbanding hanya satu dalam 10 jika dirawat dengan laser. Membandingkan ubat-ubatan, kira-kira satu daripada 10 orang yang dirawat dengan Eylea akan diperbaiki penglihatan pada satu tahun, berbanding dengan Lucentis dan Avastin, yang mempunyai kesan yang sama. Namun, perbezaan dalam purata ketajaman penglihatan antara Eylea dan Lucentis atau Avastin hanya separuh ke satu garisan, yang mana adalah agak kecil dari segi kepentingan klinikal.
Terlalu sedikit kajian dengan data pada dua tahun selepas rawatan untuk menjalankan rangkaian meta-analisis bagi tempoh susulan, tetapi kajian yang membandingkan Lucentis, Eylea dan Avastin mendapati sedikit perbezaan dalam memperbaiki penglihatan antara ubat-ubatan tersebut pada dua tahun. Di samping itu, para peneliti mendapati bahawa perbezaan dalam penambahbaikan penglihatan adalah tidak penting secara klinikal walaupun pada satu tahun untuk orang dengan edema makular diabetes yang masih mempunyai penglihatan yang baik.
Berkenaan dengan kesan buruk, tiada cadangan tentang sebarang perbezaan di antara anti-VEGF dan laser atau antara ubat-ubatan anti-VEGF yang berlainan, tetapi kesan sampingan kardiovaskular jarang ditemui dalam kajian-kajian dan tidak dapat disiasat dengan tepat.
Kesimpulannya, ulasan sistematik penyelidik yang menyeluruh dan rangkaian meta-analisis mendapati bahawa anti-VEGF yang sedia ada adalah selamat dan berkesan untuk edema makular diabetes. Penyelidikan masa depan perlu mengkaji kesan rawatan apabila digunakan dalam amalan klinikal rutin untuk jangka panjang, memandangkan terdapat kurang kecenderungan suntikan dan pemeriksaan klinikal di persekitaran tersebut daripada dalam kajian.

Jika anda ingin membaca tentang dua dozen kajian dalam ulasan Gianni dan rangkaian meta-analisis mereka, anda boleh mengakses versi penuh dalam talian dengan melayari perpustakaan Cochrane dot com dan mencari 'edema makular diabetes dan rangkaian meta-analisis'.

Tutup transkrip