Podcast : Patutkah rawatan kanal akar dibuat dalam satu lawatan atau beberapa lawatan pergigian?

Rawatan kanal akar adalah prosedur biasa dalam pergigian, dan memerlukan satu atau lebih lawatan ke doktor gigi. Dalam ulasan terkini pada Disember 2016*, penulis Cochrane telah mengumpulkan kajian-kajian yang membandingkan pelbagai bilangan lawatan dan meminta penulis utama, Maddalena Manfredi dari Universiti Parma di Itali untuk menyampaikan apa yang mereka temui.

* This podcast was prepared for an earlier version of the review but the findings of the updated version were not sufficiently different to warrant re-recording the podcast.

- Baca transkrip

Fail Digital Media ini diterjemahkan oleh Dr Bryan John Paulose dari BP Healthcare. Disunting oleh Prof Noorliza Mastura Ismail dari Kolej Perubatan Melaka-Manipal.

Rawatan kanal akar adalah prosedur biasa dalam pergigian, dan memerlukan satu atau lebih lawatan ke doktor gigi. Dalam ulasan terkini pada Disember 2016, penulis Cochrane telah mengumpulkan kajian-kajian yang membandingkan pelbagai bilangan lawatan dan meminta penulis utama, Maddalena Manfredi dari Universiti Parma di Itali untuk menyampaikan apa yang mereka temui.

Rawatan kanal akar, yang juga dipanggil rawatan endodontik, dilakukan untuk mengeluarkan tisu organik, puing yang dijangkiti, dan bakteria dari sistem kanal akar gigi. Terdapat dua teknik utama. Dalam pendekatan pertama, sisa bakteria dikeluarkan atau dihalang daripada membiak dalam sistem kanal akar dengan meletakkan dresing dalam kanal akar yang dibiarkan di antara sekurang-kurangnya dua lawatan ke doktor gigi. Pendekatan kedua bertujuan untuk mengeluarkan bakteria yang tersisa atau menjadikannya tidak berbahaya dengan menggunakan kaedah yang dipanggil obturatan lengkap tiga dimensi, yang bermaksud rawatan dilengkapkan dalam satu lawatan.
Ulasan Cochrane ini menyiasat kesan relatif kedua-dua pendekatan, membantu para pesakit dan para doktor gigi memilih antara rawatan kanal akar dalam satu lawatan atau dua atau lebih lawatan.
Mereka mendapati 25 kajian rawak dalam ulasan tersebut, dan dapat menggunakan data dari kira-kira 3570 pesakit, dan mendapati bahawa pada masa ini tiada bukti kelebihan di antara satu pendekatan dengan yang satu lagi.
Khususnya, mereka mendapati hasil yang sama misalnya cabutan gigi akibat masalah endodontik, kegagalan radiologi, kesakitan selepas operasi, bengkak atau pemberangan, pembentukan trek sinus atau fistula, dan komplikasi. Terdapat beberapa perbezaan dari segi kesakitan pada minggu pertama dan penggunaan ubat penahan sakit, yang memihak kepada pendekatan lawatan berganda, tetapi keputusan ini perlu dipertimbangkan dengan berhati-hati kerana bukti berkualiti rendah hingga sederhana.
Secara ringkas, tiada bukti untuk mencadangkan bahawa strategi satu- atau multi-lawatan lebih baik untuk rawatan kanal akar. Kedua-dua strategi tidak boleh menghalang semua komplikasi jangka pendek dan jangka panjang dan, berdasarkan bukti sedia ada, manfaat rawatan satu-lawatan, dari segi masa dan kemudahan perlu seimbang dengan kekerapan sakit post-operatif dan keperluan untuk ubat penahan sakit.

Jika anda ingin melihat lebih terperinci mengenai keseimbangan kesan-kesan ini, dan melihat hasil-hasil yang sama, anda boleh mendapati ulasan penuh di Perpustakaan Cochrane. Hanya pergi ke talian Perpustakaan Cochrane dot com dan cari 'jumlah lawatan untuk rawatan endodontik

Tutup transkrip