Cochrane menyediakan bukti penyelidikan tersintesis yang berkualiti tinggi, relevan dan terkini untuk memaklumkan keputusan kesihatan. Laman ini menyerlahkan kandungan berkaitan pandemik koronavirus (COVID-19) dan pelbagai aktiviti berkaitan yang Cochrane sedang usahakan sebagai respon. Anda boleh baca kajian kes yang menyerlahkan banyak cara Cochrane berjaya respon kepada COVID-19 di seluruh dunia dan laporan yang lebih terperinci dalam Tambahan khas. Anda juga boleh ketahui lebih lanjut tentang bagaimana Cochrane menetapkan prioriti dan respon kepada COVID-19 pada 2021 dan seterusnya.
Kami akan terus menambah maklumat terkini di laman ini. Bahagian maklumat dan sumber untuk:
|
|
Mencipta laman web Ulasan COVID Cochrane dan Bank Ulasan |
|
|
|
Maklumat dan sumber untuk awam, pesakit atau penjaga
Dalam keadaan yang berubah pantas, ini adalah penting untuk menerima maklumat terkini tetapi kita mesti memastikan bahawa maklumat yang diperoleh berasaskan sumber yang boleh dipercayai. Kami telah mengumpulkan pelbagai sumber yang berguna dan berkaitan dengan COVID-19 daripada komuniti dan rakan-rakan kongsi kami. Kami juga mempunyai beberapa inisiatif untuk menjemput orang ramai melibatkan diri dalam kerja kami dan mendidik tentang cara membuat keputusan kesihatan termaklum.
Sumber yang berguna
- Memahami bukti kesihatan dalam masa COVID-19 - senarai pembelajaran dalam talian yang tersedia secara bebas untuk sesiapa sahaja yang berminat dalam pengenalan mengenai penjagaan kesihatan berasaskan bukti, bukti Cochrane, dan cara menggunakannya.
- Bukti Cochrane pada COVID-19: satu putaran - Blog Cochrane yang jelas dari Cochrane UK memberikan maklumat kecil mengenai bukti Cochrane dan kesan kesihatan pendemik.
- Koleksi Khas mengenai pilihan berkesan untuk berhenti merokok semasa pandemik COVID-19 - Bukti untuk menyokong orang yang cuba berhenti merokok semasa pandemik COVID-19.
- Mengoptimumkan kesihatan ruang kerja di rumah - untuk mengurangkan penyebaran COVID-19. para pekerja di kebanyakan negara telah mengubah tabiat pekerjaan biasa dan berkerja dari rumah jika keadaan membolehkan. Koleksi ini merangkumi bukti untuk membantu orang kekal sihat dan sejahtera ketika mereka bekerja dari rumah.
- COVID-19: Maklumat kesihatan yang munasabahmerupakan sumber maklumat yang berguna dan latihan percuma untuk orang awam.
- Fakta iHealth, yang disokong oleh Cochrane Ireland, adalah sumber di mana orang awam boleh dengan cepat dan mudah menyemak kebolehpercayaan tuntutan kesihatan yang diedarkan oleh media sosial.
- COVID-19, kesuburan, dan kehamilan- sumber-sumber penting, panduan dan nasihat kenyataan daripada organisasi dan persatuan antarabangsa. Kumpulan Ginekologi dan Kesuburan Cochrane akan memasukkan maklumat ke laman ini apabila maklumat didapati.
- Ulasan COVID-19 mengenai garis panduan amalan klinikal nasional untuk soalan-soalan penting yang berkaitan dengan penjagaan wanita hamil dan bayinya. Kehamilan dan kelahiran Cochrane telah mengenal pasti, menyusun dan merangkum cadangan garis panduan amalan klinikal nasional yang menangani persoalan penting. Ini dapat membantu wanita hamil untuk melihat dengan cepat apa yang dicadangkan oleh negara lain untuk soalan klinikal utama dan membantu memberitahu keputusan mereka.
- Koleksiringkaskan penyelidkan COVID-19 relevan daripada Evidence Aid, yang merupakan pejuang tindakan kemanusiaan berasaskan bukti.
- Syor COVID-19 dan Gerbang Pengkonteksan – Cochrane Canada dan kumpulan Cochrane lain mengemukakan kedai serenti yang boleh diakses secara bebas bagi syor klinikal dan kesihatan awam COVID-19. Repositori ini dikekalkan berterusan berserta pangkalan data versi bahasa biasa yang semakin meningkat. Para pengguna boleh menyesuaikan syor sedia ada dengan konteks mereka menggunakan modul pengkonteksan.
- Sumber dalam bahasa yang berbeza:
- Tapak Memecah mitos tentang COVID-19 dalam Bahasa Jerman disokong oleh Cochrane Austria.
- Perkhidmatan Bukti COVID-19 Oxford - Perikatan Oxford-Brazil EBM sedang menterjemah sumber-sumber ini ke dalam Bahasa Portugis.
- Evidencias COVID-19 adalah sumber Sepanyol yang dikemaskini berterusan menyediakan jawapan kepada soalan yang relevan tentang pandemik. Ia termasuk ulasan pantas literatur dan komen kritikal kajian-kajian dan kajian klinikal, selain ulasan Cochrane dalam Bahasa Sepanyol yang berkait dengan COVID-19.
Inisiatif yang sedang dijalankan
- Sertai kumpulan respon pantas pengguna COVID-19, kumpulan untuk pengguna yang berminat bekerjasama dengan penyelidik tentang COVID-19 Ulasan Pantas
- Sertai kami sebagai Warga Saintis di platform Cochrane Crowd dengan cabaran-cabaran mingguan. Tidak perlu pengalaman dan ini merupakan cara hebat untuk sumbangan yang bermakna semasa anda berada dalam isolasi atau mengamalkan jarak sosial.
- Keperluan Bukti Cochrane adalah sumber dalam talian yang memperkenalkan bukti kesihatan dan cara bukti digunakan untuk membuat pilihan kesihatan termaklum. Sumber ini interaktif, menyeronokkan dan percuma!
Maklumat dan sumber untuk pekerja penjagaan kesihatan
Kami tahu bahawa penyelidikan sains asas dan inovasi penting dalam membendung dan mengurangkan kesan-kesan pandemik COVID-19 yang berkembang pesat. Cochrane boleh segera respon kepada krisis kesihatan global yang belum pernah berlaku ini dengan menjadikan bukti kesihatan mudah diakses oleh mereka yang memerlukannya untuk membuat keputusan termaklum pada masa ini dan merespon kepada soalan-soalan pekerja penjagaan kesihatan barisan hadapan.
Koleksi Khas yang Relevan
Ulasan-ulasan Cochrane dalam koleksi ini boleh diakses dengan percuma. Koleksi Khas ini juga menyertakan pautan yang relevan Jawapan Klinikal Cochrane- boleh difahami, berfokus klinikal, jawapan yang boleh tindak untuk memaklumkan pembuatan keputusan oleh profesional kesihatan.
- Bukti penjagaan akut dan kritikal yang relevan - Koleksi Khas ini mengumpulkan Ulasan-ulasan Cochrane yang dikenalpasti relevan kepada pengurusaan orang yang dimasukkan ke hospital dengan jangkitan respiratori akut teruk.
- Kawalan jangkitan dan langkah pencegahan - Koleksi Khas ini mengumpulkan Ulasan-ulasan Cochrane yang dikenalpasti sebagai relevan kepada pencegahan jangkitan.
- Anestesia sekawasan untuk mengurangkan penggunaan dadah dalam anestesi dan mengelakkan pembentukan aerosol - Koleksi Khas ini mengumpul Ulasan-ulasan Cochrane yang relevan untuk menyokong pembuatan keputusan apabila merancang anestesia sekawasan.
- Rawatan jarak jauh melalui telekesihatan - Koleksi Khas ini mengumpul Ulasan-ulasan Cochrane yang menangani penggunaan telekesishatan untuk menyokong pengurusan klinikal pelbagai keadaan termasuk asma, diabetes, penyakit kardiovaskular, demensia, kesihatan reproduktif, dan barah kulit. Ia merangkumi ulasan tentang penggunaan telekesihatan untuk memberi sokongan kepada penjaga dan ibu-bapa serta memperkasa pesakit mengurus sendiri masalah jangka panjang mereka.
- Sokongan kesejahteraan tenaga kerja penjagaan kesihatan -Koleksi Khas ini mengumpulkan bukti Cochrane tentang intervensi-intervensi yang membantu menyokong kesejahteraan tenaga kerja penjagaan kesihatan dan mengurangkan stres pekerjaan.
- Bukti rehabilitasi klinikal yang relevan - Koleksi Khas ini mengumpulkan bukti Cochrane tentang rehabilitasi sindrom distres respiratori akut dan sindrom pulmonari restriktif, sindrom rehabilitasi pasca penjagaan intensif, dan gangguan stres pasca-trauma dalam konteks rehabilitasi
Ulasan-ulasan yang relevan
- Kelengkapan perlindungan diri untuk mencegah penyakit yang mudah berjangkit akibat pendedahan kepada cecair badan yang tercemar dlam kalangan staf penjagaan kesihatan- kemaskini pantas.
- Halangan dan pemudahcara untuk pematuhan pekerja penjagaan kesihatan kepada garis panduan pencegahan dan kawalan jangkitan (IPC) untuk penyakit berjangkit respiratori - Ulasan sintesis bukti kualitatif pantas
- Ujian antibodi untuk mengenal pasti jangkitan semasa dan jangkitan terdahulu dengan SARS-CoV - 2 ulasan ketepatan ujian diagnostik.
- Intervensi psikologi untuk memupuk resiliens dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan.
- Intervensi sedia ada semasa pandemik untuk perdarahan haid yang berat: gambaran keseluruhan Ulasan Cochrane
- Ujian pantas titik penjagaan berasaskan antigen dan molekul untuk diagnosis jangkitan SARS-CoV-2
- Ujian pengimejan toraks untuk diagnosis COVID ‐19
- Antikoagulan profilaksis untuk orang yang dimasukkan ke hospital dengan COVID ‐19
- Intervensi untuk mengurangkan aerosol tercemar yang terhasil semasa prosedur pergigian untuk mencegah penyakit berjangkit
- Ivermectin untuk mencegah dan merawat COVID-19
- Remdesivir untuk rawatan COVID-19
- Kortikosteroid sistemik untuk rawatan COVID - 19
- Intervensi untuk kawalan gejala paliatif dalam kalangan pesakit COVID - 19
- Antibodi monoklonal peneutralan SARS-CoV-2 untuk merawat COVID -19
- Langkah-langkah bukan farmakologi yang dilaksanakan di persekitaran fasiliti penjagaan jangka panjang bagi mencegah jangkitan SARS-CoV-2 dan kesan-kesannya: ulasan pantas
Inisiatif yang sedang dijalankan
- Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan COVID -19 telah dikumpulkan ke satu halaman pendaratan - Ia boleh difahami, berfokus klinikal, dengan jawapan untuk membuat keputusan termaklum di titik penjagaan kesihatan oleh profesonal kesihatan.
- Kontrasepsi dan pengguguran - sumber, panduan, dan pernyataan nasihat dari organisasi dan masyarakat antarabangsa yang diurus oleh Peraturan Kesuburan Cochrane.
- Kesuburan dan kehamilan- sumber, panduan dan pernyataan nasihat daripada organisasi dan persatuan antarabangsa. Kumpulan Ginekologi dan Kesuburan Cochrane juga mengurus lembaran hamparan semua data terbitan sedia ada tentang kehamilan dan hasil neonatal berkaitan COVID-19. Maklumat akan dimasukkan kepada laman ini ia didapatkan.
- Penjagaan wanita hamil dan bayi. Kehamilan dan Kelahiran Cochrane telah mengenal pasti, menyusun dan meringkaskan cadangan garis panduan amalan klinikal nasional yang menangani soalan-soalan penting. Ini dapat membantu klinisian yng sibuk untuk melihat dengan cepat apa yang dicadang oleh negara lain untuk soalan klinikal utama dan membantu mereka membuat keputusan.
- Pasukan penjagaan oral dan pergigian - Bukti Cochrane yang relevan dan sumber penting, bimbingan dan pernyataan nasihat daripada organisasi dan persatuan antarabangsa.
- Dermatologi - Garis panduan, sumber berasaskan bukti, dan maklumat pesakit yang relevan.
- ENT, Pendengaran dan Keseimbangan - sumber penting, panduan dan pernyataan nasihat daripada organisasi antarabangsa dan persatuan berkaitan COVID-19, dan pengurusan pesakit dengan masalah ENT, pendengaran dan keseimbangan oleh ahli profesional ENT dan Audiologi. Maklumat pada halaman ini akan dikemas kini apabila garis panduan baru didapati.
- Pengurusan pesakit dengan kanser ginekoloagi atau neuro-onkologi - sumber penting, panduan, dan penyataan nasihat daripada organisasi dan persatuan antarabangsa berkaitan COVID-19, dan pengurusan pesakit dengan kanser ginekologi atau neuro-onkologi. Maklumat pada halaman ini akan dikemas kini secara berterusan.
- Penuaan global - Garis panduan, bukti berkaitan yang berkaitan dengan COVID-19 dan orang tua. Maklumat pada halaman ini akan dikemas kini secara berterusan.
- Projek Pemulihan REH-COVER - penyelidikan yang difokuskan pada lima topik asas yang berkaitan dengan keperluan pemulihan kerana COVID-19. Maklumat dikemas kini setiap bulan.
- US COVID-19 Repository - pautan ke penyelidikan, sumber, dan laporan berkualiti tinggi mengenai COVID-19 dan pelbagai topik perubatan, penjagaan kesihatan, dan kesihatan awam.
- Syor dan Gerbang COVID-19 pengkonteksan – Cochrane Canada dan kumpulan Cochrane lain memperkenal kedai serenti yang boleh diakses secara percuma bagi syor klinikal dan kesihatan awam COVID-19. Repositori ini dilestari berterusan berserta pangkalan data versi bahasa biasa yang semakin meningkat. Para pengguna boleh menyesuaikan syor sedia ada dengan konteks mereka menggunakan modul pengkonteksan.
Maklumat dan sumber untuk para penyelidik
Kita mesti menjawab keperluan mendesak dalam kalangan orang yang membuat keputusan kesihatan, secepat mungkin di samping memastikan ketegasan methodologi bersaintifik mustahak memuaskan secara serentak. Kita juga perlu memastikan ulasan sistematik Cochrane yang relevan perlu dikemaskinikan dengan bukti terkini.
Inisiatif yang sedang dijalankan
- Tindakan Ulasan Pantas Cochrane - merangkumi butiran-butiran tentang kerja kami mengenai keutamaan soalan penyelidikan dan panduan kaedah.
- Pangkalan data Ulasan COVID - lihat dan cari soalan serta lihat apakah ulasan yang sedang dikerjakan.
- Daftar Kajian Cochrane COVID-19 - koleksi COVID-19 yang sentiasa dikemas kini dan disusun sebagai rujukan kajian.
- Projek bukti hidup COVID-19 - projek ini menyediakan satu lokasi bagi pembuat keputusan untuk mengakses maklumat mengenai kajiaan COVID dan hasil yang disintesis yang sering dikemas kini oleh penyelidik bebas dengan kepakaran dalam sintesis bukti.
- Kenyataan Wellcome untuk memberi komitmen kepada perkongsian data dan keputusan penyelidikan Cochrane, bersama dengan komuniti penyelidik antarabangsa, jurnal dan penyumbang dana, telah mendaftar ke pernyataan ini untuk berkongsi data yang berkaitan dengan wabak novel coronavirus (COVID-19).
- TaskExchange Cochrane berhubung dengan komuniti bukti kesihatan antarabangsa dan menawarkan kemahiran anda atau hantar tugas khusus COVID-19 dan dapatkan bantuan!
- Projek Pemulihan REH-COVER Cochrane - penyelidikan yang difokuskan pada lima topik asas yang berkaitan dengan keperluan pemulihan kerana COVID-19. Maklumat dikemas kini setiap bulan.
- Syor dan Gerbang COVID-19 pengkonteksan – Cochrane Canada dan kumpulan Cochrane lain memperkenal kedai serenti yang boleh diakses secara percuma bagi syor klinikal dan kesihatan awam COVID-19. Repositori ini dilestari berterusan berserta pangkalan data versi bahasa biasa yang semakin meningkat. Para pengguna boleh menyesuaikan syor sedia ada dengan konteks mereka menggunakan modul pengkonteksan.
Ulasan Skop
- Langkah-langkah yang dilaksanakan di persekitaran sekolah untuk membendung pandemik COVID-19: ulasan skop
- Pakej penjagaan untuk memperbaik hasil pesakit dengan COVID-19 atau keadaan berkaitan COVID-19 di penjagaan intensif - ulasan skop pantas
Maklumat dan sumber untuk pembentuk polisi dan garis panduan
Pembentuk polisi dan garis panduan perlu membuat keputusan yang sensitif masa sambil memastikan mereka menyertakan bukti kesihatan berkualiti tinggi. Bukti yang digunakan oleh mereka juga perlu mudah difahami dan boleh tindak.
- Teknologi pengesanan kontak digital dalam wabak: ulasan pantas - baca yang disertakan item berita.
- Plasma dari orang yang telah pulih dari COVID-19 untuk merawat individu dengan COVID-19 - ulasan pantas ini juga mempunyai fail media digital dengan penulis utama.
- Syor untuk membuka semula perkhidmatan pergigian: ulasan pantas sumber antarabangsa' - ulasan yang disokong oleh Kesihatan Oral Cochrane harus membantu pembuat polisi dan keputusan untuk menghasilkan panduan nasional bagi persekitaran mereka sendiri.
- Kuarantin bersendirian atau kombinasi dengan langkah-langkah kesihatan awam lain untuk mengawal COVID-19: ulasan pantas - baca siaran akhbar yang disertakan
- Langkah-langkah kawalan berkaitan perjalanan untuk membendun pandemik COVID‐19: ulasan pantas - bacasiaran akhbar yang di sertakan.
- Saringan universal untuk jangkitan SARS ‐ CoV ‐ 2: ulasan pantas - bacasiaran akhbar yang disertakan.
- Membersihkan tangan dengan abu untuk mengurangkan sebaran jangkitan virus dan bakteria - ulasan pantas ini melihat kesan penggunaan abu untuk membersihkan tangan apabila tiada sabun dan air dan juga memasukkan fail media digital.
- Ringkasan bukti mHealth untuk pembuat keputusan- penggunaan telefon bimbit dan tablet untuk menganjurkan penjagaan kesihatan, memberi perkhidmatan, dan berkomunikasi dengan pelanggan, pesakit dan awam. Dicipta oleh Amalan Efektif dan Organisasi Penjagaan Cochrane, ringkasan pendek ulasan-ulasan Cochrane ini melihat kepada pertimbangan-pertimbangan pelaksanaan.
- Ringkasan bukti tugas tugasan untuk pembuat keputusan - tenaga kerja Kesihatan peralihan tugas, program pekerja Kesihatan, dan doktor-jururawat gantian. Dicipta oleh Amalan Efektif dan Organisasi Penjagaan Cochrane, ringkasan pendek ulasan-ulasan Cochrane ini melihat kepada pertimbangan-pertimbangan pelaksanaan.
- Pematuhan pekerja penjagaan kesihatan kepada panduan pencegahan dan kawalan jangkitan: Ringkasan bukti yang dicipta oleh Amalan Efektif dan Organisasi Penjagaan Cochrane yang melihat pertimbangan-pertimbangan pelaksanaan.
- Keutamaan sumber dalam era pandemik COVID-19: Koleksi Khas Cochrane dan Editorial Perpustakaan Cochrane.
- Projek bukti hidup COVID-19 - projek ini menyediakan satu lokasi bagi pembuat keputusan untuk mengakses maklumat tentang kajian-kajian COVID dan hasil sintesis yang kerap dikemas kini oleh penyelidik bebas dengan kepakaran dalam sintesis bukti.
- Syor dan Gerbang COVID-19 pengkonteksan – Cochrane Canada dan kumpulan Cochrane lain memperkenal kedai serenti yang boleh diakses secara percuma bagi syor klinikal dan kesihatan awam COVID-19. Repositori ini dilestari berterusan berserta pangkalan data versi bahasa biasa yang semakin meningkat. Para pengguna boleh menyesuaikan syor sedia ada dengan konteks mereka menggunakan modul pengkonteksan.