Jadi seorang pengarang

Terima kasih kerana anda berminat untuk menjadi pengarang Cochrane. Sumbangan ini untuk kerja Cochrane melibatkan komitmen masa terbesar dan kemahiran bagi ahli-ahli kami. Untuk membantu anda membuat keputusan jika ini adalah pilihan yang tepat untuk anda, berikut adalah beberapa maklumat asas mengenai apa yang diharapkan daripada seorang pengarang Cochrane. Sila baca dan buat keputusan bagaimana anda mahu teruskan.

Ulasan Cochrane perlu disediakan oleh sekurang-kurangnya dua orang, dan biasanya mungkin memerlukan lebih daripada dua. Pasukan Pengarang Ulasan Cochrane mesti menyediakan pelbagai kemahiran dan pengalaman di antara ahli-ahli yang diperlukan untuk melengkapkan Ulasan Cochrane untuk standard kualiti yang ditetapkan oleh organisasi. Kemahiran dan pengalaman ini termasuklah:

  • kandungan pengetahuan yang berkaitan dengan topik ulasan;
  • pengetahuan asas metodologi ulasan sistematik (termasuk menggubal kriteria kelayakan dan soalan ulasan, mencari dan menilai risiko bias kajian yang relevan);
  • asas pengetahuan statistik untuk mengekstrak data yang sesuai, menjalankan meta-analisis di mana perlu, dan mentafsir dan membincangkan keputusan;
  • keupayaan menulis laporan saintifik dengan standard penerbitan dalam Bahasa Inggeris;
  • keupayaan pengurusan dan kepimpinan projek dalam pasukan (biasanya dinamakan Pengarang yang Dihubungi).

Di samping itu, semua pasukan pengarang Ulasan Cochrane harus:

  • membuat ulasan dengan ketegasan saintifik, seobjektif yang mungkin dan elakkan konflik kepentingan;
  • menyeluruh, sistematik dan teratur dalam pendekatan mereka dalam semua aspek ulasan; dan
  • Ikuti nasihat dan panduan dalam Buku Panduan Cochrane untuk Ulasan Sistematik Intervensi, mengambil kira sebarang arahan khusus atau keutamaan yang CRG mungkin ada.

Latihan Cochranemenyediakan bengkel bersemuka dan pembelajaran dalam talian mengenai kaedah-kaedah ulasan sistematik dan topik-topik yang berkaitan. Anda mungkin mendapati latihan ini membantu, walaupun melengkapkan mana-mana kursus tertentu tidak memberikan anda semua pengetahuan dan pengalaman yang anda mungkin perlu untuk melengkapkan Ulasan Cochrane.

Mengambil bahagian dalam penulisan Ulasan Cochrane daripada pendaftaran tajuk hingga penerbitan memerlukan komitmen masa yang signifikan dan kepakaran untuk tempoh berpanjangan daripada semua pengarang, dibantu oleh kakitangan editorial Cochrane. Pasukan pengarang harus sedar akan batasan, bersedia untuk menerima dan memberi respon terhadap cadangan dari pasukan editorial CRG dan pengadil, bersedia dan mampu mengharungi ulasan tersebut hingga siap, dan membuat kemas kini.

Untuk membantu pengarang, apabila sesuatu tajuk diterima dan didaftarkan, Cochrane menyediakan pelbagai latihan yang merangkumi langkah-langkah yang diperlukan dalam menyediakan ulasan Cochrane (contoh: pembelajaran dalam talian, bengkel dan Webinar). Ini tidak bermakna Cochrane mempunyai sumber dan keupayaan untuk memberikan sokongan tak terbatas kepada pasukan yang terdiri daripada pengarang ulasan baharu; penulis masih perlu untuk mematuhi prinsip-prinsip ulasan sistematik dan menunjukkan bahawa mereka berupaya untuk melengkapkan ulasan.

Walaupun dengan sokongan dan galakan, kadang-kadang pasukan ulasan sukar untuk dapat membuat kemajuan dalam penulisan ulasan mereka, atau mereka mengemukakan versi draf yang memerlukan terlalu banyak input daripada pasukan editorial CRG untuk memenuhi standard yang boleh diterima. Dalam keadaan ini, CRG boleh memutuskan untuk menarik ulasan dari penulis, memetik kebimbangan ke atas kualiti dan keupayaan pasukan ulasan untuk menyiapkan ulasan.

Adalah penting untuk pasukan pengarang mengenal pasti bahawa di sepanjang proses penyediaan ulasan (sama ada di peringkat pendaftaran, protokol atau ulasan), ulasan mungkin boleh dikeluarkan daripada proses penyuntingan akibat kebimbangan mengenai kualiti yang tidak boleh diselesaikan.

Jika anda rasa anda mempunyai masa dan kemahiran untuk membuat komitmen ini, sila klik butang 'Jadi seorang pengarang' di bawah. Anda akan dibawa ke halaman akaun Cochrane, di mana anda akan diminta untuk membuat akaun Cochrane. Jika anda sudah mempunyai akaun Cochrane, anda boleh log masuk di sini juga.

Jika anda rasa anda tidak akan mampu memberi komitmen untuk menjadi pengarang pada masa ini, sila mempertimbangkan cara lain dimana anda boleh menyumbang kepada kerja-kerja menghasilkan Ulasan Cochrane.

Jadi seorang pengarang

Share/Save