Coronavirus (COVID-19) - Sumber dan berita Cochrane

Cochrane menyediakan bukti penyelidikan yang berkualiti tinggi, relevan dan terkini untuk memaklumkan keputusan kesihatan. Laman ini menyerlahkan kandungan berkaitan pandemik coronavirus (COVID-19) dan pelbagai aktiviti berkaitan Cochrane yang sedang dijalankan sebagai tindak balas.

Kami akan terus memasukkan maklumat terkini kepada laman ini. Bahagian maklumat dan sumber untuk:

Berita terkini:

Dikemas kini pada 22 Mei: Ulasan Pantast COVID-19 baru diterbitkan: ‘Panggilan video untuk mengurangkan pengasingan sosial dan kesunyian dalam kalangan orang tua’. Lebih daripada 10,000 pengguna telah menggunakan Daftar Kajian COVID-19 Cochrane pada bulan pertama! Pendaftaran ini menyokong sintesis bukti yang pantas dalam cabaran global untuk memerangi COVID-19. Ketua Pengarang Perpustakaan Cochrane mengemas kini Komuniti Cochrane mengenai kerja COVID-19 minggu lalu..
Dikemas kini pada 21 Mei: Cochrane hari ini mengumumkan bidang keutamaan COVID-19 dalam tempoh enam bulan akan datang untuk memenuhi keperluan bukti penjagaan kesihatan pembuat dasar, pembangun garis panduan dan doktor; dan menyediakan senarai soalan keutamaan tambahan untuk membantu membimbing kerja organisasi penyelidikan lain. Ringkasan visual ulasan sistematik Cochrane: Halangan dan pemudahcara untuk pekerja penjagaan kesihatan mematuhi garis panduan pencegahan dan kawalan jangkitan (IPC) untuk penyakit berjangkit pernafasan: sintesis bukti kualitatif yang pantas telah ditambahkan.

6 Koleksi Khas COVID -19 diterbitkan

4 COVID-19 Ulasan Pantas diterbitkan

Membuat Daftar Kajian COVID-19:
Sebuah kedai sehenti untuk kajian penyelidikan primer yang berkaitan dengan COVID-19.

Ulasan kemas kini dijejaki pantas diterbitkan:

Bukti COVID-19 diterbitkan dalam sehingga 12 bahasa

Maklumat dan sumber untuk orang awam, pesakit atau penjaga

Dalam keadaan yang berubah pantas, ini adalah penting untuk menerima maklumat terkini tetapi kita mesti memastikan bahawa maklumat yang diperoleh berasaskan sumber yang boleh dipercayai. Kami telah mengumpulkan pelbagai sumber yang berguna dan berkaitan dengan COVID-19 daripada komuniti dan rakan-rakan kongsi kami. Kami juga mempunyai beberapa inisiatif untuk menjemput orang ramai melibatkan diri dalam kerja kami dan mendidik tentang cara membuat keputusan kesihatan termaklum.

Sumber yang berguna

Inisiatif yang sedang dijalankan

Maklumat dan sumber untuk pegawai kesihatan

Kami mengetahui bahawa penyelidikan dan inovasi sains teras asas akan menjadi penting dalam menstabilkan dan mengurangkan kesan-kesan daripada pandemik COVID-19 yang berkembang pesat. Cochrane boleh bertindak balas segera kepada krisis kesihatan global baru dengan menjadikan sumber bukti kesihatan kami sedia ada kepada semua yang memerlukan untuk membuat keputusan termaklum pada masa ini dan bertindak balas kepada soalan-soalan daripada pegawai kesihatan barisan hadapan.

Koleksi Khas Releven
Ulasan-ulasan Cochrane dalam koleksi ini adalah percuma untuk diakses. Koleksi Khas juga melibatkan pautan yang berkaitan Jawapan Klinikal Cochrane- boleh difahami, tumpuan klinikal, jawapan yang boleh bertindak untuk memaklumkan penjalanan keputusan semasa penjagaan untuk pegawai kesihatan.

Ulasan yang relevan

Inisiatif yang sedang dijalankan

Maklumat dan sumber untuk para penyelidik

Kita mesti menjawab keperluan mendesak dalam kalangan orang yang membuat keputusan kesihatan, secepat mungkin di samping memastikan ketegasan methodologi bersaintifik mustahak memuaskan secara serentak. Kita juga perlu memastikan ulasan sistematik Cochrane yang relevan perlu dikemaskinikan dengan bukti terkini.

Inisiatif yang sedang dijalankan

Maklumat dan sumber untuk polisi dan panduan pemaju

Pengasas polisi dan panduan perlu memperuntukkan masa untuk menjalankan keputusan pantas sementara memastikan mereka memasukkan bukti kesihatan berkualiti tinggi. Bukti yang digunakan oleh mereka juga perlu mudah difahami dan boleh bertindak.

Share/Save