Hasil kerja Cochrane dalam Ulasan Pantas sebagai respons kepada COVID-19

Dalam tempoh pandemik COVID-19, kita mesti menjawab keperluan masa-sensitif pembuat keputusan kesihatan secepat mungkin, dan pada masa yang sama memastikan keperluan saintifik bagi methodologi yang rapi dipenuhi. Kami bekerja keras untuk mempercepatkan proses biasa bagi ulasan sistematik Cochrane yang penting. Sebagai respons, kami telah:

Mewujudkan pengesanan pantas Perkhidmatan Editorial dan dokumentasi

Mewujudkan Panduan Kaedah untuk Ulasan Pantas

Hasil kerja Cochrane dalam Ulasan Pantas sebagai respons kepada COVID-19

Mengutamakan soalan sambil bekerjasama rapat dengan pekerja penjagaan kesihatan barisan hadapan dan agensi kesihatan

Selesai kerja pada Ulasan Pantas yang akan memberi tumpuan kepada beberapa soalan kuarantin

Apa itu ulasan pantas?

Ulasan pantas terdapat dalam pelbagai bentuk. Kumpulan Kaedah Ulasan Pantas Cochrane telah mencadangkan definisi berikut: "Satu bentuk sintesis pengetahuan yang mempercepatkan proses menjalankan ulasan sistematik tradisional dengan memperkemas atau mengecualikan kaedah-kaedah tertentu untuk menghasilkan bukti bagi pihak berkepentingan secara sumber-efisien."

Tambahan pula sekarang, kepentingan menghasilkan bukti sintesis pantas yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi adalah penting. Kami mendapatkan sokongan daripada komuniti saintifik dalam usaha kolaboratif ini.

Untuk siapakah ulasan pantas ini?

Ulasan Pantas COVID Cochrane bertujuan untuk menyediakan informasi pantas berasaskan bukti kepada kumpulan perubatan, penggubal dasar, dan orang ramai untuk memberikan maklumat bagi pembuatan keputusan semasa pandemik coronavirus.

Bagaimana Ulasan Pantas COVID Cochrane Diwujudkan?

Cochrane telah terlibat dengan WHO dan pihak berkepentingan antarabangsa yang lain untuk membina bank soalan, yang sentiasa diberi keutamaan dandiperhalusi. Carian saringan memberikan maklumat terkini berkaitan ulasan pantas bukan Cochrane untuk membantu mengurangkan usaha duplikasi.

Situasi COVID-19 ini bergerak pada kadar yang luar biasa dan keperluan untuk bukti berkembang. Ulasan pantas Cochrane boleh membantu untuk menangani keperluan ini dengan menyampaikan synesis bukti dengan cepat. Pasukan penulis Cochrane berpengalaman dari seluruh dunia telah secara sukarela untuk menderma masa dan kami membantu dengan menyelaras dengan pasukan pengarang, dan menyediakan carian sastera, logistik dan sokongan methodological.

Templat kami yang telah diperkemas membantu penulis untuk menjalankan ulasan dengan cepat dan efisien serta mengekalkan standard metodologi yang tinggi. Kami juga menawarkan sokongan melalui perkhidmatan editorial pantas, yang bertujuan untuk menilai kualiti dalam tempoh satu minggu ulasan dikemukakan, dan untuk melengkapkan proses editorial dalam tempoh dua minggu. Cochrane juga akan menyokong pengemaskinian ulasan pantas ini jika dan apabila bukti yang lebih relevan didapati.

Bagaimana saya boleh membantu?

Orang baru dan para penyelidik dan penterjemah yang berpengalaman boleh menawarkan bantuan mereka kepada tugasan Cochrane TaskExhange.

Sekiranya anda sedar bahawa soalan dalam Bank Soalan kami telah dibawa ke hadapan oleh para penyelidik di tempat lain (atau pasukan anda sendiri), sila email covidrapidreviews@cochrane.org untuk membantu kami mengelakkan usaha duplikasi.

jika anda mempunyai pasukan di tempat dan berminat untuk menjalankan Ulasan Pantas COVID Cochrane untuk menangani salah satu soalan dalam Bank soalan, sila baca maklumat mengenai menulis Ulasan Rapid COVID dan e-mel kepada kami di covidrapidreviews@cochrane.org untuk memberitahu kami pelan anda (Sila sertakan tajuk dan ID soalan). Kami kemudiannya boleh memaklumkan kepada anda sama ada soalan itu masih ada untuk ulasan pantas.

jika anda mempunyai pasukan di tempat dan bersedia untuk memulakan kerja pada ulasan pantas yang tidak tersenarai di Bank, sila e-mel kepada kami di covidrapidreviews@cochrane.org untuk memberitahu kami pelan anda. Matlamat kami adalah untuk mengelakkan duplikasi dan menjejaki usaha yang dijalankan di tempat lain.

Jika soalan yang anda anggap sebagai keutamaan tiada dalam Bank Soalan, anda boleh menghantarnya di sini Sila pastikan anda telah menggunakan fungsi carian untuk menilai sama ada soalan itu belum diliputi dalam senarai.

Share/Save