Strategi sehingga 2020
 

Strategi sehingga 2020

Bagaimana kami melakukannya?

Strategi sehingga 2020, mensasarkan bukti Cochrane diambil dalam membuat keputusan kesihatan di seluruh dunia.

Ia mentakrifkan bagaimana kami berhasrat untuk mencapainya dan menyediakan rangka kerja membuat keputusan Cochrane pada masa depan, membantu kami respon kepada peluang strategik dan cabaran yang dihadapi dalam dekad akan datang dan seterusnya. Ia adalah hasil proses kerjasama yang dilakukan oleh para penyumbang rangkaian global kami; dan mewakili wawasan kolektif organisasi sehingga 2020 yang bergantung kepada para penyumbang untuk memastikan kejayaannya.

Strategi sehingga 2020 bertujuan untuk mencapai empat matlamat utama: distrukturkan sebagai tiga bidang yang saling bertaut dengan tumpuan dan prioriti yang sama (Matlamat 1-3), disokong oleh bidang asas keempat (Matlamat 4) yang direka untuk mengukuhkan organisasi dan menyokong misi baru kami:

MATLAMAT 1: Menghasilkan bukti

Untuk menghasilkan ulasan sistematik berkualiti tinggi, relevan, terkini dan lain-lain bukti penyelidikan bagi membuat keputusan kesihatan termaklum.

MATLAMAT 2: Membuat bukti kami boleh dicapai

Untuk membolehkan bukti Cochrane dicapai dan berguna kepada semua, di mana sahaja di dunia ini.

GOAL 3: Menyokong bukti

Untuk menjadikan Cochrane 'laman bukti' bagi membuat keputusan kesihatan termaklum, membina pengiktirafan lebih besar terhadap kerja kami, dan menjadi penyokong utama penjagaan kesihatan bermaklumatkan bukti.

MATLAMAT 4: Membina organisasi yang berkesan dan mampan

Untuk menjadi organisasi antarabangsa yang pelbagai, inklusif dan telus yang memanfaatkan semangat dan kemahiran para penyumbang kami dengan berkesan, dipandu oleh prinsip-prinsip kami, ditadbir secara bertanggungjawab, diurus dengan cekap dan menggunakan sumber-sumber secara optimum.

Klik untuk membaca strategi penuh sehingga 2020

Sasaran-sasaran 2019

Lembaga Tadbir Urus Cochrane, meluluskan sasaran tahunan untuk disampaikan oleh komuniti Cochrane dan Pasukan Eksekutif Pusat bagi menyokong Strategi sehingga 2020.

Dalam tahun 2019, Kumpulan Cochrane dan Pasukan Eksekutif Pusat akan:

  1. Mencapai objektif tahunan dan sasaran Strategi Kandungan Cochrane
  2. Memastikan kualiti dan kekonsistenan proses editorial Cochrane
  3. Membuat Ulasan Cochrane boleh diakses lebih baik oleh pembuat keputusan
  4. Mengkaji semula dasar kami di Akses terbuka kepada Ulasan Cochrane dan set-set data
  5. Terus menyampaikan lebih banyak ciri-ciri dan pemantapan di Perpustakaan Cochrane
  6. Menyokong penggubal dasar kesihatan menggunakan bukti Cochrane dan inisiatif-inisiatif sokongan terbaharu
  7. Membina kapasiti komuniti Cochrane untuk mengeluarkan ulasan yang lebih kompleks dan menjalankan aktiviti-aktiviti penterjemahan ilmu
  8. Menilai, merancang dan memulakan pelaksanaan sistem penambahbaikan Pengurusan Editorial untuk pengeluaran Ulasan Cochrane
  9. Mengukuhkan Cochrane sebagai organisasi global melalui siri-siri inisiatif

Baca lebih lanjut bagaimana Sasaran 2019 akan disampaikan di laman web Komuniti Cochrane.


Bagaimana kami mentakrifkan kejayaan?

Cochrane telah membina satu dokumen yang menyediakan komuniti Cochrane, dan semua pihak berkepentingan eksternal di Cochrane, dengan takrifan kejayaan bagi setiap strategi sehingga 2020 Objektif; penilaian kemajuan yang diramalkan menjelang akhir 2018; dan rangka kerja untuk mewujudkan kerja selebihnya akan dilakukan untuk mencapai takrifan kejayaan. Dokumen tersebut dijangka relevan sehingga 2020, tetapi dibangunkan dan dikemas kini sambil kerja-kerja disiapkan dan organisasi menyesuaikan keadaan-keadaan baru. Ia adalah kemas kini versi yang diterbitkan dalam 2017.

Dapatkan maklumat lanjut

Share/Save