Hemofiltrasi vena-ke-vena yang berterusan bagi pankreatitis akut yang teruk

Soalan ulasan

Bolehkah penapisan darah vena yang berterusan mengurangkan angka kematian dalam orang yang mempunyai pankreatitis akut teruk?

Latar belakang

Pankreatitis akut yang teruk dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi dan komplikasi yang mengancam nyawa. Hemofiltrasi vena-ke-vena yang berterusan (CVVH; penapisan darah yang berterusan dari urat vena) telah digunakan di beberapa pusat untuk mengurangkan komplikasi dan kematian, tetapi ia tidak diketahui jika CVVH bermanfaat untuk pesakit.

Ciri-ciri kajian

Kami telah mencari semua kajian yang relevan, kajian-kajian dengan kendalian yang baik yang dilakukan sehingga September 2019. Kami memasukkan dua buah kajian rawak terkawal (kajian di mana peserta-peserta diletakkan secara rawak kepada dua atau lebih intervensi, mungkin mengambil kira intervensi terkawal atau tanpa intervensi, dan hasil-hasil kajian dibandingkan). Satu kajian merawakkan 64 orang yang mempunyai pankreatitis akut yang teruk untuk menerima sama ada CVVH (32 orang) atau tiada intervensi (32 orang). Satu kajian lain merawakkan 30 orang yang mempunyai pankreatitis akut yang teruk untuk menerima sama ada CVVH dengan volum tinggi (kelajuan tinggi) (15 orang) atau CWH yang standard (15 orang).

Hasil kajian utama: hemofiltrasi vena-ke-vena yang berterusan berbanding tiada intervensi

Tiada kematian dalam hospital yang berlaku dalam mana-mana kumpulan. Kita tidak boleh mengetahui daripada hasil-hasil kajian sama ada CWH mempunyai kesan yang penting atas kematian atau komplikasi-komplikasi untuk orang yang mempunya pankreatitis akut yang teruk kerana saiz sampel yang kecil.

Hasil-hasil kajian utama: satu jenis hemofiltrasi vena-ke-vena yang berterusan berbanding sejenis hemofiltrasi vena-ke-vena yang beterusan yang lain

CVVH dengan volum tinggi mungkin mempunyai angka kematian dalam hospital yang sedikit atau tiada perbezaan (20.0% dengan CWH volum tinggi berbanding 33.3% dengan CWH standard). Kami tidak pasti sama ada CVVH volum tinggi mengurangkan bilangan peristiwa buruk (13.3% dalam kedua-dua kumpulan). Kami tidak boleh mengetahui daripada hasil-hasil kajian kami sama ada CWH volum tinggi adalah lebih bagus, sama tara atau lebih teruk berbanding CWH standard untuk orang yang mempunyai pankreatitis yang teruk kerana saiz sampel adalah kecil dan hasil-hasil kajian adalah tidak tepat.

Kualiti bukti

Kebanyakan kajian yang dimasukkan mempunyai beberapa limitasi dari segi cara mereka dijalankan atau dilaporkan. Secara keseluruhunannya, kualiti bukti adalah pelbagai daripada sangat rendah ke sederhana.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nor Faezah Binti Zainudin (RCSI & UCD Malaysia Campus (sebelum ini dikenali sebagai Penang Medical College)). Disunting oleh Intan Juliana Abd Hamid (Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi faezah@ms.pmc.edu.my

Tools
Information