Adakah intervensi berhenti merokok berkesan untuk henti merokok dan mengurangkan keaktifan penyakit dalam kalangan orang yang sakit radang sendi kronik?

Latar belakang

Rokok tembakau meningkatkan risiko menghidap penyakit radang sendi (IJDs) seperti artritis reumatoid, yang mana sendi secara beransur-ansur rosak disebabkan oleh sistem imun badan sendiri. Merokok juga mungkin memburukkan lagi gejala-gejala penyakit ini. Ulasan ini melihat sama ada program-program sokongan untuk membantu perokok yang menghidapi IJDs henti merokok sebenarnya mengakibatkan henti merokok dan mengurangkan keradangan dalam sendi dan di tempat lain. Keradangan daripada penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan serangan jantung dan strok, yang mana orang yang menghidapi IJD mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari literatur pada bulan Oktober 2018. Kami melibatkan dua kajian dengan sejumlah 57 perokok dewasa- lelaki dan wanita- dengan artritis reumatoid. Satu daripada kajian tersebut telah menguji intervensi untuk membantu mereka dengan artritis reumatoid untuk berhenti merokok. Kajian ini hanya merekrut perokok dan membandingkan program berhenti merokok berpakar dengan program berhenti merokok standard yang kurang intensif. Kajian lain menguji intervensi untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok dalam kalangan mereka yang menghidapi artritis reumatoid. Para penyelidik merekrut bukan perokok dan perokok dan membandingkan program ini terhadap risalah maklumat yang mengandungi fakta ringkas mengenai risiko penyakit jantung. Kedua-dua kajian ini mengikuti perkembangan peserta kajian selama enam bulan.

Kajian ini telah dibiayai oleh Penyelidikan Artritis UK Biasiswa Penyelidikan Pendidikan Fellowship, Penyelidikan Artritis UK, Majlis Penyelidikan Kesihatan New Zealand, artritis New Zealand, dan Pembiayaan Penyelidikan University of Otago.

Keputusan utama

Tiada satu pun daripada kedua-dua kajian yang terlibat mendapati bahawa intervensi berpakar, lebih intensif terhadap mereka dengan artritis reumatoid membantu lebih ramai orang dengan reumatoid artritis untuk berhenti merokok daripada intervensi kurang intensif, secara umum. Hanya satu daripada kajian melaporkan mengenai keselamatan penggunaan program berhenti merokok. Sangat sedikit kesan sampingan yang dilaporkan berkaitan dengan penggunaan terapi penggantian nikotin, dan tiada satu pun yang serius. Maka, kita tidak tahu sama ada membantu orang yang mempunyai radang artritis menambah baik penyakit mereka.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti keseluruhan kajian-kajian terlibat sebagai sangat rendah kerana kajian adalah sangat sedikit dan melibatkan beberapa peserta; hanya salah satu daripada kajian menguji intervensi khusus cuba membantu orang untuk berhenti merokok, dan ada peluang bahawa orang yang menerima intervensi intensif lebih cenderung untuk melaporkan dengan salah bahawa mereka telah berhenti merokok apabila sebenarnya mereka tidak. Maka, kajian yang lebih besar perlu dijalankan untuk menguji program berhenti merokok untuk orang yang menghidapi IJD. Para penyelidik perlu memastikan sama ada mereka mengukur gejala mereka dengan IJD bertambah baik, dan mengesahkan sama ada mereka berhenti merokok.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Fairuz Fadzilah Rahim (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi fairuzfr@yahoo.com

Tools
Information
Share/Save