Certolizumab pegol untuk induksi remisi dalam penyakit Crohn yang aktif

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti tentang manfaat dan kemudaratan menggunakan certolizumab pegol pada orang yang mempunyai penyakit Crohn yang aktif.

Latar belakang

Penyakit Crohn adalah penyakit radang kronik yang mempengaruhi saluran gastrousus seperti usus kecil dan besar. Gejala umum penyakit Crohn adalah cirit-birit kronik, sakit perut, dan penurunan berat badan. Apabila pesakit dengan penyakit Crohn mempunyai gejala, keadaan itu dianggap 'aktif'. Apabila 'remisi', pesakit tidak mengalami gejala.

Certolizumab pegol adalah ubat biologi yang digunakan untuk mengubah suai tindak balas imun yang berlebihan yang menyebabkan keradangan kronik dalam penyakit Crohn. Certolizumab pegol biasanya disuntik di bawah kulit setiap 2 hingga 4 minggu.

Ciri-ciri kajian

Sastera ini telah diteliti sehingga 28 Januari 2019. Empat kajian melibatkan 1485 pesakit berbanding certolizumab pegol dengan plasebo. Semua kajian termasuk pesakit dengan penyakit Crohn yang aktif. Kebanyakan pesakit adalah orang dewasa berusia lebih 18 tahun, kecuali enam pesakit berusia 16 atau 17 tahun. Semua kajian tersebut dibiayai oleh pengilang ubat.

Keputusan-keputusan utama

Dalam analisis gabungan terhadap empat kajian, pesakit yang mempunyai penyakit Crohn aktif yang menerima certolizumab pegol pada dos antara 100 mg hingga 400 mg setiap 2 hingga 4 minggu, bertindak balas terhadap rawatan dan mencapai remisi pada 8 minggu lebih kerap daripada pesakit yang mengambil plasebo . Tiada perbezaan yang luar biasa dalam kadar kesan sampingan yang serius diperhatikan di antara certolizumab pegol dan plasebo. Kesan sampingan yang serius termasuk penyakit Crohn yang semakin teruk, jangkitan, dan keganasan (iaitu kanser).

Kualiti bukti

Bukti kepastian sederhana menunjukkan bahawa certolizumab pegol bermanfaat dalam hal mencapai remisi pada orang dengan penyakit Crohn yang sederhana dan teruk. Kerana bilangan kesan sampingan yang rendah, bukti kepastian tentang kerosakan certolizumab pegol adalah sederhana.

Kesimpulan

Bukti yang mempunyai kepastian sederhana menunjukkan bahawa certolizumab pegol berkesan untuk induksi remisi klinikal dan tindak balas klinikal terhadap orang yang mempunyai penyakit Crohn aktif. Tidak pasti sama ada risiko kesan sampingan yang serius adalah berbeza antara certolizumab pegol dan plasebo. Kajian masa depan diperlukan untuk menilai manfaat jangka panjang dan kemudaratan certolizumab pegol pada orang dengan penyakit Crohn.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save