Peranti pemindahan ubat sistem tertutup untuk mengurangkan pendedahan kepada ubat-ubatan infusi berbahaya di kakitangan penjagaan kesihatan

Sesetengah ubat - sama ada diberikan sebagai tablet atau sebagai titisan melalui urat - adalah berbahaya kepada kakitangan penjagaan kesihatan yang mengendalikan mereka. Pesakit menerima ubat infusi berbahaya melalui urat sebagai rawatan untuk penyakit serius seperti kanser. Apabila kakitangan penjagaan kesihatan terdedah kepada ubat-ubatan ini, mereka akan mengurangkan kesuburan dan menyebabkan keguguran, kelahiran mati, dan kanser. Beberapa amalan yang disyorkan boleh mengurangkan pendedahan kakitangan kesihatan kepada ubat-ubatan berbahaya ini. Ini termasuk pakaian pelindung, sarung tangan, dan kabinet khas di mana kakitangan boleh menyediakan ubat-ubatan berbahaya sebelum memberi mereka kepada pesakit. Bersama-sama, amalan ini merupakan 'pengendalian yang selamat'. Peranti pemindahan ubat sistem tertutup (CSTD) adalah sistem peranti yang secara mekanikal menghalang ubat berbahaya daripada terlepas di luar sistem.

Apakah matlamat ulasan ini?

Terdapat ketidakpastian yang ketara sama ada menggunakan CSTD sebagai tambahan kepada pengendalian yang selamat mengurangkan pendedahan dan risiko pencemaran kakitangan kepada ubat-ubatan berbahaya berbanding dengan pengendalian yang selamat sahaja. Kami berusaha menyelesaikan masalah ini dengan mencari kajian yang sedia ada mengenai topik ini.

Mesej-mesej utama

Berdasarkan kualiti bukti yang sangat rendah, tiada bukti untuk atau menentang penambahan CSTD untuk pengendalian ubat-ubatan berbahaya. Kajian lanjutan yang direka bentuk dengan lebih baik diperlukan.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?

Kami termasuk semua jenis kajian yang membandingkan CSTD dengan pengendalian yang selamat ('kumpulan CSTD') dan pengendalian yang selamat sahaja ('kumpulan kawalan').

Apakah keputusan utama ulasan?

Kami termasuk 23 kajian (358 hospital) dalam ulasan ini, tiada yang menggunakan reka bentuk kajian piawaian emas (kajian rawak terkawal) atau meneroka nilai rawatan untuk wang. Dalam 21 kajian, orang yang menggunakan CSTD dan pengendalian yang selamat adalah ahli farmasi atau juruteknik farmasi. Sembilan belas kajian menyediakan maklumat yang boleh dimasukkan untuk kajian ini.

Tiada sebarang bukti manfaat untuk menggunakan CSTD dalam langkah pendedahan yang tidak langsung seperti kemunculan ubat berbahaya dalam air kencing pada para profesional penjagaan kesihatan. Tiada bukti bahawa pencemaran permukaan atau lantai dengan ubat-ubatan yang paling berbahaya telah dikurangkan dengan penggunaan CSTD. Terdapat perbezaan yang ketara antara kajian dari segi penggunaan CSTD yang menghasilkan penjimatan kos, dengan beberapa kajian melaporkan kenaikan kos dan yang lain melaporkan penurunan kos setelah memperkenalkan CSTD. Tiada kajian melapurkan mengenai manfaat kesihatan seperti pengurangan ruam kulit, ketidaksuburan, keguguran, perkembangan sebarang jenis kanser, atau peristiwa buruk.

Kualiti keseluruhan bukti adalah sangat rendah untuk semua hasilnya kerana semua kajian mempunyai satu atau lebih batasan penting dalam reka bentuk mereka. Oleh itu, keputusan mungkin tidak boleh dipercayai

Adakah ulasan ini terkini?

Kami mencari kajian sehingga 26 Oktober 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save