Berapa tepatkah ujian (Xpert Ultra dan Xpert MTB / RIF) untuk mendiagnosis tuberkulosis di luar paru-paru (tuberkulosis ekstrapulmonari) dan rintangan rifampisin?

Mengapa menggunakan ujian Xpert untuk tuberkulosis ekstrapulmonari penting?

Tuberkulosis adalah salah satu daripada 10 penyebab utama kematian di seluruh dunia. Tuberkulosis terutamanya memberi kesan kepada paru-paru (TB pulmonari) tetapi mungkin berlaku di bahagian badan lain selain daripada paru-paru (TB ekstrapulmonari). Apabila orang mendapat rawatan yang betul dan tepat pada waktu, tuberkulosis biasanya dapat disembuhkan. Satu masalah yang terlibat dalam merawat TB ialah bakteria menjadi kalis terhadap antibiotik. Tidak mengesan tuberkulosis awal mungkin mengakibatkan kelewatan diagnosis dan rawatan, peningkatan penyakit, dan kematian. Diagnosis tuberkulosis yang salah boleh mengakibatkan peningkatan kegelisahan dan rawatan yang tidak perlu.

Apakah matlamat ulasan ini?

Untuk mengemas kini ketepatan bukti ujian Xpert untuk mendiagnosis tuberkulosis ekstrapulmonari dan rifampisin pada orang dewasa. Rifampisin adalah ubat anti-tuberkulosis yang penting. Kami menyertakan bukti meningitis tuberkulosis dan pleura, nodus limfa, tulang atau sendi, genitouriner, peritoneal, pericardial, dan tuberkulosis yang sudah tersebar.

Apakah yang telah dikaji dalam ulasan ini?

Xpert Ultra dan Xpert MTB / RIF adalah ujian pantas untuk mendiagnosis tuberkulosis dan rintangan rifampisin secara serentak. Kami menggabungkan hasil kajian untuk menentukan:
- kepekaan: orang yang menghidap tuberkulosis (rintangan rifampisin) didiagnosis dengan betul kerana menghidapnya.
- kekhususan: orang yang tidak menghidap tuberkulosis (rifampisin) dikenal pasti tidak menghidapnya.
Semakin dekat kepekaan dan kekhususan hingga 100%, semakin baik ujiannya. Kami mengukur hasil Xpert terhadap kultur dan standard rujukan komposit (tidak ada standard rujukan yang sempurna kerana tuberkulosis ekstrapulmonari adalah paucibacillary (beberapa bakteria)).

Apakah hasil utama ulasan ini?

69 kajian menguji nodus limfa, pleura, dan cecair serebrospinal, dan spesimen lain dari orang yang beranggapan dengan tuberkulosis ekstrapulmonari. Kajian dilakukan di 28 negara yang berbeza.

Untuk setiap 1000 orang yang diuji, jika 100 mempunyai batuk kering mengikut piawaian rujukan:

cecair serebrospinal

- Xpert Ultra (6 kajian) :

· 89% kepekaan: 168 orang akan diuji positif, termasuk 79 orang tanpa batuk kering

· 91% pengkhususan: 832 orang akan diuji negatif, termasuk 11 dengan tuberkulosis

- Xpert MTB / RIF (30 kajian) :

· 71% kepekaan: 99 orang akan diuji positif, termasuk 28 orang tanpa batuk kering

· 97% pengkhususan: 901 orang akan diuji negatif, termasuk 29 dengan tuberkulosis

pleural fluid

- Xpert Ultra (4 kajian) :

· 75% kepekaan: 192 orang akan diuji positif, termasuk 117 tanpa tuberkulosis

· 87% pengkhususan: 808 orang akan diuji negatif, termasuk 25 dengan tuberkulosis

- Xpert MTB / RIF (25 kajian) :

· 50&% kepekaan: 60 orang akan diuji positif, termasuk 10 orang tanpa tuberkulosis

· 99% pengkhususan: 940 akan diuji negatif, termasuk 50 dengan tuberkulosis

cecair nodus limfa

- Xpert Ultra (1 kajian) :

· 70% kepekaan: 70 orang akan diuji positif (semua menghidap tuberkulosis)

· 100% pengkhususan: 930 orang akan diuji negatif, termasuk 30 dengan tuberkulosis

- Xpert MTB / RIF (4 kajian):

· 82% kepekaan: 118 orang akan positif, termasuk 37 orang tanpa tuberkulosis

· 96% pengkhususan: 882 orang akan diuji negatif, termasuk 19 dengan tuberkulosis

rintangan rifampisin

- Xpert Ultra (4 kajian) :

· 100% kepekaan: 100 orang akan diuji positif (semua mempunyai kerintangan terhadap rifampisin)

· 100% pengkhususan: 900 orang akan diuji negatif (tidak ada yang mempunyai kerintangan terhadap rifampisin)

- Ujian MTB / RIF (19 kajian) :

· 97% kepekaan: 105 orang akan diuji positif, termasuk lapan orang tanpa rintangan rifampisin

· 99% pengkhususan: 895 orang akan diuji negatif, termasuk tiga dengan rifampisin

Kepada siapakah keputusan ulasan ini boleh diaplikasi?

Orang dijangka menghidap tuberkulosis ekstrapulmonari.

Berapa yakinkah kami terhadap keputusan?

Cukup yakin untuk Xpert MTB / RIF dalam cecair serebrospinal dan kurang dalam cecair nodus limfa. Kurang yakin untuk Xpert Ultra, kerana terdapat sedikit kajian dan segelintir orang yang diuji. Kedua-dua standard rujukan adalah tidak sempurna, yang boleh mempengaruhi anggaran ketepatan.

Apakah implikasi ulasan ini?

Xpert mungkin membantu dalam mendiagnosa tuberkulosis ekstrapulmonari. Kepekaan berbeza-beza di antara spesimen ekstrapulmonari yang berbeza, sementara bagi kebanyakan spesimen, kekhususannya tinggi, ujian jarang menghasilkan hasil positif bagi orang tanpa tuberkulosis (disahkan oleh kultur). Untuk meningitis tuberkulosis, Xpert Ultra mempunyai kepekaan yang lebih tinggi daripada Xpert MTB / RIF dan kekhususan yang lebih rendah daripada Xpert MTB / RIF. Ujian mempunyai ketepatan yang serupa untuk mendiagnosis ketahanan rifampisin.

Sejauh manakah ulasan ini telah dikemaskinikan?

28 Januari 2020.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (USMKK). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information