Tramadol dengan atau tanpa parasetamol (acetaminophen) untuk sakit kanser

Secara dasarnya

Tiada kesimpulan yang kukuh yang dapat dibuat tentang keberkesanan atau kemudaratan tramadol, secara bersendirian atau dengan parasetamol, bagi sakit kanser.

Latar belakang

Seorang daripada dua atau tiga orang yang mendapat kanser akan mengalami sakit yang berintesiti sederhana atau teruk. Kesakitan akan menjadi lebih buruk apabila kanser merebak.

Tramadol hidroklorida adalah analgesik opioid yangb oleh didapati sejak 1977. Pada 2016, tramadol, bersendirian atau dalam kombinasi dengan parasetamol, boleh didapati dalam produk untuk kegunaan oral dan melalui suntikan dari hampir 90 syarikat. Rumusan oral termasuk yang direka untuk pelepasan segera, dan untuk pelepasan yang diubahsuai dalam jangkamasa lebih lama. Sediaan untuk adminitrasi rektum juga boleh didapati.

Dalam ulasan ini, penyeldik menetapkan anggaran cara tramadol bekerja, berapa ramai orang yang mempunyai kesan sampingan, dan setara mana teruk kesan-kesan sampingan - sebagai contoh, sama ada ianya begitu teruk sampai peserta perlu berhenti mengambil tramadol mereka.

Ciri-ciri kajian

Pada bulan November 2016, penyelidik menemui 10 kajian dengan 958 peserta dewasa dan tiada kajian ke atas kanak-kanak. Kajian adalah selalunya kecil dan dibandingkan dengan sediaan tramadol yang berbeza dengan ubat-ubatan pembanding yang berbeza, dan tidak melaporkan hasil yang penting. Ini menjadikan ia sukar untuk mengetahui sama ada tramadol baik atau lebih baik atau lebih buruk daripada ubat yang lain untuk sakit kanser.

Penemuan utama

Tiada kesimpulan yang kukuh dapat dibuat bagi sebarang hasil dalam sebarang perbandingan. Tramadol mungkin tidak sebaik morfin.

Kualiti bukti

Penyelidik telah menilai semua bukti yang ada sebagai kualiti yang sangat rendah. Ini bermakna bahawa penyelidikan ini tidak memberikan satu petunjuk yang boleh dipercayai untuk kesan yang mungkin.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Di sunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save