Latihan komunikasi untuk ibubapa kanak-kanak prasekolah yang mempunyai gangguan tingkahlaku

Latar belakang

Kanak-kanak yang mempunyai gangguan pergerakan, seperti palsi serebrum, sering mempunyai kesukaran menghasilkan ucapan dan gerak isyarat. Ini boleh menyebabkan komunikasi mereka susah untuk difahami. Dalam tahun-tahun prasekolah, terapi ucapan dan bahasa kebiasanya melibatkan latihan kepada ibubapa untuk mengenali isyarat komunikasi anak-anak mereka untuk menggalakan pembangunan komunikasi.

Soalan ulasan

Adakah latihan komunikasi untuk ibubapa (intervensi komunikasi berperantaraan ibubapa) kanak-kanak prasekolah yang mempunyai gangguan tingkahlaku menambahbaik komunikasi antara anak-anak dan ibubapa? Kami juga berminat mengetahui samada latihan mempunyai apa-apa akibat yang tidak diingini, samada ia mempunyai kesan ke atas tahap stres dan pengendalian ibubapa, dan samada ibubapa berpuas hati dengan latihan dan telah mematuhinya.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian-kajian yang mempunyai penerbitan sehingga Julai 2017. Kami menemui hanya dua kajian yang melaporkan kesan-kesan latihan komunikasi ibubapa; satu kajian berlangsung di pusat intervensi di Kanada, satu lagi di Korea Selatan. Kajian melibatkan 38 kanak-kanak (20 lelaki, 18 perempuan), berumur 15 hingga 96 bulan, berserta ibu-ibu mereka. Kedua-dua kajian membandingkan latihan komunikasi ibubapa dengan tiada intervensi untuk masalah-masalah komunikasi. Ibu-ibu menghadiri lapan sesi latihan 11 hingga 12 minggu dengan dua atau tiga lawatan rumah. Kajian melibatkan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kesukaran pembesaran; kebanyakannya kurang upaya intelektual, 10 mempunyai gangguan gerakan (palsi serebrum). Bagaimanapun, sejauh mana gangguan pergerakan kanak-kanak menjejaskan komunikasi mereka adalah tidak jelas; semua kanak-kanak kelihatan dapat menggunakan tangan mereka dengan baik untuk gerak isyarat dan menunjuk, dan gangguan pertuturan tidak dilaporkan.

Keputusannya telah dinilai sebaik selepas latihan. Kami tidak menemui laporan keputusan selepas tarikh (temu janji susulan jangka panjang).

Keputusan utama dan kualiti bukti

Dalam dua kajian kecil, didapati ibu-ibu mungkinnya telah respon lebih kerap kepada interaksi anak-anak mereka berikutan latihan komunikasi berperantaraan ibubapa. Bagaimanapun, tidak terdapat pengurangan berkaitan dalam arahan ibu-ibu (contohnya cara mereka gunakan arahan) dalam perbualan dan tiada perubahan dalam tekanan keibuan. Bagi kanak-kanak, kami tidak menemui bukti untuk perubahan dalam inisiasi pertuturan kanak-kanak atau perhatian bersama dalam interaksi dengan yang lain. Kajian tidak melaporkan apa-apa kesan negatif latihan, kepatuhan ibu-ibu kepada panduan di dalam latihan atau penerimaan pakai program-program.

Kami tidak dapat menilai kesan-kesan intervensi komunikasi berperantaraan ibubapa dan kekerapan komunikasi kanak-kanak, penggunaan bahasa pertuturan mereka dalam perbualan dengan ibubapa mereka, hasil pertuturan mereka atau pembangunan bahasa mereka kerana ketiadaan data. Kami tidak ada laporan pembangunan kemahiran komunikasi individu kanak-kanak, seperti pembelajaran untuk menanya soalan, dan tidak ada laporan mengenai kekurangan intervensi ke atas penglibatan generik mereka atau bahaya-bahaya yang timbul dari intervensi. Akhirnya, kami tidak menemui laporan mengenai kepuasan ibu dengan rawatan.

Kami menilai bukti daripada kajian-kajian yang dimasukkan sebagai berkualiti sangat rendah kerana isu-isu dengan rekabentuk kajian dan kekurangan perincian dalam keputusan-keputusan yang dikemukakan, dan kerana ianya tidak jelas samada gangguan pergerakan kanak-kanak telah menjejaskan komunikasi mereka.

Penyelidikan dengan bilangan keluarga yang lebih besar ke atas kanak-kanak yang mana gangguan pergerakan menjejaskan pertuturan dan gerak isyarat mereka diperlukan, untuk menguji samada latihan komunikasi untuk ibubapa boleh membantu mereka untuk galakkan pembangunan komunikasi anak-anak kecil mereka yang mempunyai gangguan pergerakan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information