Intervensi untuk rawatan patah tulang pergelangan tangan (patah pergelangan tangan) dalam kalangan kanak-kanak

Latar belakang dan matlamat

Patah tulang pergelangan tangan merupakan kecederaan tulang paling lazim dalam kalangan kanak-kanak. Kebanyakan adalah patah tulang buckle (atau torus), di mana permukaan tulang bonjol keluar. Patah tulang ringan sebegini akan sembuh dengan elok. Mereka lazimnya dirawat dengan penganduh pergelangan tangan atau acuan plaster dibawah siku.

Patah tulang yang lebih serius adalah apabila tulang retak, yang mengakibatkan pergerakan bahagian tulang secara keseluruhan. Biasanya tulang dimanipulasikan balik kepada tempat asal (‘reduksi’), diikuti dengan imobilisasi acuan, lazimnya dengan acuan atas siku yang termasuk siku. Apabila dipertimbangkan, pembedahan secara amnya melibatkan pemasangan wayar melalui kulit ke dalam tulang (pewayaran perkutaneous).

Kami ingin mengakses bukti kualiti terbaik untuk rawatan berbeza untuk patah tulang pergelangan tangan dalam kanak-kanak.

Keputusan carian

Kami mencari pangkalan data medikal sehingga Mei 2018 dan memasukkan 30 kajian dengan 2930 orang kanak-kanak. Kajian menyertakan lebih ramai kanak-kanak lelaki dan melaporkan purata umur antara lapan dan 10 tahun. Kami meringkaskan keputusan daripada lima perbandingan utama.

Keputusan utama

Enam kajian membandingkan penganduh boleh tanggal dengan acuan bawah siku untuk patah tulang buckle. Satu kajian menjumpai bahawa sedikit atau tiada perbezaan wujud antara dua alat tersebut dalam fungsi fizikal dalam masa empat minggu. Beberapa orang kanak-kanak memerlukan penukaran atau aplikasi semula untuk penganduh atau acuan (4 kajian). Tiada patah tulang berulang. Kami tidak pasti sama ada sebarang perbezaan wujud dalam kesakitan sewaktu penggunaan alat. Tiada bukti mencukupi untuk menilai masa untuk pulih kepada aktiviti sebelumnya (waktu sembuh), komplikasi kecil, dan kepuasanhati kanak-kanak atau ibubapa. Dua kajian menjumpai kos kesihatan yang lebih rendah untuk penganduh.

Empat kajian membandingkan kain pembalut lembut atau elastik dengan acuan bawah siku untuk patah tulang buckle. Kami tidak pasti sama ada kurangnya ketidakupayaan pada empat minggu selepas dibalut. Beberapa kanak-kanak menukar alat atau memerlukan imobilisasi lanjutan (3 kajian). Tiada kesan buruk yang serius telah dilaporkan. Bukti tidak mencukupi untuk menilai waktu sembuh, kesakitan pergelangan tangan, komplikasi kecil, dan kepuasanhati. Kanak-kanak mendapati kain pembalut lebih selesa (1 kajian).

Dua kajian (terutamanya patah tulang buckle) membandingkan penanggalan acuan di rumah oleh ibubapa berbanding dengan di klinik patah tulang oleh doktor (gergaji acuan tidak diperlukan untuk penanggalan rumah). Semua mendapat semula fungsi asal pada empat minggu (1 kajian). Beberapa perubahan rawatan dan tiada kejadian sampingan yang serius. Waktu sembuh dan bilangan kanak-kanak dengan komplikasi kecil tidak dilaporkan. Tiada perbezaan dalam kesakitan pada empat minggu (1 kajian). Kepuasanhati ibubapa mungkin lebih besar untuk penanggalan acuan di rumah (1 kajian). Satu kajian mendapati kos kesihatan lebih rendah untuk penanggalan rumah.

Empat kajian membandingkan acuan bawah bawah siku dengan acuan atas siku dalam patah tulang yang selalu tergerak. Kami tidak pasti sama ada kanak-kanak lebih tidak memerlukan bantuan apabila menggunakan acuan bawah siku. Kami tidak pasti sama ada perbezaan wujud antara dua acuan dalam fungsi fizikal pada enam bulan (1 kajian). Kami tidak pasti mengenai pencarian bahawa semua kanak-kanak dengan acuan atas siku memerlukan reduksi patah tulang yang satu lagi. Tiada kesan buruk yang serius telah dilaporkan. Waktu sembuh dan komplikasi kecil tidak dilaporkan. Hanya perbezaan kecil wujud dalam keperluan fisioterapi untuk kekakuan. Sakit pada satu minggu mungkin lebih kurang untuk acuan bawah siku (1 kajian). Satu kajian mendapati kos kesihatan lebih rendah untuk acuan bawah siku.

Lima kajian membandingkan pewayaran perkutaneous dan imobilisasi acuan atas siku dengan imobilisasi acuan atas siku sahaja selepas reduksi tertutup patah tulang tergerak. Fungsi fizikal jangka pendek tidak dilaporkan. Tiada perbezaan antara kumpulan dalam fungsi wujud pada enam bulan (1 kajian). Kami tidak pasti sama ada pembedahan mengurangkan risiko kegagalan rawatan, yang ditakrifkan sebagai penanggalan wayar awal atau susah, dan manipulasi semula untuk kehilangan posisi. Kami tidak pasti sama ada kurang kejadian sampingan berlaku dengan pembedahan. Tempoh penyembuhan, kesakitan pergelangan tangan, dan kepuasanhati tidak dilaporkan. Mungkin kurangnya keperluan untuk fisioterapi selepas pembedahan. Satu kajian Amerika Syarikat mendapati bahawa kos rawatan adalah sama.

Kualiti bukti

Kesemua 30 kajian mempunyai kelemahan yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan keputusan-keputusannya. Kami menganggap bahawa bukti untuk semua hasil adalah sama ada berkualiti rendah atau sangat rendah.

Kesimpulan

Tiada bukti mencukupi untuk mengenalpasti cara yang terbaik untuk merawat pelbagai jenis patah tulang pergelangan tangan dalam kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pencarian ulasan adalah konsisten dengan peralihan daripada imobilisasi acuan untuk patah tulang buckle.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern ((Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save