Metilfenidat untuk masalah hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) dalam kanak-kanak dan remaja - penilaian kesan yang mendatangkan keburukan

Ulasan soalan

Adakah pemberian metilfenidat berkait dengan kesan buruk terhadap kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD)?

Latar belakang

ADHD adalah satu daripada masalah perkembangan saraf yang biasa di usia kanak-kanak dan berkait dengan gangguan fungsi dan keputusan negatif untuk perkembangan. Individu-individu yang dikesan dengan ADHD selalunya hiperaktif dan impulsif. Metilfenidate, satu stimulan saraf, adalah ubat yang paling biasa diberi untuk anak-kanak dan remaja yang menghidapi ADHD.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian yang ada sehingga Januari 2016 dan mendapati 260 kajian dengan reka bentuk yang berbeza. Kami melibatkan beberapa kajian tidak rawak (yang mana para penyelidik tidak membahagikan peserta kepada sesuatu rawatan):

- 7 kajian kohort perbandingan (satu kumpulan orang yang disusuli sehingga satu masa; 6 kajian membandingkan 968 pesakit yang mengambil metilfenidate kepada 166 kawalan yang tidak mengambil metilfenidate; dan 1 kajian melibatkan 1224 pesakit yang mengambil atau tidak mengambil metilfenidate ketika tempoh masa yang berbeza).
- 4 pesakit daripada kajian kawalan (membandingkan dua kumpulan orang: 53,192 mengambil metilfenidate, dan 19,906 tidak);
- 177 kajian kohort tiada perbandingan (2,207,751 peserta) dengan tiada kumpulan kawalan (cth: mereka yang tidak mengambil metilfenidate);
- 2 kajian keratan lintang (96 peserta mengambil metilfenidate pada satu titik masa); dan
- 70 laporan/siri pesakit (206 peserta yang mengambil metilfenidate).

Kami melibatkan kumpulan-kumpulan metilfenidate daripada kajian klinik rawak (RCTs; eskperimen yang mana peserta adalah secara rawak dimasukkan ke dalam kumpulan bebas yang membandingkan rawatan yang berbeza). Semua RCTs menilai metilfenidate berbanding intervensi lain untuk ADHD dan tempoh susulan daripada RCTs. Kami hanya menggunakan data daripada kumpulan intervensi dengan metilfenidate. Dalam semua kajian kohort tiada perbandingan, 2,207,751 peserta mengambil metilfenidate. Umur peserta adalah berjulat daripada 3 tahun sehingga 20 tahun.

Keputusan utama

Penemuan-penemuan ini mencadangkan bahawa pengambilan metilfenidate mungkin membawa kepada kesan sampingan serius (mendatangkan keburukan), termasuk kematian, masalah jantung, dan gangguan psikotik. Kira-kira 1 dalam 100 pesakit dirawat dengan metilfenidate dilihat mengalami peristiwa kesan sampingan serius. Penarikan daripada metilfenidate disebabkan kesan sampingan serius terjadi pada kira-kira 1.2 daripada 100 pesakit yang dirawat dengan metilfenidate. Penarikan daripada metilfenidate disebabkan sebarang kesan sampingan terjadi pada kira-kira 7.3 daripada 100 pesakit yang dirawat dengan metilfenidate. Kami juga mendapati sebahagian besar peristiwa kesan sampingan yang tidak serius. Lebih daripada separuh peserta terdedah kepada metilfenidate dilihat mengalami satu atau lebih kesan sampingan. Penarikan daripada metilfenidate disebabkan kesan sampingan tidak serius terjadi pada kira-kira 6.2 daripada 100 pesakit yang terdedah kepada metilfenidate. Penarikan metilfenidate untuk sebab-sebab yang tidak diketahui adalah 16.2 daripada 100 pesakit yang terdedah kepada metilfenidate.

Kualiti bukti

Kualiti bukti dan maka kepastian atau kebolehpercayaan bukti untuk kajian perbandingan adalah sangat rendah. Kebolehpercayaan bukti untuk kajian tiada perbandingan adalah rendah disebabkan kelemahan dalam reka bentuk kajian. Oleh sebab itu, ini tidak memungkinkan untuk mengukur dengan tepat risiko kesan sampingan pada kanak-kanak dan remaja yang mengambil metilfenidate.

Kesimpulan

Metilfenidate mungkin berkaitan dengan beberapa kesan sampingan yang serius. Metilfenidate menghasilkan beberapa kesan keburukan lain yang tidak serius pada kanak-kanak dan remaja yang menghidapi ADHD. Kami mencadangkan para doktor dan ibu bapa berwaspada mengawasi kesan sampingan secara sistematik, secara teliti. Jika metilfenidate masih terus mempunyai tempat dalam rawatan ADHD di masa hadapan, kita perlu mengenalpasti kumpulan kecil pesakit yang dapat manfaat daripada metilfenidate melebihi keburukannya. Sama seperti yang kita perlu untuk mengenalpasti siapa yang bermanfaat daripada rawatan, kita juga perlu untuk mengenalpasti siapa yang paling berisiko untuk mengalami kesan sampingan. Untuk ini, kita perlu untuk mengambil kira skala besar, RCTs berkualiti tinggi seiring dengan kajian-kajian lain yang fokus kepada mengenalpasti mereka yang bertindak balas dan tidak bertindak balas kepada rawatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Fairuz Fadzilah Rahim (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi fairuzfr@yahoo.com. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information