Hidroksiurea (hidroksikarbamida) untuk merawat pesakit dengan beta-talasemia yang bergantung kepada transfusi darah


Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti mengenai kesan hidroksiurea (hidroksikarbamida) pada orang yang mempunyai beta-(β) -talasaemia yang bergantung kepada transfusi darah.

Latar belakang

β-talasemia adalah gangguan darah yang dipindahkan oleh kedua-dua ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dalam keadaan ini, kurang hemoglobin dihasilkan. Menurut WHO, hampir 60,000 kanak-kanak dengan talasemia dilahirkan setiap tahun. Β-talassemia yang bergantung kepada transfusi adalah bentuk β-talasemia yang teruk, di mana gejala dapat dilihat dengan jelas dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan selepas bayi lahir. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat, iaitu dengan pemindahan darah. Walau bagaimanapun, pemindahan darah meningkatkan risiko jangkitan virus yang mengancam nyawa dan beban besi dalam badan, yang boleh memberi kesan kepada organ-organ utama. Ubat-ubatan untuk mengeluarkan besi dari badan boleh mengurangkan risiko beban zat besi yang tinggi, tetapi kos menguruskan penyakit sering menjadi terlalu tinggi untuk individu dan keluarga mereka. Hidroksiurea dilaporkan berkesan dalam rawatan β-talasemia kerana ia dapat meningkatkan pengeluaran hemoglobin (darah) dan faedahnya telah ditunjukkan sebelum ini.

Tarikh carian

Buktinya adalah terkini pada 04 Mac 2019.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati tiada kajian dapat dimasukkan dalam ulasan ini.

Keputusan utama

Kami mendapati tiada kajian yang layak untuk dimasukkan dalam ulasan ini. Pelbagai kajian rawak terkawal yang didapati di pelbagai pusat,(yang membandingkan dengan plasebo atau rawatan lain yang tersedia, seperti pemindahan darah dan menahan tindakan zat besi) diperlukan untuk menilai keberkesanan dan keselamatan hidrosiurea untuk mengurangkan keperluan pemindahan darah, untuk mengekalkan atau meningkatkan tahap purata hemoglobin, dan juga untuk menilai sama ada kos rawatan adalah berkesan atau tidak.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Raymond Chieng Siang Ching (Klinik Kesihatan Nanga Wak). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com

Tools
Information
Share/Save