Yoga berbanding penjagaan bukan piawaian untuk skizofrenia

Soalan ulasan

Adakah yoga satu rawatan tambahan yang berkesan berbanding dengan rawatan tambahan lain untuk pesakit skizofrenia?

Latar belakang

Yoga berasal dari India purba dan melibatkan postur fizikal dan senaman pernafasan untuk mempromosikan keseimbangan antara minda dan badan. Yoga kini telah digunakan secara meluas sebagai kaedah relaksasi dan senaman, meningkatkan kekuatan, fleksibiliti, penyelarasan, ketahanan, serta kawalan pernafasan dan penumpuan. Yoga juga telah ditunjukkan untuk mengurangkan tekanan dan menggalakkan kesihatan dan perasaan kesejahteraan. Yoga telah digunakan sebagai terapi pelengkap untuk banyak keadaan kesihatan, termasuk menambahbaik kawalan tekanan darah serta keadaan kesihatan mental seperti kemurungan dan sindrom kebimbangan .

Sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa yoga juga boleh memberi faedah sebagai rawatan tambahan untuk mengurangkan gejala kompleks skizofrenia penyakit mental yang serius (seperti mendengar suara ghaib, melihat perkara hgaib, kurang minat pada orang dan aktiviti, keletihan, kehilangan emosi dan simtom nyahubat), dan meningkatkan kualiti hidup pengidap skizofrenia. Keberkesanan yoga berbanding dengan terapi lain yang tersedia (terapi bukan ubat dan tidak bercakap) adalah kurang diteliti.

Pencarian bukti

Penyelidik menjalankan carian elektronik untuk kajian (pencarian terkini pada bulan Mac 2017) yang melibat orang yang mengalami skizofrenia untuk menerima yoga atau rawatan tambahan lain secara rambang. Seribu tiga puluh empat rekod telah dijumpai dan diperiksa oleh penulis.

Bukti yang ditemui

Enam kajian dengan 586 peserta memenuhi keperluan ulasan dan menyediakan data yang boleh digunakan. Rawatan tambahan lain terdiri daripada bentuk senaman lain sahaja. Terdapat sedikit bukti yang ada sekarang, adalah berkualiti rendah, dan menunjukkan bahawa yoga tidak ada kelebihan yang berkesan berbanding rawatan tambahan lain untuk skizofrenia.

Kesimpulan

Bukti semasa dari kajian rawak terkawal menunjukkan yoga tidak ada kelebihan yang berkesan berbanding rawatan lain untuk skizofrenia, tetapi satu-satunya pembanding tersedia untuk yoga adalah ianya berbentuk senaman. Bukti adalah lemah kerana jumlah kajian yang tersedia adalah kecil, dan hanya susulan jangka pendek dilaporkan. Oleh itu, lebih banyak, lebih besar, dan jangka panjang kajian yang membandingkan yoga dengan alternatif lain untuk senaman diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save