Aktiviti fizikal untuk simptom saluran kencing bawah yang disebabkan oleh obstruksi prostat benign

Soalan ulasan

Apakah kesan aktiviti fizikal kepada simptom saluran kencing bawah dalam kalangan lelaki yang mengalami pembesaran prostat?

Latar belakang

Ketika lelaki semakin berusia, ramai yang mengalami masalah kencing yang mengganggu, seperti aliran kencing yang lemah dan kerap pada waktu siang atau malam. Sebab umum untuk simptom ini adalah pembesaran prostat. Rawatan untuk masalah ini termasuk perubahan gaya hidup (seperti kurangkan minum air), ubat-ubatan, dan prosedur pembedahan. Aktiviti fizikal, yang ditakrifkan sebagai pergerakan yang dihasilkan oleh otot, juga boleh memperbaiki simptom ini. Pengulas menjalankan ulasan ini untuk membandingkan aktiviti fizikal berbanding dengan kaedah lain dalam merawat simptom saluran kencing tersebut.

Ciri-ciri kajian

Pengulas telah memasukkan enam kajian, terdiri daripada 652 lelaki semua sekali, yang mengkaji empat perbandingan berbeza. Kajian ini membandingkan pelbagai bentuk aktiviti fizikal, bersendirian atau sebagai sebahagian daripada program pengurusan kendiri, dengan kaedah ‘tunggu dan lihat’ (tiada intervensi khusus) atau dengan rawatan penyekat alfa.

Berdasarkan bukti kualiti yang sangat rendah untuk hasil skor simptom bagi simptom saluran kencing bawah, dan menghentikan rawatan kerana kesan yang tidak diingini,pengulas tidak pasti sama ada intervensi aktiviti fizikal membantu lelaki yang mengalami simptom saluran kencing bawah disebabkan obstruksi prostat benign.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah sangat rendah, yang bermaksud kesan sebenar mungkin berbeza dengan ketara daripada penemuan dalam ulasan ini. Penyelidikan lanjut berkemungkinan besar akan mengubah keputusan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Syarifah Amirah Balqis Awang (Lincoln University College). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi syamirahbalqis3@gmail.com.

Tools
Information
Share/Save