Kontras larut air oral untuk halangan usus yang berkaitan dengan kanser

Latar belakang

Kanser dalam perut adalah di mana kanser sama ada bermula di tempat lain di dalam badan dan merebak ke kawasan dalam perut atau bermula di usus sendiri. Ia biasanya boleh membesar dan menghalang pergerakan makanan atau najis melalui usus. Penyumbatan usus yang disebabkan oleh kanser dikenali sebagai halangan usus malignan (MBO). Sesetengah pesakit dengan MBO mendapat manfaat daripada pembedahan untuk memulihkan penyumbatan tersebut. Dalam keadaan lain, tidak mungkin untuk memulihkan MBO sama ada menyelesaikannya atau menjadi kekal (menghadkan prognosis ke hari atau minggu).

Tisu parut di sekitar usus (dipanggil pelekatan) juga boleh menyebabkan penyumbatan, ini dikenali sebagai halangan kecil usus pelekatan. Rintangan pelekatan sering diselesaikan dengan pengurusan konservatif di hospital (membenarkan usus untuk "berehat" dan pulih). Namun dalam sesetengah hal, rintangan memerlukan pembedahan untuk menghilangkan tisu parut dan memperbaiki penyumbatan.

Kontras larut air oral (OWSC) sering disediakan dalam bentuk cecair dan apabila ditelan sebelum pemeriksaan tomografi x-ray atau pengiraan tomografi (CT) akan muncul dengan jelas di dalam usus. Ia boleh menentukan golongan mana yang mempunyai rintangan usus kecil yang memerlukan pembedahan. Dalam sesetengah pesakit, ia juga boleh mempercepatkan pemulihan yang membawa kepada pengurangan tempoh tinggal di hospital.

Ia tidak jelas sama ada manfaat OWSC dalam rintangan pelekatan usu kecil juga dilihat di MBO.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari bukti bahawa OWSC boleh digunakan untuk mengenalpasti mana-mana pesakit yang MBO tidak dibedah akan pulih dengan pengurusan konservatif. Kami juga ingin tahu sama ada OWSC meningkatkan kemungkinan pemulihan daripada MBO, mengurangkan masa tinggal hospital atau meningkat prognosis dengan lebih baik. Akhir sekali, kami ingin mengetahui kesan sampingan OWSC yang mungkin terhadao pesakit dengan MBO. Kami menjalankan carian pada bulan Jun 2017 dan mendapati satu kajian yang berkaitan. Ia hanya merekrut sembilan peserta dan tidak melaporkan sepenuhnya mengenai hasil menggunakan OWSC dalam MBO.

Keputusan utama

Kami mendapati bukti yang tidak mencukupi yang OWSC dapat mengenal pasti mana-mana pesakit dengan MBO yang boleh pulih dengan pengurusan konservatif. Kami mendapati bukti yang tidak mencukupi bahawa pesakit dengan MBO mendapat manfaat daripada OWSC dari segi masa tinggal di hospital, waktu pemulihan atau kelangsungan hidup. Tiada kesimpulan boleh dibuat mengenai kesan sampingan dari OWSC.

Kualiti Bukti

Kami menilai kualiti bukti dari kajian menggunakan empat tahap: sangat rendah, rendah, sederhana, atau tinggi. Bukti berkualiti sangat rendah bermakna kami sangat tidak pasti tentang keputusannya. Bukti yang berkualiti tinggi bermakna bahawa kami sangat yakin dengan hasilnya. Kami klasifikasikan kualiti bukti sebagai sangat rendah kerana kekurangan kajian yang melaporkan manfaat menggunakan OWSC dalam MBO dan satu-satunya kajian yang kami dapati melaporkan mengenai kesan sampingan yang merekrut sangat sedikit peserta (sembilan). Kualiti bukti yang rendah bermakna kita sangat tidak pasti mengenai penggunaan OWSC dalam pengurusan MBO dan tidak dapat mengesahkan faedahnya atau membahayakan pesakit dengan keadaan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information