Pembalut atau ejen-ejen topikal mana yang paling berkesan untuk penyembuhan ulser tekanan?

Pembalut-pembalut dan ejen-ejen topikal untuk merawat ulser tekanan

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti tentang kesan pembalut-pembalut dan ejen-ejen topikal (seperti salap, krim dan gel) pada penyembuhan ulser tekanan. Terdapat banyak pembalut-pembalut dan ejen-ejen topikal berbeza yang boleh didapati, dan kami ingin mengetahui yang manakah yang paling berkesan.

Latar belakang

Ulser tekanan, juga dikenali sebagai `bedsores’, ulser dekubitus dan kecederaan tekanan, adalah luka yang melibatkan kulit dan kadang-kadang tisu yang terletak di bahagian lapisan bawah. Ulser tekanan boleh menyakitkan, dijangkiti dan menjejaskan kualiti kehidupan seseorang. Orang yang berisiko mendapat ulser tekanan termasuk orang yang mempunyai pergerakan yang terhad - seperti orang tua dan orang yang mempunyai keadaan perubatan jangka pendek atau jangka panjang - dan orang yang mengalami kecederaan saraf tunjang. Pada tahun 2004, kos tahunan untuk merawat ulser tekanan di UK dianggarkan sebanyak GBP 1.4 hingga 2.1 bilion, bersamaan dengan 4% daripada jumlah perbelanjaan Perkhidmatan Kesihatan Negara.

Ubat-ubat topikal seperti salap, krim atau gel digunakan pada ulser tekanan yang tidak sembuh dan dibiarkan untuk merawat luka; mereka boleh diliputi dengan pembalut. Sebahagian daripada rawatan ini telah dibandingkan antara satu sama lain dalam kajian-kajian, biasanya membandingkan dua rawatan dalam satu masa. Kami menggunakan satu kaedah yang dipanggil 'rangkaian meta-analisis' untuk mengumpulkan semua keputusan kajian tentang rawatan yang berbeza dengan kaedah yang boleh dipercayai. Kami berharap bahawa kaedah ini, yang membandingkan semua pilihan rawatan, akan membantu kami mengetahui rawatan manakah yang terbaik untuk menyembuh ulser tekanan.

Ciri-ciri kajian

Pada bulan Julai 2016 kami mencari kajianpercubaan kawalan rawak yang melihatkan pembalut-pembalut dan ubat-ubatejen-ejen topikal untuk merawat tekanan ulser dan yang memberikan menyebabkan penyembuhan luka yang lengkap. Kami mendapati terdapat 51 kajian melibatkan seramai 2947 orang. Tiga puluh sembilan daripada kajian-kajian tersebut, yang melibatkan 2127 orang, memberikan keputusan yang mana kita boleh mengabungkannya dalam satu meta-analisis rangkaian membandingkan 21 rawatan yang berbeza. Kebanyakan peserta dalam kajian-kajian tersebut adalah orang yang lebih tua; Tiga daripada 39 kajian melibatkan peserta dengan kecederaan saraf tunjang.

Keputusan utama

Umumnya, kajian yang kami dapati tidak mempunyai banyak peserta dan keputusan sering tidak berkesimpulan. Masalah ini dibawa ke dalam meta-analisis rangkaian dan membuatkan penemuannya tidak jelas. Akibatnya, tidak jelas sama ada satu ubat topikal atau pembalut lebih baik daripada yang lain. Beberapa penemuan untuk perbandingan individu mungkin boleh dipercayai lebih sedikit. Pembalut protease-modulasi, pembalut buih atau salep kolagenase mungkin lebih baik dalam penyembuhan daripada kain kasa; tetapi bukti ini juga tidak cukup pasti untuk menjadi panduan yang mencukupi untuk pilihan rawatan.

Kepastian bukti

Kami menilai kepastian bukti adalah sangat rendah atau rendah. Langkah seterusnya adalah untuk melakukan lebih banyak penyelidikan berkualiti lebih baik untuk melihat pembatlu atau ejen-ejen topikal mana yang terbaik untuk menyembuhkan ulser tekanan.

Ringkasan bahasa biasa ini adalah terkini sehingga Julai 2016.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Yap Win Ner (Penang Medical College).Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi yapwinner94@gmail.com

Tools
Information
Share/Save