Penggunaan salbutamol (albuterol) dalam rawatan takipnea sementara di kalangan bayi yang baru lahir.

Soalan kajian: Adakah pengunaan salbutamol dapat mengurangkan tempoh terapi oksigen dan keperluan sokongan respiratori di kalangan bayi baru lahir yang mempunyai takipnea sementara?

Latar Belakang: Takipnea sementara (pernafasan luar-biasa pantas) di kalangan bayi yang baru lahir pada kadar pernafasan tinggi (lebih daripada 60 nafas seminit) serta tanda-tanda masalah pernafasan (kesukaran bernafas). Ia biasanya muncul dua jam pertama hayat bayi pada atau selepas usia kandungan 34 minggu dilahirkan. Walaupun kebanyakan takipnea sementara di kalangan bayi yang baru lahir boleh sembuh tanpa rawatan, ia dihubungkait dengan "wheezing syndromes" (ronkus) pada lewat zaman kanak-kanak. Idea di sebalik pengunaan salbutamol untuk merawat takipnea sementara di kalangan bayi yang baru lahir adalah berpandukan kepada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa ubat epinephrine (juga dikenali sebagai adrenalin) boleh meningkatkan kadar pembersihan rembesan di bahagian kaviti-kaviti kecil (alveoli) di dalam paru-paru. Ulasan ini melaporkan dan menganalisa secara kritikal bukti-bukti yang sedia ada mengenai keberkesanan pengunaan salbutamol di dalam rawatan takipnea sementara di kalangan bayi yang baru lahir.

Ciri-ciri kajian: Melalui carian kertas kajian perubatan yang lengkap sehingga Mac 2016, kami telah mengenal pasti dan melibatkan tiga kajian klinikal dengan 140 bayi yang baru lahir yang membandingkan salbutamol dengan plasebo. Dua kajian telah dinilai, sebuah kajian mengenai satu dos ubat nebulise (ubat yang diberikan melalui aerosol ataupun kabus halus) salbutamol dan satu lagi kajian yang menilai dua dos yang berbeza. Kami memasukkan satu kajian tambahan yang masih dijalankan.

Keputusan: Salbutamol mengurangkan tempoh rawatan menggunakan oksigen di kalangan bayi baru lahir dengan takipnea sementara (dilaporkan dalam satu kajian); sedangkan ia tidak menjejaskan keperluan untuk sokongan pernafasan atau apa-apa keputusan lain yang berkaitan.

Rumusan: Keputusan kajian semula sistematik ini adalah konsisten dengan kedua-dua manfaat dan kesan mudarat dan dengan itu tidak memberikan jawapan muktamad kepada soalan kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College) dan disunting oleh Gan Siew Hua (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save