Terapi surfaktan melalui krateter tipis pada bayi prematur dengan atau berisiko sindrom gangguan pernafasan

Soalan ulasan

Adakah pemberian surfaktan melalui teknik invasif minimum yang melibatkan penempatan krateter nipis di trakea bayi yang bernafas secara spontan berkesan dan selamat?

Latar belakang

Sindrom gangguan pernafasan (RDS) adalah penyebab penting penyakit dan kematian pada bayi prematur. Biasannya dirawat dengan ubat yang dikenali sebagai surfaktan, surfaktan ini diberikan. melalui tiub ( dipanggil tiub endotrakeal, atau ETT) ETT diletakkan di saluran udara (trakea). Walau bagaimanapun, lebih banyak bayi dengan RDS kini dirawat dari awal dengan sokongan pernafasan yang tidak invasif (melalui topeng) tanpa menggunakan ETT. Ini bermaksud bahawa kaedah pemberian surfaktan biasa tidak dapat dijalankan. Pada bayi seperti ini, terapi surfaktan memerlukan penempatan EET, dengan atau tanpa niat untuk mengeluarkan EET segera selepas prosedur. Surfaktan menambahkan hasil klinikal, tetapi kemasukan EET dan pengudaraan mekanikal (bantuan pernafasan) boleh menyebabkan kecederaan paru-paru. Ini boleh menyumbang kepada kejadian penyakit paru-paru kronik yang dikenali sebagai displasia bronkopulmonari (BPD) dan masalah lain. Alternatif untuk kemasukan EET telah diperkembangkan. Kaedah yang paling popular adalah penggunaan kateter yang nipis (tiub)yang dimasukkan sebentar kedalam saluran udara.

Ciri-ciri kajian

Kamii mencari pangkala data elektronik dan menemui 16 kajian rawak (18 penerbitan) yang memenuhi kriteria pemilihan kami. Percubaan ini melibatkan penghantaran surfaktan melalui kateter nipis. Bukti ini adalah terkini sehingga 30 september 2020.

Keputusan utama

Penghantaran surfaktan melalui kateter nipis kepada bayi prematur bernafas secara spontan berbanding dengan pemberian surfaktan melalui ETT dikaitkan dengan penurunan perkara berikut: risiko kematian atau BPD, keperluan pernafasan bantuan dalam 72 jam pertama selepas kelahiran, pendarahan otak yang teruk, kematian semasa rawatan di hospital pertama, dan BPD di kalangan mangsa yang terselamat. Kami tidak pasti sama ada campur tangan tersebut mempunyai kesan penting terhadap kebocoran udara yang memerlukan saliran kerana hasilnya tidak tepat. Tidak ada kajian yang melaporkan hasil kematian atau kelangsungan hidup dengan kecacatan. Prosedur ini mempunyai kadar kesan buruk yang sama dengan pemberian surfaktan melalui ETT. Data ini menunjukkan bahawa rawatan dengan surfaktan melalui kateter nipis lebih baik daripada terapi surfaktan melalui ETT. Penelitian yang dirancang dengan lebih teliti mengenai ukuran dan kekuatan yang mencukupi serta kajian berterusan, diperlukan untuk mengesahkan dan memperbaiki penemuan ini dan untuk menjelaskan sama ada terapi surfaktan melalui kateter tipis memberikan manfaat berbanding dengan kelanjutkan sokongan pernafasan tidak invasif tanpa surfaktan.

Kepastian bukti

Kebanyakkan kajian mempunyai kelemahan metodologi yang penting. Kami menggunakan pendekatan GRADE untuk menilai kualiti bukti. Kami menurunkan bukti menjadi ‘sederhana hingga rendah’. Kajian berkualiti lebih baik sangat diperlukan untuk menangani ketidakpastian dalam subkumpulan penting.

Nota terjemahan: 

Diterjermahkan oleh Nicole Fong Chui Jiet (RCSI & UCD Medical School) Disunting oleh Chan Mei Wai (RCSI &UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information