Penggunaan agen pemintassn untuk mencegah pendarahan pada orang dengan perencat hemofilia

Latar Belakang

Infusi agen-agen pemintasan, seperti 'recombinant activated FVII'(VIIa) dan 'plasma-derived activated prothrombin complex concentrate' (APCC), disarankan sebagai terapi alternatif untuk faktor VIII (hemofilia A) atau IX (hemofilia B) bagi individu yang tidak lagi bertindak balas pada rawatan ini kerana mereka membina perencat antibodi padanya. Matlamat utama rawatan adalah untuk mengekalkan fungsi sendi individu, jika tidak fungsi sendi akan dijejaskan oleh pendarahan yang berulang kali. Oleh demikian, kami menilai keberkesanan dan keselamatan agen pemintasan apabila digunakan untuk mencegah, berbanding semasa digunakan dalam merawat pendarahan. Kami juga membandingkan dos agen pemintasan yang berbeza semasa digunakan sebagai terapi pencegahan(profilaktik) pada lelaki dengan perencat hemofilia A atau B.

Tarikh carian

Bukti ini adalah terkini sehingga 12 Disember 2016.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari pangkalan data saintifik untuk kajian klinikal yang menilai kesan agen pemintasan pada lelaki dengan perencat hemofilia A atau B. Kami memasukkan empat kajian (tempoh 7 hingga 15 bulan), yang melibatkan 116 individu. Dua kajian membandingkan infusi profilaksis dan rawatan atas permintaan (rawatan yang diberikan hanya selepas pendarahan berlaku)dengan agen pemintasan dan dua kajian lagi membandingkan dos terapi pencegahan tinggi dan dos yang rendah.

Keputusan utama

Bukti terhad menunjukkan bahawa penggunaan profilaktik agen pemintasan dapat mengurangkan kejadian pendarahan, peristiwa pendarahan sendi dan bilangan sendi yang terlibat. Tiada bukti menunjukkan peningkatan kualiti hidup di kalangan mereka yang menerima profilaksis berbanding dengan mereka yang menerima terapi atas permintaan. Tiada bukti menunjukkan perbezaan dalam manfaat atau kemudaratan antara dos rFVIIa yang tinggi dan dos yang rendah untuk profilaksis.

Kualiti bukti

Kualiti keseluruhan bukti kajian ini adalah sederhana hingga rendah kerana kajian yang dimasukkan adalah kecil dan memberikan maklumat yang terhad. Selain itu, dalam satu kajian, sehingga 24% lelaki yang terlibat tidak dimasukkan dalam analisis hasil, ini selanjutnya meningkatkan ketidakpatuhan hasil kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Chan MW (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save