Manfaat dan kemudaratan program senaman bagi mereka dengan spondylitis ankylosing

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti terhadap manfaat dan kemudaratan program senaman untuk mereka yang menghidapi spondylitis ankylosing (AS).

Latar belakang

Program senaman sering disyorkan untuk mereka yang menghidap AS, untuk mengurangkan kesakitan, dan memperbaiki mobiliti atau fungsi sendi.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian rawak yang terkawal (RCT) sehingga Disember 2018. Kami mendapati 14 laporan (1579 peserta). Kajian telah dijalankan di sembilan buah negara yang berbeza. Kebanyakan peserta adalah lelaki, berumur 39 hingga 47 tahun, yang mempunyai simptom dari 9 hingga 18 tahun. Kebanyakannya, program ini termasuk latihan yang dibangunkan untuk meningkatkan kekuatan, fleksibiliti, regangan, dan pernafasan, dan ditambah kepada terapi dadah atau agen biologi.

Keputusan utama

Semua data diperolehi dengan serta-merta sebaik sahaja program latihan selesai.

Program senaman berbanding tiada intervensi

Senaman mungkin dalam kadar sedikit memperbaiki fungsi (bukti kualiti sederhana), mengurangkan aktiviti penyakit mengikut laporan pesakit dalam kadar sedikit (bukti kualiti sederhana), dan boleh mengurangkan kesakitan (bukti kualiti rendah). Kami tidak dapat memastikan kesan ke atas mobiliti tulang belakang dan kelesuan (bukti kualiti yang sangat rendah).

Fungsi fizikal diukur pada soal selidik pelaporan kendiri, skala Bath Ankylosing Spondylitis Functional Index (BASFI) (0 hingga 10; nilaian lebih rendah bermakna fungsi yang lebih baik). Orang yang tidak menjalankan senaman menilai fungsi mereka pada 4.1 mata; mereka yang bersenam menilainya 1.3 mata lebih rendah (13% peningkatan mutlak).

Kesakitan diukur pada skala analog visual (VAS, 0 hingga 10; nilaian lebih rendah bermakna kesakitan yang lebih rendah). Orang yang tidak menjalani senaman menilai fungsi mereka pada 6.2 mata; mereka yang bersenam menilainya 2.1 mata lebih rendah (21% peningkatan mutlak).

Penilaian global pesakit keatas aktiviti penyakit diukur melalui soal selidik pelaporan kendiri, Bath Ankylosing Spondylitis Disease Activity Index (BASDAI, 0 hingga 10, nilaian lebih rendah bermakna kadar aktiviti penyakit yang lebih rendah). Orang yang tidak menjalani senaman menilai fungsi mereka pada 3.7 mata; mereka yang bersenam menilainya 0.9 mata lebih rendah (9% peningkatan mutlak).

Fungsi fizikal diukur pada soal selidik pelaporan kendiri, skala Bath Ankylosing Spondylitis Functional Index (BASFI) (0 hingga 10; nilaian lebih rendah bermakna fungsi yang lebih baik). Orang yang tidak menjalani senaman menilai fungsi mereka pada 3.8 mata; mereka yang bersenam menilainya 0.7 mata lebih rendah (7% peningkatan mutlak).

Kelesuan diukur dengan VAS (0 hingga 10, nilaian lebih rendah bermakna kelesuan yang lebih rendah). Orang yang tidak menjalani senaman menilai fungsi mereka pada 3 mata; mereka yang bersenam menilainya 1.4 mata lebih rendah (14% peningkatan mutlak).

Program senaman berbanding penjagaan biasa

Senaman mungkin memberi kesan sedikit atau tiada peningkatan fungsi atau pengurangan kesakitan (bukti kualiti sederhana), dan mungkin memberikan kesan yang sedikit atau tiada kesan dalam pengurangan aktiviti penyakit yang dilaporkan pesakit (bukti kualiti rendah). Kami tidak dapat memastikan kesan ke atas mobiliti tulang belakang (bukti kualiti yang sangat rendah).

Fungsi fizikal. Orang yang menerima penjagaan biasa menilai fungsi mereka pada 3.7 mata pada BASFI; mereka yang telah menjalankan senaman menilai 0.4 mata lebih rendah (4% penambahbaikan mutlak).

Sakit. Orang yang menerima penjagaan biasa menilai kesakitan mereka pada 3.7 mata pada 10 mata VAS; mereka yang bersenam menilainya 0.5 mata lebih rendah (5% penambahbaikan mutlak).

Penilaian pesakit global aktiviti penyakit. Orang yang menerima penjagaan biasa menilai aktiviti penyakit mereka di 3.7 mata pada BASDAI; mereka yang bersenam menilainya 0.7 mata lebih rendah (7% penambahbaikan mutlak).

Mobiliti tulang belakang. Orang yang menerima penjagaan biasa menilai mobiliti tulang belakang mereka pada 8.9 mata pada BASMI; mereka yang bersenam menilainya 1.2 mata lebih rendah (12% penambahbaikan mutlak).

Tiada kajian yang mengukur kelesuan.

Kesan buruk (AE)

Salah satu daripada 67 peserta dalam kumpulan latihan senaman, dan tiada seorang dari 43 peserta dalam kumpulan kawalan, mengalami AE.

Kualiti bukti

Kami mengurangkan bukti disebabkan isu reka bentuk kajian, variasi antara intervensi, dan data tidak mencukupi, menghasilkan penarafan sederhana kepada bukti berkualiti rendah merentasi dapatan kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi linoby@uitm.edu.my. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information
Share/Save