Adakah penyusuan susu ibu mengurangkan kesakitan vaksinasi pada bayi yang berumur 1 hingga 12 bulan?

Pokoknya

Kami mendapati penyusuan susu ibu sebelum dan semasa suntikan vaksinasi membantu mengurangkan kesakitan di kebanyakan bayi sehingga umur satu tahun.

Latar belakang

Jarum digunakan untuk vaksinasi awal kanak-kanak dan penjagaan perubatan semasa penyakit zaman kanak-kanak. Ini adalah penting, tetapi menyakitkan. Suntikan menyebabkan kesusahan untuk bayi dan sering ibu bapa / penjaga mereka, dan boleh menyebabkan kebimbangan masa depan dan ketakutan mengenai jarum. Penyusuan susu ibu semasa kajian darah pada bayi yang baru lahir mengurangkan kesakitan. Menyusukan susu ibu bila masa dan boleh dilaksanakan juga boleh membantu untuk menenangkan bayi dan mengurangkan kesakitan mereka dari masa baru lahir dan di seluruh peringkat awal.

Ciri ciri kajian

Pada Februari 2016 kami mencari kesusasteraan perubatan untuk kajian yang memeriksa keberkesanan bayi menyusu susu ibu 1 hingga 12 bulan semasa penggunaan jarum. Kami membandingkan keberkesanan penyusuan susu ibu dalam mengurangkan kesakitan (seperti yang dinilai oleh masa menangis dan skor kesakitan), untuk memegang, bayi berbaring rata, atau pemberian air atau cecair manis. Kami mendapati 10 kajian dengan sejumlah 1066 bayi. Semua kajian memeriksa samada penyusuan susu ibu mengurangkan kesakitan semasa vaksin.

Keputusan utama

Penyusuan susu ibu mengurangkan tangisan bayi yang mendapat vaksinasi. Secara purata, bayi yang menyusukan susu ibu menangis selama 38 saat kurang daripada bayi yang tidak diberi susu ibu (6 kajian; 547 bayi; bukti sederhana yang berkualiti), dan skor kesakitan adalah jauh lebih rendah (5 kajian; 310 bayi; bukti sederhana kualiti).

Tiada kajian melaporkan sebarang bahaya (bukti kualiti yang sangat rendah). Kita tidak boleh membuat kesimpulan keatas risiko bahaya ketika menyusukan bayi yang sihat semasa suntikan.

Melangkah ke hadapan: jika ibu-ibu yang menyusukan bayi, ia boleh dianggap bila-bila masa boleh untuk bayi semasa vaksinasi. Lebih banyak bukti diperlukan untuk belajar samada penyusuan susu ibu membantu bayi lebih tua dan bayi di hospital semasa mengambil darah atau prosedur seperti memasukkan drip.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah sederhana untuk jangkamasa menangis dan skor kesakitan. Kebanyakan kajian melibatkan bayi yang lebih muda yang berumur 1 hingga 6 bulan. Kajian lanjut yang melibatkan bayi yang lebih tua sehingga umur 12 bulan boleh berubah kesimpulan kami. Di samping itu, kajian-kajian menilai kesan penyusuan susu ibu semasa suntikan. Kita tidak tahu sama ada penyusuan susu ibu membantu bayi yang sakit yang berumur 1 hingga 12 bulan di hospital semasa persampelan darah atau titisan intrevena.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd,JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my

Tools
Information