Videolaringoskopi untuk memandu kemasukan tiub pernafasan bagi pesakit surgikal dewasa

Latar belakang

Pesakit yang memerlukan anestesia umum perlu bantuan pernafasan semasa pembedahan. Untuk memberi bantuan ini, pakar bius mungkin akan memasukkan tiub melalui mulut atau hidung sehingga ke trakea (salur udara) ke dalam paru-paru. Untuk prosedur ini, yang dikenali sebagai intubasi trakea, pakar anestesia biasanya mengunakan alat logam yang dipanggil laringoskop untuk mengalihkan lidah dan tisu-tisu lembut dalam mulut supaya mereka dapat melihat terus pita suara sebelum melakukan intubasi. Walau bagaimanapun, melihat pita suara mungkin sukar, misalnya apabila pesakit mempunyai pergerakan leher yang terhad, dan sebarang kesukaran semasa intubasi boleh mengakibatkan komplikasi bagi pesakit. Laringoskop-laringoskop lain, dipanggil videolaringoskop, menggunakan teknologi video dan mungkin dapat menambahbaik penglihatan pakar anestesia sebelum intubasi. Teknologi ini membolehkan pakar anestesia melihat posisi tiub pada skrin video semasa ia dimasukkan. Ulasan ini bertujuan untuk menilai samada videolaringoskop dapat mengurangkan risiko komplikasi dan kegagalan intubasi.

Ciri-ciri kajian

Bukti adalah terkini sehingga 10 Februari 2015 Kami mendapati 64 kajian yang melibatkan 6895 peserta. Kajian-kajian tersebut membandingkan pakar-pakar anestesia yang mengguna pelbagai kaedah videolaringoskop berbanding pakar anestesia yang menggunakan laringoskop Macintosh standard tanpa ciri video. Kami mengulangi carian pada 12 Januari 2016 dan akan mengkaji kajian-kajian ini apabila kami mengemaskini ulasan.

Keputusan-keputusan utama

Kami menggabungkan keputusan kajian menggunakan ujian statistik dan mendapati kegagalan intubasi adalah lebih rendah bagi intubasi yang memerlukan penggunaan alat alternatif apabila videolaringoskop digunakan ke atas pesakit, termasuk mereka dengan laluan udara yang sukar berbanding apabila laringoskop standard digunakan. Peserta-peserta juga kurang cenderung untuk mengalami kecederaan kecil pada mulut/kerongkong atau mengalami kegarauan selepas surgeri. Pakar-pakar anestetik mempunyai penglihatan yang lebih baik sebelum intubasi dan mendapati videolaringoskop lebih mudah digunakan berbanding laringoskop standard. Para penyelidik melaporkan bahawa tidak ada perbezaan dalam bilangan peserta dewasa yang mengalami sakit tekak dan juga tidak ada perbezaan dalam bilangan cubaan pertama yang berjaya atau bilangan cubaan keseluruhan. Kami tidak dapat menggabungkan data untuk membandingkan kajian-kajian secara statistik bagi masa yang diambil untuk menggunakan videolaringoskop kerana perbezaan dalam sukatan masa. Kami mengenalpasti 38 kajian yang mungkin dimasukkan dan akan menilai kajian-kajian ini semasa semakan ulasan.

Kualiti bukti

Walaupun kami mengenalpasti kadeah-kaedah yang baik dalam sesetengah kajian-kajian, adalah mustahil bagi penyelidik-penyelidik untuk merahsiakan pakar anestetik kepada jenis laringoskop yang digunakan, dan kami percaya ini memberi kesan kepada kualiti bukti menyokong kedua-dua jenis laringoskop.

Kesimpulan

Bukti mencadangkan bahawa videolaringoskop mungkin menambahbaik kejayaan intubasi trakea, terutamanya apabila pesakit mempunyai laluan udara yang sukar.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi hairulnizam@usm.my

Tools
Information
Share/Save