Strategi yang digunakan untuk memberhentikan aliran tinggi udara lembap melalui kanula hidung (HHFNC) pada bayi pramatang

Latar belakang: High flow nasal cannula (HFNC) atau aliran tinggi udara lembap melalui kanula hidung adalah sejenis sokongan pernafasan untuk rawatan bayi pramatang Risiko potensi HHFNC merangkumi kecederaan kepada hidung dan kebocoran udara dari paru-paru. Bayi-bayi dengan HHFNC memerlukan lebih jagaan kejururawatan dan kegunaan peralatan tambahan (apabila dibandingkan dengan tiada sebarang sokongan) Bagaimanapun, potensi komplikasi selepas mengeluarkan HHFNC terlalu awal dari bayi-bayi merangkumi peningkatan episod lupa untuk bernafas, peningkatan keperluan oksigen, peningkatan keupayaan bernafas, keperluan untuk memulakan HHFNC semula dan keperluan untuk menggunakan tiub pernafasan dengan ventilasi mekanikal. Mana-mana komplikasi ini dilihat sebagai 'kegagalan' dan berpotensi menyebabkan stres kepada staf dan keluarga. Cara terbaik untuk mengeluarkan HHFNC apabila ia telah dimulakan tidak diketahui. Pilihan termasuk berhenti begitu sahaja, menurunkan aliran secara perlahan-lahan, menambahkan masa menghentikan HHFNC setiap hari atau kombinasi kedua-duanya.

Soalan kajian: Apakah faedah-faedah dan risiko-risiko strategi yang berbeza pemberhentian HHFNC pada bayi pramatang yang stabil dan mungkin telah bersedia untuk penarikan HHFNC?

Ciri-ciri kajian dan keputusan utama:Penyelidik-penyelidik dari Cochrane telah mencari kesemua kesusasteraan sehingga 30 Mac 2015. Kami tidak mengenal pasti sebarang kajian yang meninjau strategi terbaik untuk menurunkan dengan perlahan atau menarik balik HHFNC selepas memulakan sokongan pernafasan pada bayi pramatang untuk dimasukkan dalam ulasan Cochrane ini.

Kesimpulan: Strategi terbaik untuk menurunkan dengan perlahan, atau menarik balik, atau kedua-duanya, untuk HHFNC yang digunakan sebagai satu bentuk sokongan pernafasan pada bayi pramatang masih tidak jelas. Kajian dikehendaki menjawab soalan-soalan ini. Kriteria yang jelas diperlukan untuk wujudkan definisi stabiliti sebelum percubaan untuk menarik balik HHFNC dan kegagalan menarik balik/menurunkan HHFNC dengan perlahan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my

Tools
Information