Apakah isunya?
Kecederaan buah pinggang akut (AKI) adalah lazim di kalangan pesakit yang dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU); ianya berkaitan dengan kadar kematian yang tinggi dan dicirikan oleh kehilangan fungsi buah pinggang yang sangat cepat. Penghidap AKI menunjukkan peningkatan tahap toksin uremia dalam serum (kreatinin dan urea), serum potasium dan asid metabolik, pengumpulan air dan dalam kebanyakan kes pengurangan pengeluaran air kencing. Dalam populasi ini, lebihan beban bahan-bahan kimia dan cecair adalah berkait dengan peningkatan kadar kematian. Secara teorinya, kumuhan awal toksin dan air yang berlebihan daripada pengaliran darah mungkin menambahbaik kesan ke atas pesakit (seperti kadar kematian dan pemulihan fungsi buah pinggang).
Terapi penggantian renal (RRT) merupakan satu teknik penulenan darah yang membolehkan air dan toksin yang berlebihan dikumuhkan. RRT melibatkan darah dialihkan daripada pesakit melalui kateter (tiub berlubang, fleksibel yang diletakkan ke dalam vena) menerusi sistem penapis yang mengeluarkan air yang berlebihan dan toksin; darah yang telah ditulenkan kemudiannya dikembalikan kepada pesakit melalui kateter. Permulaan RRT yang awal menambahbaik pembuangan toksin dan air yang berlebihan. Ulasan ini bertujuan untuk mengkaji kesan masa permulaan RRT yang berbeza (awal atau standard) ke atas kematian, pemulihan fungsi buah pinggang, dan kesan-kesan yang tidak diingini dalam penghidap AKI yang tenat.
Apa yang kami lakukan?
Kami mencari literasi sehingga Ogos 2018 dan mengenalpasti lima kajian yang mendaftarkan 1084 pesakit yang tenat dengan AKI yang telah dinilai dalam ulasan ini.
Apakah yang kami temui?
Lima kajian yang rawak yang mendaftarkan 1084 peserta telah dimasukkan ke dalam ulasan kami. Berbanding standard, permulaan awal RRT mungkin mengurangkan risiko kematian, mungkin meningkatkan pemulihan fungsi buah pinggang, atau menambah risiko kejadian-kejadian yang tidak diingini dalam pesakit yang mempunyai AKI dalam unit jagaan rapi. Bagaimanapun dalam kematian, permulaan awal RRT menunjukkan berbagai kelebihan termasuk manfaat (pengurangan kematian), juga bahaya (peningkatan kematian).
Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi salwah@usm.my