Gabapentin atau pregabalin untuk mencegah serangan migrain pada orang dewasa

Pelbagai ubat, yang secara kolektif disebut 'antiepileptik', digunakan untuk merawat epilepsi. Selama beberapa tahun, beberapa ubat ini juga telah digunakan untuk mencegah serangan migrain. Untuk ulasan ini, para penyelidik dalam Kolaborasi Cochrane mengulas bukti tentang gabapentin dan dua ubat yang berkaitan (pregabalin dan gabapentin enacarbil) pada pesakit dewasa ( usia ≥ 16 tahun) dengan migrain 'episodik' (sakit kepala pada <15 hari setiap bulan). Mereka meneliti penyelidikan yang diterbitkan sehingga 15 Januari 2013, bersama dengan tiga laporan penyelidikan syarikat ubat yang tidak diterbitkan dan dirahsiakan sebelum ini, dan mendapati enam kajian yang berkaitan, lima mengenai gabapentin dan salah satu gabapentin enacarbil, kedua-duanya melebihi jangkauan dos yang luas. Kajian menunjukkan bahawa gabapentin mahupun gabapentin enacarbil tidak lebih berkesan daripada plasebo untuk mengurangkan kekerapan sakit kepala migrain. Gabapentin biasanya menyebabkan kesan sampingan, terutama pening dan somnolence (mengantuk). Tiada kajian atas pregabalin yang dikenal pasti, dan kajian mengenai ubat ini adalah diingini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information