Terapi herba topikal untuk merawat osteoartritis

Ringkasan ulasan Cochrane ini mengemukakan apa yang kita ketahui daripada penyelidikan tentang kesan-kesan terapi herba yang diaplikasi pada kulit dalam kalangan pesakit dengan osteoartritis.

Ulasan menunjukkan dalam kalangan pesakit dengan osteoartritis:

Gel Arnica mungkin memperbaiki sakit dan fungsi sama seperti ubat-ubatan anti-radang bukan steroid;

Gel ekstrak Capsicum mungkin tidak memperbaiki sakit atau fungsi lebih dari plasebo;

Gel ekstrak Comfrey mungkin memperbaiki sakit lebih dari plasebo;

Tampalan herba Cina mungkin memperbaiki sakit dan fungsi lebih dari plasebo.

Terapi herba boleh menyebabkan kesan sampingan; walau bagaimanapun kami tidak mempunyai maklumat tepat tentang kesan sampingan dan komplikasi. Hal ini benar terutama bagi kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku.Kesan-kesan sampingan yang mungkin termasuklah kerengsaan kulit.

Apakah osteoartritis dan apakah terapi herba?

Osteoartritis (OA) adalah penyakit sendi (biasanya lutut, pinggang, tangan). Apabila sendi kehilangan rawan, tulang akan menumbuh untuk cuba membaiki kerosakan. Keadaaan tidak menjadi lebih baik, sebaliknya tulang menumbuh secara abnormal dan keadaan menjadi lebih buruk. Misalnya, tulang boleh tercacat bentuk dan membuat sendi lebih sakit dan menghadkan pergerakan. OA boleh mempengaruhi fungsi fizikal anda, khususnya keupayaan untuk menggunakan sendi anda.

Ubat-ubatan herba ditakrifkan sebagai produk ubat-ubatan siap dan dilabel mengandungi bahan-bahan aktif bahagian tumbuhan aerial atau bawah tanah, bahan tumbuhan lain, atau kombinasinya, sama ada dalam bentuk mentah atau persediaan (contohnya minyak, tinktur).

Anggaran terbaik tentang aplikasi gel 1 ekstrak 1 Arnica dalam kalangan pesakit osteoartritis:

Gel Arnica dibanding dengan ibuprofen (anti-radang bukan steroid).

Sakit(skor lebih tinggi bermakna lebih teruk sakit): orang-orang yang mengaplikasi Arnica menilai sakit 3.8 mata lebih rendah (10.1 mata lebih rendah hingga 2.5 mata lebih tinggi) daripada mereka yang mengaplikasi ibuprofen. Selepas 3 minggu rawatan, orang-orang yang mengaplikasi Arnica menilai sakit 40.4 dan orang-orang yang mengaplikasi ibuprofen menilai sakit 44.2 pada skala 0 hingga 100.

Fungsi fizikal (skor lebih rendah bermakna fungsi lebih baik): orang-orang yang mengaplikasi Arnica menilai fungsi fizikal 0.4 mata lebih rendah (1.75 mata lebih rendah hingga 0.95 mata lebih tinggi) daripada orang yang mengaplikasi ibuprofen. Selepas 3 minggu rawatan, orang-orang yang mengaplikasi Arnica menilai fungsi fizikal 7.1 dalam skala 0 hingga 30, dan orang-orang yang mengaplikasi ibuprofen menilai fungsi fizikal 7.5.

Kesan-kesan sampingan: sebahagian besar orang yang mengaplikasi Arnica melaporkan kesan sampingan berbanding orang yang mengaplikasi ibuprofen. Empat belas daripada 105 orang melaporkan kesan sampingan dengan Arnica, dan 8 daripada 99 orang melaporkan kesan sampingan dengan ibuprofen.

Anggaran terbaik tentang aplikasi gel 1 ekstrak 1Capsicum dalam kalangan pesakit osteoartritis

Gel ekstrak Capsicum dibanding dengan plasebo.

Sakit (skor lebih tinggi bermakna sakit lebih teruk): orang yang mengaplikasi gel ekstrak Capsicum menilai sakit 1.0 mata lebih rendah (6.76 mata lebih rendah hingga 4.76 mata lebih tinggi) daripada orang yang mengaplikasi plasebo. Selepas 4 minggu rawatan, orang yang mengaplikasi Capsicum menilai sakit 44.6, dan orang yang mengaplikasi plasebo menilai sakit 45.6 pada skala 0 hingga 100.

Fungsi fizikal (skor lebih rendah bermakna fungsi lebih baik): orang-orang yang mengaplikasi Capsicum menilai fungsi fizikal 2.64 mata lebih rendah (9.51 mata lebih rendah hingga 4.23 mata lebih tinggi) pada skala 0 hingga 96 mata berbanding orang yang mengaplikasi plasebo. Selepas 4 minggu rawatan, orang yang mengaplikasi Capsicum menilai fungsi fizikal 32.15 pada skala 0 hingga 96, dan orang yang mengaplikasi ibuprofen menilai fungsi fizikal 34.79.

Kesan-kesan sampingan: lebih peristiwa buruk dilaporkan dalam kalangan orang yang mengaplikasi Capsicum berbanding mereka yang mengaplikasi plasebo. Daripada 338 peristiwa buruk yang dilaporkan, 272 berlaku dalam kalangan orang yang mengaplikasi Capsicum dan 66 berlaku dalam kalangan orang yang mengaplikasi plasebo.

Anggaran terbaik dalam kalangan pesakit-pesakit osteoartritis yang mengaplikasi krim ekstrak Comfrey

Krim ekstrak comfrey dibanding dengan plasebo.

Sakit (skor yang lebih tinggi bermakna sakit lebih teruk): orang-orang yang mengaplikasi comfrey menilai saki 16.3 mata lebih rendah (20.08 hingga 12.58 mata lebih rendah) berbanding orang yang mengaplikasi plasebo. Selepas 3 minggu rawatan, orang yang mengaplikasi comfrey menilai sakit 20.9 mata lebih rendah dari garis dasar, dan orang yang mengaplikasi plasebo menilai sakit lebih rendah 4.6 mata dari garis dasar pada skala 0 hingga100.

Kesan-kesan sampingan: sebahagian kecil orang yang mengaplikasi comfrey melaporkan kesan sampingan berbanding mereka yang mengaplikasi plasebo. Tujuh daripada 110 orang melaporkan kesan sampingan dengan comfrey, dan 15 daripada 110 orang melaporkan kesan sampingan dengan plasebo.

Tampalan ubat herba Cina

Tampalan adhesif mengandungi campuran herba Cina FNZG dan SJG dibanding dengan plasebo. Kami tidak pasti sama ada tampalan herba Cina mempengaruhi osteoartritis kerana intervensi ini diuji selama tujuh hari sahaja.

Sakit (skor lebih tinggi bermakna sakit lebih teruk): orang yang mengaplikasi FNZG menilai sakit 1.44 mata lebih rendah (9.28 mata lebih rendah hingga 6.40 mata lebih tinggi) dan orang yang mengaplikasi SJG menilai sakit 1.08 mata lebih rendah (6.28 mata lebih rendah hingga 8.40 mata lebih tinggi)berbanding orang yang mengaplikasi plasebo. Orang yang mengaplikasi FNZG menilai sakit lebih rendah sebanyak 19.20 mata dari garis dasar, orang yang mengaplikasi SJG menilai sakit lebih rendah 16.04 mata daripada dasar dan orang yang mengaplikasi plasebo menilai sakit lebih rendah 17.68 mata dari garis dasar pada skala 0 hingga 100.

Fungsi fizikal (skor lebih rendah bermakna fungsi lebih baik): orang yang mengaplikasi FNZG menilai fungsi 2.61 mata lebih rendah (9.50 mata lebih rendah hingga 4.28 mata lebih tinggi) dan orang yang mengaplikasi SJG menilai fungsi 2.97 mata lebih rendah (9.60 mata lebih rendah hingga 3.66 mata lebih tinggi) daripada orang yang mengaplikasi plasebo. Orang yang mengaplikasi FNZG menilai fungsi fizikal lebih rendah (lebih baik) dengan 5.04 mata dari garis dasar, orang-orang yang mengaplikasi SJG menilai fungsi fizikal lebih rendah (lebih baik) dengan 6.71 mata dari garis dasar, dan orang yang mengaplikasi plasebo menilai fungsi fizikal lebih rendah (lebih baik) dengan mata 6.10 dari dasar pada skala dari 0 hingga 96.

Kesan-kesan sampingan: sebahagian besar daripada orang yang mengaplikasi tampalan herba melaporkan kesan sampingan lebih berbanding orang yang mengaplikasi tampalan plasebo. Lima dari 60 orang melaporkan kesan sampingan dengan FNZG, 4 dari 60 orang melaporkan kesan sampingan dengan SJG dan 0 daripada 30 orang melaporkan kesan sampingan dengan plasebo.

Produk-produk topikal lain

Kami tidak pasti sama ada produk-produk topikal herba lain mempengaruhi sakit osteoartritis dan fungsi kerana bukti sedia ada daripada kajian-kajian tersebut adalah berkualiti rendah hingga sangat rendah. Tampalan FNZG dibandingkan dengan tampalan SJG. Mampatan Marhame-Mafasel dibanding dengan plasebo. Daun jelatang menyengat dibanding dengan dua plasebo dalam dua kajian berbeza yang melibatkan pesakit dengan osteoarthritis ibu jari dan lutut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save