Intervensi gaya hidup untuk merawat serangan gout akut

Ringkasan ulasan Cochrane ini membentangkan apa yang kami tahu daripada penyelidikan mengenai kesan perubahan gaya hidup dalam rawatan penghidap gout akut. Terdapat satu kajian termasuk dalam ulasan ini, yang melihat manfaat dan keselamatan penambahan terapi ais topikal kepada ubat-ubatan yang biasa digunakan untuk merawat gout akut (prednisolone dan colchicine). Dalam tempoh seminggu, selain daripada prednisolone dan colchicine, ais telah digunakan pada kulit di sekeliling sendi yang terjejas oleh gout akut untuk setengah jam, empat kali setiap hari. Ini adalah untuk melegakan gejala-gejala kesakitan, kehangatan dan untuk mengurangkan tanda-tanda kemerahan dan bengkak.

Ulasan ini menunjukkan bahawa dalam orang yang mengalami gout akut:

Kami tidak pasti sama ada pengurangan dalam kesakitan yang dilihat dengan penambahan ais topikal dengan rawatan standard prednisolone dan colchicine, berbanding prednisolone dan colchicine sahaja, adalah berkesan kerana kualiti bukti yang sangat rendah.

Fungsi sendi, kualiti kesihatan yang berkaitan dengan kesihatan, penilaian global pesakit dan komplikasi tidak dilaporkan.

Kami tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang kesan sampingan dan komplikasi. Ais topikal mungkin ialah satu intervensi yang selamat.

Apakah gout dan apakah intervensi gaya hidup?

Gout adalah penyebab radang sendi yang amat sakit (arthritis) dan ia disebabkan oleh kristal uric acid yang membentuk sama ada di dalam atau di sekitar sendi. Keradangan ini boleh menyebabkan rasa sakit, kemerahan dan bengkak pada sendi terjejas dan ini menyebabkan kawasan yang dilibati sukar untuk menyentuh atau bergerak. Antara sebab-sebab mengapa orang mengalami gout meliputi faktor genetik, berat badan berlebihan, pengambilan ubat-ubatan tertentu (e.g. cyclosporine), mempunyai fungsi buah pinggang yang terjejas dan gaya hidup seperti minum alkohol dan minuman bergula secara berlebihan.

Walaupun ubat-ubatan adalah aspek yang paling utama dalam rawatan gout akut. Hubungan antara risiko-risiko gaya hidup tertentu dan gout telah diperhatikan. Oleh itu, perubahan gaya hidup seperti meningkatkan pengambilan air, kopi, bahan tenusu dan jus ceri, mengurangkan minuman manis, alkohol, daging dan makanan laut biasanya disyorkan untuk mecegah serangan gout.

Anggaran terbaik tentang apa yang berlaku kepada orang yang mempunyai gout akut apabila menggunakan ais dengan ubat-ubatan:

Kesakitan sendi (skor yang lebih rendah bermakna kurang sakit)

Orang yang menggunakan ais topikal (untuk setengah jam, empat kali setiap hari selama satu minggu) sebagai tambahan kepada rawatan perubatan (prednisolone oral dan colchicine) memberi nilai kesakitan mereka 3.33 mata lebih rendah pada skala kesakitan 0 hingga 10 (33% peningkatan mutlak).
-Orang yang menggunakan ais topikal sebagai tambahan kepada rawatan perubatan (prednisolone dan colchicine) memberi nilai kesakitan mereka 2.25 mata pada skala kesakitan 0 hingga 10.
- Mereka yang hanya menggunakan rawatan perubatan menilai kesakitan mereka sebagai 5.58 pada skala kesakitan 0 hingga 10.

- Tiga orang perlu dirawat dengan ais topikal supaya satu orang mendapat manfaat melegakan kesakitan.

Kesan sampingan

Kesan-kesan sampingan atau komplikasi dengan menggunakan ais topikal sebagai tambahan kepada terapi perubatan tidak dilaporkan dalam kajian ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save