Manfaat dan kesan sampingan tambahan pembedahan kepada kemoradioterapi untuk rawatan kanser esofagus yang boleh dibuang secara pembedahan

Soalan ulasan

Adakah penambahan pembedahan kepada kemoradioterapi, menambahbaik survival dalam kalangan orang dengan kanser esofagus yang boleh diresek (kanser yang boleh dibuang dengan pembedahan)?

Latar belakang

Kanser esofagus (tiub berotot dari mulut melalui tekak ke perut) adalah satu keadaan maut. Ia biasanya dirawat dengan pembedahan, radioterapi, kemoterapi, atau gabungannya. Adalah tidak jelas jika penambahan pembedahan selepas kemoradioterapi (kemoterapi ditambah radiasi) menambah sebarang manfaat bagi orang dengan kanser esofagus.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan dua kajian rawak, dalam enam terbitan laporan melibatkan 431 peserta dengan kanser esofagus lanjutan setempat. Kami mencari pangkalan data biomedikal, pendaftaran kajian klinikal, prosiding persidangan, dan senarai rujukan sehingga 7 Februari 2017 untuk kajian-kajian.

Kualiti bukti

Julat kualiti bukti adalah di antara sangat rendah hingga tinggi, bergantung kepada hasil yang dinilai, kerana kajian-kajian adalah kecil dan tidak jelas dan berisiko bias tinggi (ralat sistematik atau sisihan dari sebenar yang mempengaruhi keputusan, memihak kepada satu rawatan ke atas yang lain).

Keputusan utama

Kami mendapati bukti bahawa penambahan pembedahan mengurangkan risiko kanser berulang di tapak utama, tetapi tidak dapat menambahbaik survival keseluruhan. Tambahan juga, terdapat lebih banyak kematian yang berkaitan dengan rawatan dalam kumpulan peserta yang menjalani pembedahan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information