Pembalut alginat untuk ulser vena kaki

Ulser vena kaki adalah luka yang kronik dan kompleks yang biasa berlaku dan berlaku secara berulangan dan ia boleh menyebabkan pesakit berasa tertekan dan juga mengenakan kos yang tinggi kepada pengamal penjagaan kesihatan. Terapi mampatan, dalam bentuk pembalut atau stoking, dianggap sebagai asas rawatan ulser vena kaki Pembalut luka digunakan di bawah pembalut mampatan atau stoking dengan tujuan melindungi luka dan menyediakan persekitaran yang lembap untuk membantu penyembuhan luka. Pembalut alginat mengandungi bahan-bahan yang diperolehi daripada rumpai laut dan merupakan salah satu pembalut luka yang sedia ada. Kami telah menilai bukti daripada lima kajian rawak terkawal yang membandingkan jenama pembalut alginat yang berlainan atau membandingkan pembalut alginat dengan pembalut luka yang lain. Dari segi penyembuhan luka, kami mendapati bahawa tiada bukti yang baik untuk menunjukkan bahawa adanya perbezaan antara jenama pembalut alginat yang berlainan atau antara pembalut alginat dan pembalut hidrokolloid atau pembalut tidak lekat yang biasa. Peristiwa buruk yang berlaku adalah secara amnya sama antara kumpulan rawatan yang lain (tetapi tidak dinilai antara pembalut alginat dan pembalut tidak lekat yang biasa) Secara keseluruhannya, bukti semasa berkualiti rendah. Bukti yang berkualiti tinggi yang lebih diperlukan sebelum kesimpulan muktamad boleh dibuat tentang penggunaan pembalut alginat dalam rawatan ulser vena kaki.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Sharon Chang (Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan, berkaitan terjemahan ini sila hubungi m.w.chang@hotmail.com

Tools
Information