Strategi pengurusan bersepadu penyakit zaman kanak-kanak (IMCI) untuk kanak-kanak di bawah lima tahun

Apakah matlamat ulasan ini?

Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk menilai kesan-kesan program yang menggunakan pengurusan bersepadu Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk strategi penyakit dikalangan kanak-kanak (Integrated management of childhood illness) (IMCI) .Penyelidik Cochrane telah mencari semua kajian yang relevan dan mendapati empat kajian yang memenuhi kriteria ulasan.

Keputusan utama

Ulasan ini menunjukkan bahawa penggunaan strategi Pertubuhan Kesihatan Sedunia IMCI boleh mengurangkan kematian dalam kalangan kanak-kanak dari masa lahir hingga lima tahun. Kesan-kesan IMCI pada isu-isu lain, seperti sakit atau kualiti penjagaan, dicampur-campur, dan beberapa bukti ini adalah kurang pasti. Pada masa akan datang, para penyelidik perlu meneroka bagaimana menyampaikan strategi IMCI yang terbaik.

Apa yang dikaji dalam ulasan?

Lebih dari 7.5 juta kanak-kanak di seluruh dunia meninggal dunia setiap tahun sebelum mencapai umur lima tahun. Sebahagian besar dari masyarakat miskin dan tinggal di negara-negara miskin. Kanak-kanak ini berkemungkinan tinggi berbanding orang-orang lain untuk mengalami kekurangan zat makanan dan jangkitan seperti sepsis neonatal, campak, cirit-birit, malaria, dan radang paru-paru.

Strategi yang berkesan untuk mencegah dan merawat kanak-kanak yang sakit boleh didapati tetapi tidak sampai kepada mereka. Salah satu sebab untuk ini adalah perkhidmatan penjagaan kesihatan terlalu jauh atau terlalu mahal. Kemudahan kesihatan di persekitaran ini sering kekurangan bekalan dan pekerja penjagaan kesihatan yang terlatih. Di samping itu, kanak-kanak yang sakit mungkin mempunyai beberapa masalah kesihatan pada masa yang sama, dan ini boleh membuat diagnosis dan rawatan sukar bagi pekerja penjagaan kesihatan.

Pada akhir 1990, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membangunkan strategi yang dipanggil pengurusan bersepadu penyakit zaman kanak-kanak (IMCI) untuk menangani masalah-masalah ini. Strategi ini bertujuan untuk mengelakkan kematian dan penyakit di samping meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak yang sakit sehingga usia lima tahun. Ia terdiri daripada tiga bahagian.

• Meningkatkan kemahiran pekerja penjagaan kesihatan dengan menyediakan latihan dan garis panduan.

• Memperbaiki cara sistem penjagaan kesihatan yang ditubuh dan diuruskan, termasuk akses kepada bekalan.

• Melawat rumah dan masyarakat untuk menggalakkan amalan penternakan baik bagi kanak-kanak dan pemakanan yang baik, di samping menggalakkan ibu bapa untuk membawa kanak-kanak mereka ke klinik apabila kanak-kanak sakit.

WHO menggalakkan negara-negara untuk menyesuaikan diri dengan strategi IMCI kepada tetepan negara mereka sendiri. Jenis penyakit zaman kanak-kanak diutamakan dan cara-cara di mana perkhidmatan disampaikan mungkin berbeza dari negara ke negara.

Apakah matlamat yang utama bagi ulasan itu?

Ulasan Cochrane ini melibatkan empat kajian yang menilai keberkesanan strategi IMCI itu. Kajian-kajian ini telah dijalankan di Tanzania, Bangladesh dan India. Strategi IMCI yang digunakan sangat berbeza antara kajian-kajian. Sebagai contoh, kajian dari Tanzania melaksanakan latihan pekerja penjagaan kesihatan dan bekalan ubat yang lebih baik tetapi tidak memasukkan lawatan ke rumah atau aktiviti kemasyarakatan; kajian dari Bangladesh menambah pekerja penjagaan kesihatan yang baru sambil melatih pekerja penjagaan kesihatan yang sedia ada; dan kedua-dua kajian India menyasarkan khusus bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak yang lebih tua.

Ulasan ini menunjukkan penggunaan IMCI:

• boleh mengurangkan kematian di kalangan kanak-kanak dari masa lahir hingga lima tahun (bukti kurang kepastian);

• boleh mempunyai sedikit atau tiada kesan pada bilangan kanak-kanak yang mengalami kebantutan (rendah-kepastian bukti);

• mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan pada bilangan kanak-kanak yang mengalami pembuangan (bukti sederhana kepastian);

• mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan pada bilangan kanak-kanak yang menerima vaksin campak; dan

• boleh menyebabkan hasil yang pelbagai kepada bilangan ibu bapa yang mendapatkan rawatan untuk anak mereka apabila mereka sakit.

Kita tidak pasti samada IMCI mempunyai apa-apa kesan dalam cara pekerja penjagaan kesihatan merawat penyakit biasa kerana kepastian bukti ini dinilai sebagai sangat rendah.

Kita tidak pasti bahawa IMCI mempunyai apa-apa kesan ke atas jumlah ibu yang menyusukan eksklusif anak-anak mereka, kerana kepastian bukti ini dinilai sebagai sangat rendah.

Tiada kajian yang dimasukkan menilai kepuasan ibu dan pengguna perkhidmatan dengan menggunakan strategi IMCI.

Bagaimana mengemaskinikan ulasan ini?

Para pengarang ulasan mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga Jun 2016.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information